Movie Review : IT 2

10:24 PG

Assalamualaikum Hai.

Image result for it 2


IT 2. Dah lama rasanya tak review-review movie ni. Haritu kebetulan time dekat Korea banyak la pulak movie best yang keluar kan. Takde rezeki nak tengok movie time tu, kita sibuk berjalan hahah. Kebetulan lepas balik tu, keluar pulak movie IT 2. Nad memang layan dari IT yang pertama tu, jadi teringin la jugak nak tau sambungan cerita macam mana.

Ijat ajak tengok cerita Sangkar tu. Nad tengok review orang lain dan pelakon dia pun memang gempak. Tapi akhirnya kitorang decide untuk tengok IT 2 ni hehe. Nasib baik puas hati, kalau tak menyesal je tengok ceita ni. Tapi yang pasti, korang kena tengok IT yang pertama dulu sebelum proceed tengok yang ni. Kalau tak habislah tak faham jalan cerita. Ok? 

Sinopsis IT 2

Kita pun sedia maklum yang badut Pennywise ni akan kembali setiap 27 tahun. Jadi setelah 27 tahun, badut Pennywise ni pun kembali. Tapi The Losers' Club yang dulu masih kanak-kanak pun dah besar dan berhijrah ke merata tempat. Cuma Mike saja yang masih stay duduk dekat bandar Derry. So bila Mike syak yang badut ni dah kembali, dia pun hubungi kawan-kawan dia team The Losers' Club ni. Cuma kebanyakan diorang tak berapa ingat masa lampau.

Sekembalinya team The Losers' Club ke bandar Derry ni, diorang pun kembali ingat masa lampau. Tapi ada sorang yang tak dapat join sebab badut Pennywise tak izinkan. Selama 27 tahun, Mike kaji semua sejarah tentang badut Pennywise dan masa lampau Derry. Mike juga kaji macam mana cara nak tumpaskan Pennywise ni dari puak lain. Jadi diorang semua ni bersepakat dan akan ikut je rancangan Mike.

Diorang kena kumpulkan memori dan barangan fizikal dari masa lampau untuk ritual menumpaskan Pennywise. Namun, ritual tu akhirnya tak berjaya. Agaknya macam mana cara sebenar untuk menghalang Pennywise? Dan siapa je yang terkorban dalam usaha menghalang Pennywise ni?

Storyline : Jalan cerita sambungan dari IT yang pertama smooth. Semua part logic dari yang pertama. Takde langsung perasaan eh kenapa macamni kenapa macamtu. Dari awal nak kumpulkan semua The Losers' Team dan cara nak hapuskan Pennywise takde mengarut sangat. At the end sama je, kena ubah mindset Pennywise.

Actor : Barisan pelakon mantap! Hahahaha bila dah besar semua makin handsome! ๐Ÿ˜ Bersemangat kita nak tengok tau hahaha.

Highlight : Highlight cerita ni bila semua ahli The Losers' Team kena kembali ke masa lampau, ingat balik barangan berharga diorang dari masa lampau. Dan along the journey kembali ke masa lampau tu, diorang akan berjumpa dengan orang-orang dari masa lampau juga. Dekat sini Pennywaise memainkan peranan dalam menggangu fikiran diorang. Another highlight sewaktu ritual untuk hapuskan Pennywise. Tak terdetik langsung yang ritual tu ada potensi tak akan berjaya.

Fuhh, hahaha. Haa korang jadi teringin tak nak tengok cerita IT 2 ni? Cerita ni bukan cerita hantu tau. Cuma ada lah elemen menyeramkan tu sikit. Ada jugak la yang Nad tutup mata sebab taknak nampak makhluk scary bawah katil hahaha nanti kang terbayang-bayang benda bawah katil tu malas tu. Lepastu ada sekali jela yang terjerit sikit kat panggung.

Nad tengok cerita ni midnight tau, pukul 11.50 pm. Tayangan movie ni pulak 2 jam 50 minit. Tapi fuhh, serious tak terasa langsung waktu berlalu hampir 3 jam tu. Dan tak terasa bosan atau mengantuk langsung. Jalan cerita dia best lah. Buat kita rasa nak tahu ending dia macam mana. Lepas habis cerita IT 2 ni baru Nad sedar hmpir 3 jam dah berlalu.

Image result for it 2

Image result for it 2

Image result for it 2

IT 2

Director : Andres Muschietti
Genre : Thriller / Mystery
Duration : 2 hours 50 mins
Rating : 4.7/5

You Might Also Like

0 comments