Movie Review : John Wick Chapter 3 - Parabellum
4:54 PTG
Assalamualaikum Hi.
John Wick Chapter 3 - Parabellum. Punya la lama tangguh nak tengok cerita ni sebab tunggu nak gather dan tengok sekali dengan kawan-kawan. Finally dapat jugak tengok, walaupun lewat sedikit dari orang lain hehe. Nad tengok dekat TGV Bukit Tinggi. Personally, Nad taktau kenapa Nad rasa cinema sini harga dia macam lebih mahal berbanding tempat-tempat lain. Walaupun movie John Wick ni dah ditayangkan dalam 3 minggu, harga ticket dalam RM17. Dah la dapat seat baris ketiga dari screen hahah, sakit badan nak tengok screen.
Sinopsis John Wick
Pengakhiran movie John Wick Chapter 2, John telah membunuh seorang ahli High Table di dalam bangunan Continental (tempat lindungan yang dilarang membunuh). Namun, disebabkan berlakunya pertumpahan darah ni, Excommunicado terhadap John telah dibuka dengan dengan tawaran sebanyak $14 million. John Wick telah meminta bantuan ramai untuk berjumpa dengan 'seseorang' yang lebih tinggi dari High Table termasuk The Director dan Sofia. Walaupun seharusnya mereka tidak dibenarkan menolong John Wick, namun kerana hutang lama yang belum dibayar akhirnya mereka menolong.
Manakala, mereka yang telah ditangkap menolong John Wick pada John Wick Chapter 2, telah dihukum oleh The Adjudicator. John Wick akhirnya telah berjumpa dengan 'seseorang' tersebut di padang pasir dan bersumpah setia untuk berkhidmat. Dia memberi syarat apa yang perlu dilakukan oleh John Wick bagi menamatkan Excommunicado tersebut dan memastikan semua ini berakhir. Pelbagai halangan dihadapai dengan kemunculan pembunuh-pembunuh yang cuba untuk membunuh John Wick.
Bagaimana pun, John Wick berubah fikiran setelah berjumpa semula dengan Winston. Jeng jengg, apakah pengakhiran kisah ini?
Storyline : Overall storyline memang terbaik. Baik dari segi sound effect, effect bergaduh, effect pertumpahan darah hasil pergaduhan. Bab effect ni semua memang terbaik lah. Kira kalau tengok John Wick merantau ke padang pasir, then pulang semula ke Continental memang nampak lah penat dia.
Actor : Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama dari John Wick 1 & 2, lakonan diorang memang as always mantap. Memang bagus dikekalkan Keanu Reeves sebagai watak pelakon utama. Kalau datang idea tukar hero memang tak menjadi dah cerita ni. Watak Kate Dillon sebagai the Adjudicator pun memang menjengkelkan hahah.
Highlight : Highlight cerita ni boleh Nad katakan berada di penghujung cerita. Apabila John Wick dan Winston berpakat untuk menentang High Table. Waktu semua senjata dikeluarkan bagi menentang pasukan assassin High Table yang semakin dinaiktaraf. Babak-babak pergaduhan waktu ni memang style. Bukan penjahat je kena bantai, even John Wick sendiri pun kena. Namun, di penghujung cerita, ada plot twist!


John Wick Chapter 3 - Parabellum
Director : Chad Stahelski
Genre : Thriller/Mystery
Duration : 2jam 10mins
Rating : 5/5 !
36 comments
penah rasanya tengok sikit2 tapi tak follow la movie ni..
BalasPadamhehehe..
Hahah tengok sikit-sikit eh Siti. Cuba lah Siti follow mest best. Lagipun baru ada 3 movies je.
PadamBest.Puas hati tengok..tunggu part 4 pulak.
BalasPadamPuas hati! Tapi ending tu jadi geram pulak hahah. Memang confirm akan ada part 4 kan pc.
Padamlamanyeee xtgk wayang.. haha
BalasPadamEzy cepat pergi tengok! Best cerita ni Ezy.
Padaminteresting movie to watch, I no see this movie before. Shall let my friends to know too, they like to watch movie. I prefer horror movies :D
BalasPadamWow, so you like horror movie eh Sherry? Its not always that people would prefer horror than action movie heheh.
PadamLama akak tak pi nonton movie tau, ada 6 tahun kut, sejak arwah suami pulang ke rahmatullah.
