Doa Neelofa Untuk Buka Pintu Rezeki

9:49 PG

Assalamualaikum Hai.

Image result for doa neelofa

Doa Neelofa Untuk Buka Pintu Rezeki. Alhamdulillah. Kalau korang perasan sejak 2-3 hari ni, viral video Neelofa yang diamalkan tentang rezeki dalam rancangan Naura Share. Sejujurnya, waktu pertama kali Nad dengar doa tu, fuh meremang. Rasa jauhhh sangat ketinggalan doa Nad berbanding doa Neelofa. Selama ni Nad berdoa tentang rezeki dalam 3 ayat pun rasa dah cukup panjang, belum masuk doa tentang benda lain lagi kan. Tapi bila tengok doa Neelofa, ya Allah banyak lagi yang Nad kena upgrade.

Bukan lah niat nak compare, tapi kalau compare dengan diri sendiri takpe kan. Dengan harapan dapat merubah ke arah yang lebih baik. Nad sendiri pun sekarang dah amalkan baca doa Neelofa ni, rasa syahdu juga kadang sebab banyak doakan orang di sekeliling kita juga. Nad share dekat sini ya..


Doa Neelofa Tentang Rezeki

Bismilillahirrahmanirrahim.

Ya Allah Yang Maha Pemurah, 
Yang Maha Perancang,
Berikanlah aku rezeki seluas langitMu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
Rezeki yang bertebaran ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu, 
Rezeki yang membawa kebaikan, 
Rezeki yang membawa aku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang tak terjangkau akal fikiran,
Rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke SyurgaMu.

Ameen.


Ya Allah, meremang rasa setiap kali baca doa ni. Boleh baca pada bila-bila masa saja. Tak semestinya lepas solat je boleh baca. Doa pasal rezeki ni luas. Kita sendiri pun taktau apa perancangan Allah untuk kita kan. Hanya boleh doa yang baik-baik dan sentiasa buat yang terbaik. Nak lagi afdhal, lepas solat Dhuha, baca surah al-Waqiah sekali dengan doa ni. Adui, sejuk dan tenang je rasa hati. Moga-moga Allah buka pintu rezeki yang luas buat kita. Okay lah, ini je perkongsian Nad untuk harini. Selamat Berdoa! ❤

You Might Also Like

21 comments

  1. bagus doa ni! banyak intipati dan maksudnya ! semoga dengan perkongsian ni dapat berguna buat semua dan beri pahala pada yang berkongsi

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi doa ni. Semoga masing-masing dikurniakan rezeki yang berkat dan murah rezeki. Btw, ada versi bahasa arab tak? Kalu ada kita nak.

    BalasPadam
  3. Baru nampak semalam orang share pasal doa yang Neelofa share ni. Boleh jugak nak amalkan. InsyaAllah rezeki bertambah

    BalasPadam
  4. aida berdoa tak kira masa.
    lepas solat.
    time hujan lebat.
    time azan sedang berkumandang.
    time berpuasa dan berbuka.
    bagus isi kandungan doa ni. boleh dipraktikkan.
    aida always amalkan doa lepas solat yg biasa tu.
    tu pun dah merangkumi segalanya permohonan kita dgn Allah :)

    BalasPadam
  5. :'(( sama lah kakk. kita pun rasa mcm doa kita jauh ketinggalan je. thanks for sharing this kak! really appreciate it >3

    BalasPadam
  6. perasan jugak viral pasal doa neelofa ni.. tapi rasanya dah banyak jugak doa lain yg ustaz dan ustazah ajar dulu yg rasanya sama dengan doa yg ni :) terima kasih share ya

    BalasPadam
  7. thanks for sharing, im sure my muslim friends will cherish this doa

    BalasPadam
  8. Kita mula-mula dengar Neelofa baca doa macam ni rasa tersentuh betapa beliau yang dah popular tu begitu sekali doanya sedangkan kita yang tiada apa-apa ni tak minta pun pada Yang Maha Pencipta seperti mana beliau....

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..terima kasih berkongsi doa ini. Moga orang yang berkongsi ilmu ini dimurahkan rezekinya..Aamiin

    BalasPadam
  10. ramai yang share doa ni..bgusla kalau diamalakna..doa ni banyak maksud..sebab tu nealofa dimurahkan rezeki ye...

    BalasPadam
  11. Bagus perkongsian ni, memyampaikan ilmu dan berkongsi kebaikan.
    Semoga beroleh pahala, kebaikan dan keberkatan kepada Neolofa dan penulis yang berkongsi ilmu ini

    BalasPadam
  12. Bagus doa ni. Sangat padat dengan pengisian. Moga pahala terus mengalir dari yang berkongsi. Insyaallah akan diamalkan

    BalasPadam
  13. sama la kita bila baca doa tu nak laju je padahal neelofa yang busy ni pun spend masa yang lama untuk berdoa minta diperluaskan rezeki dia.

    BalasPadam
  14. Kannnn. sama la emi pun. Bila baca tu rasa sesuatu sangat. Mendalam maksud doanya. Kadang kita duk doa terlalu general.

    BalasPadam
  15. Boleh la amalkan, kan..
    Semoga kita semua pun dipermudahkan dalam mencari rezeki.
    Aamiin..
    Mekasih sharekan info ni..

    BalasPadam
  16. ramai yang share doa neelofa ni..makin mengalir pahala untuk dia. sudi berkongsi doa yang dia amalkan. kite pun rs kerdil je dengan doa yang x berapa panjang selama ni..huhu

    BalasPadam
  17. Alhamdulilah lebih afdal kalo kita berdoa dr mngharap belaz. dr org

    BalasPadam
  18. Bagus doanya. perasan jugak ramai yang dok share doa ni kt social media sebelum ni.

    BalasPadam
  19. nak copy jugaklah doa nih , memang menarik hati dan semoga rezeki kita sama macam lofa jugak yer..aminnn

    BalasPadam
  20. Wow power betul doa dia, i pun baca sampai habis. Memang doakan semua yang baik-baik and ke arah rezeki halal.

    BalasPadam
  21. Sejuk je rasa hati baca doa neelofa ni :)

    BalasPadam