The Alley Brown Sugar Deerioca Milk @ Bandar Bukit Tinggi

2:17 PTG

Assalamualaikum Hai.

The Alley Brown Sugar Deerioca Milk
The Alley Brown Sugar Deerioca Milk. Dah lama sebenarnya air The Alley ni start famous. Tapi disebabkan lokasi cawangan The Alley ni semua jauh-jauh dari Nad, so Nad malas sikit nak pergi mencari. Dah plan dengan kawan-kawan nak pergi The Alley yang terletak di Kota Kemuning. Tiba-tiba waktu nak Waze, keluar pulak lagi satu cawangan The Alley yang lebih dekat dengan tempat Nad iaitu The Alley cawangan Bandar Bukit Tinggi. Memang dekat sangat la sebab kebetulan waktu tu Nad dekat Aeon Bukit Tinggi tengah makan. Terus kitorang decide nak pergi The Alley Bandar Bukit Tinggi.

The Alley Brown Sugar Deerioca Milk


The Alley Brown Sugar Deerioca Milk

Sampai je dekat The Alley, bukan main panjang lagi barisan orang yang beratur tungu giliran tu. Tapi sebab nak rasa jugak kan The Alley ni, kita beratur lah juga. Nad perhatikan ramai yang order signature menu The Alley. Jarang lah orang order flavour lain nak try-try.

Kalau korang nak tau, Deerioca (boba) yang digunakan oleh The Alley ni adalah buatan sendiri. Diorang ayak sendiri bahan-bahan bagi menghasilkan doh adunan boba. Kemudian, diuli dan roll sehingga menjadi bentuk seperti mutiara. Tujuannya untuk memastikan tekstur dan aroma boba tu di tahap terbaik. Maka terhasil lah boba yang lembut dan kenyal ini.

By the way, Nad memang dah niat awal nak try Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk sebab yang tu memang paling famous! Nad tengok ramai kekawan yang order tu. Sekali sampai counter, air yang Nad nak ni dah out of stock pulak. Memang jammed kejap kepala nak order apa kan. So at the end, Nad order Brown Sugar Deerioca Milk. Kawan Nad pula order Tea Latte.

The Alley Brown Sugar Deerioca Milk

Brown Sugar Deerioca Milk RM 12.90
Tea Latte RM 14.90

My first sip, uish rasa susu dia memang kuat betul. Nad tak expect pulak dia rasa susu, ingatkan teh hahah. Tapi bila sip sekali dengan boba pehhh manis betul! Yela sebab boba ni kan dah di boil dalam gula untuk beberapa jam. Memang terasa kemanisannya. Lepastu terus Nad kacau susu + boba so jadi colour macam teh gitu. Tapi still rasa susu dia agak kuat. And boba tu Nad makan tak sampai separuh kot. Tapi overall sedap je The Alley punya air ni.

While, Tea Latte pulak kalau minum sebijik je rasa macam milk tea biasa. Yang ni memang not worth it la sebab mahal kot RM14.90 tapi rasa macam milk tea biasa tu jee. Kalau nak campur boba tambah RM1.80. Quite pricey kannn.

Cawangan yang nad pergi ni agak kecil dan sempit. Kebetulan pula baru bukak cawangan yang ni, so agak sesak dan memang ramai orang. Agak tak best juga laa. Harap-harap esok bila dah lama buka, kurang sikit sesak dia. Baru selesa nak pergi. Ni pun Nad cuma duduk dekat belah luar je, takde masuk ke dalam The Alley.

The Alley Brown Sugar Deerioca Milk

So ini adalah Top 6 picks dekat The Alley.


1) Brown Sugar Deerioca Milk 

2) Royal No. 9 Milk Tea
3) White Velvet Peach Oolong
4) Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk
5) Tropical Passion Fruit Green Tea
6) Kiwifruit Smoothie

Tak silap Nad, dekat setiap cawangan The Alley, diorang punya top picks adalah air yang berlainan. So yang dekat atas Nad senaraikan ni top picks dekat The Alley @ Bandar Bukit Tinggi. Apa pun, lebih baik korang cuba yang sesuai dengan taste korang puas hati. Lepasni Nad nak try boba milk tempat lain pulak. Nak cuba compare mana lagi sedap heheh.

P/s : Sekali sekala minum air camni boleh la, kalau selalu mau potong kaki ni!

You Might Also Like

33 comments

  1. Rawlins tak try lagi The Alley sebab selalu sampai, barisnya memang panjang melampau. So, kuburkan impian dan berharap suatu masa akan dapat la merasa air nan lazat The Alley nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahaha kan, barisan dia memang sentiasa panjang Rawlins. Kalau tak rushing boleh la singgah nak beli. One day bila wave dah reda sikit boleh laa try.

      Padam
  2. Uiksss teringin nak minum tapi lom berkesempatan lagi nak gi sebab jadual agak padat. Hehehe..tapi memang nak kena gi gak ni sbb tgk org beratur kemain panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang panjang Min! In shaa Allah sempat nanti bila free free sikit boleh la pergi tu.

      Padam
  3. Sedapnya. Lebih-lebih lagi tengah puasa 6 ni. Meleleh air liur dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaa alamak, Liza tengah puasa 6 eh hehe. Takpe nanti lepas berbuka boleh minum ni..

