Movie Review : Child's Play 2019

11:13 PG

Assalamualaikum Hai.

Child's Play. Amboi, bukan main banyak lagi horror movie yang sedang ditayangkan eh. Waktu nak tengok Child's Play ni pun, antara pilihan movie yang lain adalah Annabelle, dan lagi satu cerita horror Korea. Tapi at the end, timing Child's Play ni yang paling sesuai untuk kitorang tengok. Dah siap-siap tengok trailer dulu so tahu la juga jalan cerita sikit-sikit.

Kali terakhir tengok dulu pun movie Chucky lah. Itu pun waktu kecil-kecil dulu. Mesti dah banyak upgrade dan idea baru untuk movie yang terbaru ni. Dalam movie Child's Play ni pun, patung tu dah tak digelar dengan panggilan Chucky dah, kita panggil Buddi; kecil tapi kejam.
Image result for child's play

Sinopsis Child's Play

Cerita bermula apabila seorang ketua di kilang pembuatan anak patung Buddi memarahi pekerja dan memecatnya. Akibat kemarahan, pekerja tersebut yang sedang menyiapkan sebuah anak patung Buddi menggodam sistem anak patung tersebut dan menghilangkan sifat belas kasihan di dalamnya. Anak patung Buddi tersebut terjual di pasaran sama seperti patung-patung yang lain.

Karen Barclay, bersama anak lelakinya, Andy Barclay baru berpindah di sebuah bandar baharu. Karen bekerja sebagai cashier di sebuah pasaraya dan sedia tahu bahawa Buddi merupakan anak patung yang sedang terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Suatu hari, seorang pelanggan memulangkan Buddi kerana beranggapan bahawa permainan itu rosak. Karen mengambil peluang itu untuk menghadiahkan Buddi tersebut kepada Andy.

Andy pastinya menerima Buddi dengan baik. Buddi menganggap Andy sebagai kawan baiknya. Buddi belajar dan suka meniru apa yang dia lihat berlaku di sekelilingnya. Namun lama kelamaan, Buddi semakin bersikap overprotective sehingga sanggup membunuh sesiapa yang mengganggu atau menyakiti hati Andy. 

Andy dan kawan-kawan yang lain berusaha untuk membunuh Buddi. Mampukah mereka berjaya?

Storyline : Storyline dari mula sampai pengakhiran cerita memang good. Kita tahu kenapa punca Buddi aggresive, kenapa dia rasa nak bunuh orang semua. Bagi Nad, ada juga selit rasa kasih sayang antara Andy dan Buddi. Sebab Buddi memang anggap Andy kawan baik dia sehingga dia jadi terlalu overprotective terhadap Andy.

Actor : Semua pelakon memang kena dengan character masing-masing. Dari segi graphic, segala pergerakan Buddi walaupun time dia aggresive, melompat sana-sini, bunuh orang semua, tapi pergerakan tu nampak smooth je. Takde pun jadi fake atau nampak tak masuk akal.

Highlight : Highlight cerita ni bila Andy dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk bunuh Buddi. Dekat sini memang nampak scene kasih sayang tu, sampai Andy sendiri pun tak sanggup nak bunuh Buddi sehingga terpaksa dibunuh oleh kawan Andy. Buddi kalau waktu biasa diorang bermain ke apa memang baik, cuma waktu mata dia jadi merah tu dia kejam. Lagi satu highlight cerita, time polis anggap Andy yang bunuh mak polis tu. Walhal, Andy cuba menyembunyikan bukti pembunuhan yang Buddi lakukan. Sebab yela, siapa nak percaya anak patung mampu bunuh orang kan.

Image result for child's play 2019

Image result for child's play 2019

Image result for child's play 2019

Child's Play 2019

Director : Lars Klevberg
Genre : Thriller / Slasher
Duration : 2 hours
Rating : 7.5 / 10

You Might Also Like

50 comments

  1. alamak! da terbaca!
    aduhai... lom tgk lagi ni :) hi hi hi...
    takde time masa tu nak ke panggung.
    nak kena cari nih if lah da keluar kat mana2 saluran.
    memang tgk citer chucky ni dari kecik2 dulu. antara citer horror feveret.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaa ala baca jela Aida. Nad takde bagi banyak spoiler pun. Kalau nak tunggu keluar kat tv memang ambil masa sikit..

      Padam
  2. Ramai kata Annabelle tak best XD Pilihan yang bijak la pilih horror movie yang ni.

    Horror is my most hated movie genre btw XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Annabelle tak best eh? Nanti kita duk sibuk nak tengok Child's Play hehe. Sebab Nad pun berpuas hati juga dengan movie ni. Alamak Aisya tak layan horror eh? Ahaha.

      Padam
  3. Chucky dah tukar Buddi la plak. Macam panggilan lembut sangat. Mungkin kena tengok sendiri kot baru rasa horror. Walaupun nama dah bertukar, tapi stay sama macam Chucky. Hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah betul! Bila dah tukar Buddi ni rasa macam kawan-kawan pulak kan. Yeap, perangai dia masih sama macam Chucky lagi.

      Padam
  4. huhu. Secara peribadi , Naim x suka movie selalu buat jantung terkejut. Apapun terbaik review sebegini. Ramai peminat movie sbegini di luar sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kiranya Naim bukan salah sorang peminat movie genre ni la kan. Takpe takpe.

      Padam
  5. Saya dah tengok filem ni.saya suka sangat konsep baru dia. tak mngelirukan dan memang logik. jalan cerita pon tak boring.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, jalan cerita dia best. Dan logik, takde terlalu berlebih-lebih hingga jalan cerita pulak nampak pelik.