BalasPadamNak nonton sorang2 memang tak best lah kan, mesti ada geng baru best kan Nad
Cara nak hubungkan nama domain ke webhosting
6 tahun tu memang betul lama tu kak Su. Tapi cerita dekat wayang ni lama-lama nanti keluar dekat tv pula. Boleh la kak Su pun tengok sekali hehe.
Padamhaven't watch this movie.. sounds nice and great.. let's go cinema...
BalasPadamIt is indeed! Go watch now, i think its still available at the cinema.
PadamBelum tgk movie ni tapi semua kawan-kawan suka storyline. Mungkin hujung minggu ni sy gi tgk. Thanks review!
BalasPadamOk kawan awak semua ada taste hahah. Sebab memang best sangat movie ni. Happy watching Sam! :)
Padambelum ada kesempatan untuk tonton movie nie tapi ramai review best. tak sabarnya nak tengok movie nie di panggung dengan kawan2 nanti. nanti kita nak review jugaklah dlm blog.
BalasPadamMemang best pun Zharif! Hahah busy sangat shopping sampai tak sempat nak tengok movie eh.
PadamPernah tengok John Wick 1. Memang best tapi tak berkesempatan tgk John Wick 2 dah keluar yang 3. Baca sipnosis memang best tapi apa2 pun kena tgk John Wick 2 dulu baru boleh tgk yang 3. Nanti takde feel.
BalasPadamBetul tu Iza! Kalau terlepas John Wick 2 seumpama terlepas satu episode dah. Kena tengok John Wick 2 dulu tau! Serious best.
PadamAkak movie John Wick yang 1 pun baru khatam. John Wick 2 tak khatam lagi. Sebab officemates cakap best tuh yang layan jugak. Bila tengok memang jalan ceritanya best. Tak sabar nak tunggu movie ni keluar kat tv. Tak berkesempatan tengok kat wayang
BalasPadamHahahhaa. Terterngok juga akhirnya eh lepas kena hasut. Sebab memang best pun. Kalau nak tengok online pun boleh yang John Wick 2 tu Mimie.
PadamAnak dah pergi tengok mmg best katanya cerita ni. Tapi kalau dah tgk yg first mmg teruja akan tengok yang kedua dan seterusnya.
BalasPadamAnak je ke kak Ayu? Bila mak nya nak pergi tengok pulak? Heheh. Memang best cerita ni kak..
PadamConfuse jap bila baca sipnosis cite tu kena pergi tonton sendiri baru kita faham kot hehehe memang kita kurang sikit cite macam ni kita suka cite seram jer dan bunuh membubuh wakakkakakaka....
BalasPadamHahaha alamak, confuse ke Maha? Ohh, tak berapa minat action movie rupanya, patutlerr. Lain macam dia ni suka cite seram hahah.
Padamsuami ada bagi tahu jalan cerita John Wick 2..so nanti bolehla pergi wayang layan John Wick 3 pula..Hihi
BalasPadamAmboi, senangnya dengar summary dari husband je hahah. Nanti yaya pergi tengok dekat cinema pulak ok.
PadamJohn Wick ni kena follow dari filem terawal dia. Baru la seronok tengok. Hehe. Akak diperkenalkan filem Ni oleh husband akak. Masa tu akak cakap Mana filem Keanu Reeves eh. Lama Tak tengok dia berlakon. Kami excited yang chapter 3 Ni. Tapi belum berkesempatan nak pergi tengok.
BalasPadamHaah betul. Kena tengok dari awal, kalau tak nanti tak faham. Sebab cerita dia bersambung-sambung juga. Kalau excited cepat tengok kak Ruby :D
Padamramai orang cakap best..akk tak pernah tgk yang 1 dan dua..kene tgk ni..hahahaa...kang tgk yang ni tak paham..
BalasPadamHaah kena tengok John 1 dan 2 dulu baru boleh tengok yang 3 ni. Kang sia-sia je tak faham kak Nadia..
PadamDah lama tak tgk movie sbb xda geng nk pegi haaaa
BalasPadamHahahha. nad pun kalau takde geng memang tak tengok wayang. Pergi kalau ada geng jee.
Padambaca nak review macam menarik je..siap bg rate 5/5 tp dh lama xtgk wyg ni sejak ada anak kecik..teringin nak pergi tgk jgk
BalasPadamMemang best pun movie ni cik Tom! Kira boleh kata movie wajib tengok ni hehe. Takpe nanti bila-bila free boleh pergi tengok :)
PadamWow perfect rating ke, jad i mesti pergi tengok wayang ni juga la. Keanu is my favourite movie star.
BalasPadamIf its your favourite then you must watch it Kelly! :D
Padam