      Padam
  4. Hai nad, wah macam sedap je! Rin punya favorite mcm tea2 gitu teringin pulak nak merasa tapi sekarang tengah diet2 hehehe..
    tapi kalau ade rezeki nak jugak merasa kann๐Ÿ˜˜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Rin! Tapi yang ni rasa susu hahah. Kena order yang lain kalau nak rasa teh-teh tu hehe. Ohh tengah diet, nanti habis diet boleh la try.

      Padam
  5. Tumpang tanya , bagaimana status halal dari Jakim ada x? hehe. Cam sedap , 'btw' terima kasih berkongsi satu produk sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Status halal Jakim Malaysia belum ada lagi. Tapi halal Taiwan sudah ada. Memang sedap Naim, tapi takdela overrated seperti yang digembar gemburkan hehe.

      Padam
  6. dkat srwak xde The Alley kakkk -_- HAHAHA slalu je tgk org lain update dlm ig kite hanya mampu tgk je lahhh hehe

    tapi dulu sblum cuti sem slalu gak beli kat chatime or tealive. paling fav hazelnut milk tea! tak pernah try order perisa lain hahaha

    harap2 lpas ni The Alley ada buka satu cawangan kat siniiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Tashira hahah. Sepatutnya kena beli time dekat semenanjung lah macamtu haha. Alahai dapat tengok dekat instagram je ehh. Takpe Tealive pun dah boleh kata antara yang sedap juga. Rasanya soon mesti bukak dekat Sarawak jugak sebab sini memang dah banyak cawangan dia.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. I boleh baca je la. Tak suka minum Manis. Dengar they all famous sampai beratur sepanjang panjang Nye. Nak datang outlet ni jauh Nye for me. Enjoy!๐Ÿ˜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh, good for you kak Reena. Tak minum manis ni memang betul jaga kesihatan hehe. Yes it did, memang berbaris panjang kak. Hehe thank you! :D

      Padam
  9. Nampak macam sedap je. Kat Penang ada tak cawangan kedai ni? Kalau ada boleh lah cuba nanti. Nak p sana jauh lah plak semata2 nak minum tu.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap! Ada Huzaini, The Alley dekat Penang ada di Autocity Juru.

      Padam
  10. Nmapak sedap je air tu. Kat sini takde lagi cawangannya. Minuman ni ada status halal jakim ke? Kalau ada halal kira okay dan bagus kan. Btw thanks share info pasak minunan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimie stay dekat mana tu? Eheh. Status halal Jakim dari Malaysia belum ada lagi setakat ni.

      Padam
  11. tak pernah try lagi The Alley ni. Sebab viral je baru tahu kewujudan dia tapi sekarang dah makin ramai la yang tergilakan boba milk tea The Alley. Kalau dia buka cawangan area Subang boleh la try. Thanks share nad!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Farhana, its a trend right now! The Alley punya ni boleh dikatakan antara yang tersedap juga lah. Eh dekat Subang dah ada lah cawangan The Alley, cuba try cari.

      Padam
  12. Belum pernah lagi try air ni. Dengar khabar Q panjangggg giler. Gigih nya awak. Salute laa..!!
    Buat masa ni kita belum berminat nak try sebarang air gini, mungkin taste kita tak suka yang manis sangat kot atau kita yang ketinggalan zaman air air gini. Atau faktor usia kot yang buat kita tak minat. Tetiba rasa dah tua! Hahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha memang panjang pun queue kat The Alley ni Nina. Tapi teringin sangat dah nak try kan. Hahahha takpe baguslah kalau tak minat sangat air camni. Manis teruk.

      Padam
  13. tak pernah rasa air the alley, dan lain-lain lagi..rasa coolblog dengan tealive je..hehee...tu pun dah sedp..tempat lain jenuhla nak cari..jadi malas..ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coolblog tu memang dah lama kan ada pearl ni semua kak Nadia. Rasa dari zaman sekolah dulu lagi hahah. Tapi Tealive pun dah cukup sedap dah.

      Padam
  14. Tak pernah try lagi the alley ni. Macam mahal sangat je air dia. Tapi kalau worth it ok la kan. Kalah starbucks. Hahaha. Teringin jugak nak try tapi tak ada kat kuantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Quite mahal jugak la Iza sebenarnya bila difikirkan balik hahah. Tapi kalau saja nak cuba boleh je try. Starbucks lagi mahal cuma tak jauh beza sangat jela.

      Padam
  15. viral betul eh tea the alley ni hahaha tapi tak tahu knp tak rasa teringin pun. tetap nak tealive! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahah. Maybe sebab Fieyqa more in tea kot than milk? Tea dekat The Alley ni biasa-biasa je.

      Padam
  16. ALAAAAAA, DAH RAMAI TRY THE ALLEY NI, KITA ENTAH BILA LA NAK TRY. SELALU PALING-PALING MALAS PUN TRY CHATIME. TAPI ONE DAY ONIE AKAN CUBA JUGAK THE ALLEY NI. MAKIN FEMES THE ALLEY NI KAN :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh alaa jangan kecewa Onie. Chatime dengan Tealive memang biasa orang cari, walaupun line diorang boleh tahan panjang jugak tapi tetap ramai peminat. Kalau dapat rasa The Alley ni sekali pun cukup dah.

      Padam
  17. Pernah rasa tea latte tu officemate bagi.
    Oppsss... cannot lah ada bubble lagipun Mrs. A peminat coffee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh peminat coffee rupanya. Tapi latte tu okay lagi, memnag rasa normal macam latte yang lain hehe.

      Padam