      Padam
  6. Humm..sis dari dulu tak berkenan sgt tengok cite ni. Geram je dibuatnya. Kalau dah tak ada cite lain baru le sis tgok kot..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar sabar kak Hanny, hahah. Kalau tengok memang rasa geram je dengan Buddi tu.

      Padam
  7. DAh lama tak tengok cerita cerita hantu ni. Dulu pernah jugak tengok cerita child play yang lama lama punya. geram je tengok chucky tu. tapi nape die tukar namaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi ni bukan cerita hantu la kak Fadzi hahah, cuma horror la. Tula, maybe nak rebranding kot tu yang tukar dari Chucky jadi Buddi.

      Padam
  8. Gile memang seram tengok Chucky dulu. Satu lagi masa kecik tgk citer Clown. Childs Play ni belum sempat lagi sis nak tonton. Jalan cerita nampak menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha Bella takut dengan clown ehh? Takpe, nanti boleh tengok Bella.

      Padam
  9. Rawlins tak suka sangat yang remake nie. Huhu.
    Rawlins lebih suka yang asal dan yang lama dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eheh, Rawlins salah sorang yang lagi suka version la eh? Sebab ada juga yang lagi suka Chucky version lama.

      Padam
  10. Tak tengok lagi citenya... thriller jugak sinopsis nya...

    BalasPadam
  11. Teringin nak tengok cerita genre macam ni sebenarnya tapi otak masih tak boleh terima walaupun dah 27 tahun. HAHA.. Tahu yang semua pembunuhan ngeri tu edit je, tapi rasa nak muntah kalau tengok macam tu. Sampai sekarang genre fav romantic comedy. LOL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa, Mira tak boleh tengok cerita camni rupanya ahaha. Takpee, romantic comedy tu memang most perempuan sukaa. Nad pun suka! Haha.

      Padam
  12. Dah tengok.. so far versi Chucky kali ni lebih logik sebab melibatkan teknologi. Tak macam dulu sebab roh jahat kan. Part paling tak boleh tahan bila buddi start membunuh. Time tu rasa ngilu seram sejuk tauuu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha kan. Rasa macam ishh. Padahal tujuan dia sebab nak buat Andy tu happy hahah.

      Padam
  13. ish.. memang seram anak patungnya tu. baru tahu cemni jalan citernya. tqq for review

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe welcome Nadhie :) Dah gi tengok cepat eheh.

      Padam
  14. Paling suka tengok cerita ni. Seram nak tengok tapi tetap nak tengok juga 😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahah. Seram nak tengok pun tetap jadi paling suka eh Mummy Sher :p

      Padam
  15. Lia takut juga nak tengopk cita seram ni. takut menjerit dalam wayang. anyway movie childplay ni dari dulu lagi tapi banyak ada new version.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha alaa Lia kalau jerit sikit-sikit takpe hahah. Baru lagi happening camtu. Haah betul, dari zaman kita kecik-kecik lagi dah ada.

      Padam
  16. I havent watch this because I'm not so into Chucky, but I watched Annabelle!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh awak tengok Annabelle eh. Nad pun time tu tak sure nak tengok antara Annabelle atau Buddi ni.

      Padam
  17. Thanks for the review, I don't watch horror movie in cinema for long time. But overall the story line of this movie is pretty good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mayb eyou can start watching it back! :p Yes, indeed.

      Padam
  18. Kita suka cerita mcm ni. Alahai. Kalau dapat tengok best ni. Sebab menarik. Sula cerita yang macam ni. Fuhh, dapat tengok best nya. Penuh dengan aksi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala lagi, cepat tengok kat wayang Mimi hehe. Rasanya masih ditayangkan lagi ni..

      Padam
  19. kisah dia sama dengan Chucky kan ? dorg remake and ramai kata tak berapa best. tapi tengok thriller nampak syok dan teringin nak tonton. nanti nak cari lah kot2 boleh tengok online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang suka version lama, ada yang suka version baru. Biasalah tu kan. Tapi overall cerita memang syok Zharif.

      Padam
  20. Cite ni mmg seram tp rasanya xsesuai bg bdk2 tgk sbb ganas skt cite ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Halimah. Budak kecil kurang sesuai untuk cerita ni..

      Padam
  21. Oppsss filem yang seram macam ni memang i tak berani nak tengok. Sis penakut orang nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha alahai Kelly. Tapi takde seram sangat lah. Dia bukan hantu, cuma ganas sikit.

      Padam
  22. Not gonna watch this fullstop. Hahahhaa.

    Walaupun kdang2 terasa nak tgh cerita thriller, tapi mmg sanggup x tgk dari duk teringat-ingat je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha ya Allah. Awal-awal dah full stop eh. Kalau tak berapa memang tak boleh paksa tengok kak.

      Padam
  23. Wah! teringin jugak nak tengok CP 2019 ni Mrs. A memang suka layanz horror movie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kalau layan horror movie memang sesuai sangat tengok movie ni Mrs A. Cepat-cepat pi tengok kat wayang. Best!

      Padam
  24. Baca sinopsis pun dah seram..blom tengok citer lagi..akak mmg takut dan penakut tengok citer2 macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah kak, tak seram mana lah sinopsis Nad type tu haha alahai. Kalau takut jugak better jangan tengok kak SA..

      Padam
  25. Teringat filem ni masa zaman dulu. Jahat betul anak patung tu. Dah la siap ada siri filem banyak. Pastu ada anak. Anak patung pun ehem ehem. Terus tak suka filem ni. Kahkahkah.

    BalasPadam