Japan Travelogue : Visiting Deer at Nara Park and the Old Town of Gion

12:15 PG

Assalamualaikum Hai.

Setelah puas food hunting di Dotonbori malam tadi, pagi ni kitorang akan check out dari Diamond Hotel dan menuju ke Nara Park serta Gion. Maka check out lah kami bersama luggage, dan luggage ni kitorang biasa tinggalkan dekat station. Ada banyak locker yang boleh memuatkan size luggage kita. Average rate yang Nad jumpa dalam 700 yen (RM 26.15). Ada sesetengah tempat lebih murah, dan ada sesetengah pula lebih mahal. In shaa Allah senang nak dapat locker ni sebab kebanyakan tempat memang menyediakan kemudahan locker.

Ok sambung. Waktu nak sampai ke Nara Park ni, dari jauh dah nampak memang banyak sangat rusa berkeliaran dekat tepi-tepi. Itu menandakan yang korang dah sampai ke Nara Park. Sebab sesungguhnya Nara Park ni memang besar gilaaa! Rasanya Nad sendiri pun memang tak jalan dekat seluruh pelosok Nara Park tu. Nad ada baca, dekat Nara Park ni ada lebih dari 1,000 ekor rusa, so korang imagine jela keluasan dia berapa luas.

Mula-mula sampai dekat Nara Park ni tengok semua rusa macam sombong je langsung taknak dekat dengan kita. Rupa-rupanya sebab kita tak ada makanan. Pastu nampak la ada jual cracker untuk bagi makan dekat rusa. Harga sebungkus cracker tu 150 yen (RM 5.60). Lepas dapat je cracker tu, tak sempat nak agihkan cracker terus kena serbu dengan rusa. SUMPAH TIME NI GELABAH GILA!! Like tiba-tiba semua rusa mendekati pastu nak sondol-sondol kita. Seekor cuit dari depan, seekor cuit dari belakang. Sampai Nad terpaksa angkat cracker tinggi-tinggi sebab taknak bagi diorang serbu ๐Ÿ˜ญ And guys, Nad kena gigit dengan rusa ok! Suasana time ni memang kelam-kabut. Dah la baru sampai and tak familiar lagi tiba-tiba dah kena serbu. Tak sempat ambil gambar feed rusa pun tiba-tiba cracker semua dah habis hahah.

Nara Park, Osaka, Japan

Nara Park, Osaka, Japan

Dikelilingi oleh rusa-rusa yang memang tak sabar gila nak makan


Nara Park, Osaka, Japan


I legit was bite by a deer!

Nara Park, Osaka, Japan


Cracker habis, rusa pun semua lari takmau dekat dah hahah sedih. Lepastu terjumpa sorang uncle naik basikal ni dia ajar cara/tips nak bagi makan rusa tu. Sebenarnya rusa-rusa ni semua jinak ok! Dan ada cara yang bila kita nak bagi dia makan, dia siap boleh tunduk lagi kat kita sebagai tanda hormat. Uncle ni datang lewat sikit je, kalau tak takdelah cracker kitorang habis begitu saja. Nad nak ajar korang cara dia pun susah nak explain bila dalam word ni. Hopefully bila korang pergi esok adalah random Japanese yang sedia bantu macamni.

Nara Park, Osaka, Japan

Nara Park, Osaka, Japan

Jalan punya jalan taktau la dah sampai temple apa pulak dalam kawasan Nara Park ni

Ni pulak the other part of Nara Park. Bagi Nad view dekat belah ni lebih lawa dan tenang. Rasa rugi pulak tak jumpa tempat ni first.

Nara Park, Osaka, Japan


Nara Park, Osaka, Japan

Dalam pada berjalan-jalan, sempat la kitorang try sweet potato dia. Memang ada banyak jual sweet potato dekat Japan ni. Mula-mula tengok harga 100-200 yen je, sekali rupanya kena beli segedabak satu potato tu, harga dia kira ikut berat. Terus harga pun jadi 900 yen (RM 33.62). Nad bahagi dua dengan kawan Nad sebab memnag besar. Even dah bahagi dua pun tak habis makan. Sedap betul time ni dah la sejuk makan pulak sweet potato panas-panas. Memang niqmattt.

Sweet potato Nara Park, Osaka, Japan

Cuaca sejuk ni sedap la dapat makan benda-benda panas macamni

Sweet potato Nara Park, Osaka, Japan

Ini sweet potato bahagian Nad setelah di bahagi 2 ๐Ÿ˜‚ Besar, memang takkan habis. Sampai last-last tu Nad bagi rusa makan potato huhu

Dalam pukul 11.30 macamtu, kebetulan pulak lepastu terus gerimis. Disebabkan sejuk, kitorang terus bergerak ke Tomato Guesthouse yang terletak di Kyoto. Penginapan kat sini satu malam dapat harga RM41.44 seorang. Lepas je settle letak luggage, kena naik bus untuk ke Gion. Tak silap Nad kalau nak ke Gion ni memang kena naik bus, takde choice untuk naik train tu. Bosan jugak la dekat Gion ni sebab bagi Nad takde apa sangat pun katsini just jalan-jalan jee.

Gion, Japan


Suasana bandar Gion

Gion, Japan

Kalau korang datang waktu malam maybe best lah kot. Or if you guys into geisha ke. Tapi time Nad pergi tu pun macam takde banyak sangat geisha, maybe sebab siang. Cuci-cuci mata je katsini. Terjumpa pulak dengan kedai yang jual figurine anime ni, haha jap Nad lupa laa nama dia apa. Bersepah memang banyak sangatttt figurine ni, and macam-macam character ada. Kalau korang minat anime, mesti korang kenal. Nad memang tak minat so kenal sikit-sikit je cartoon yang adik Nad tengok. Range harga dari serendah 1,500 hingga lahh 38,000 yen pun ada. Hanya peminat je yang tahu value figurine ni.

Figurine Gion, Japan


Figurine yang termahal Nad jumpa 38,000 yen (RM 1,419.50)

Syurga makanan, Nishiki Market, Kyoto, Japan

Nishiki Market

Jalan punya jalan, entah macam mana kitorang boleh end up dekat Nishiki Market hahaha. Market ni pun kira boleh dikategorikan sebagai syurga makanan jugak lah. Seafood pun banyak jual dekatsini. Haritu dah rasa takoyaki Dotonbori, Osaka, so harini kita try takoyaki dekat Kyoto pulakk. Dekatsini takoyaki dia 8pcs 450 yen (RM 16.81).

Takoyaki Nishiki Market, Kyoto, Japan


Personally, Nad lagi suka takoyaki yang dekat Dotonbori haritu. Lebih pekat rasa dia

Lepastu nampak pulak gerai halal friendly yang jual takosen (fish ball). Terus rasa nak try jugak. Dah penat berjalan kan, petang-petang ni kita makan banyak sikit. Harga takosen ni 550 yen (RM 20.55). Basically, rasa dia sama je macam fishball, and then bawah tu dia alas dengan kepingan apa tah rasa macam keropok jee. Dekat gerai ni jugak la terjumpa dengan sorang Malaysian girl, Yasmin, yang kerja dekat Japan ni. Rilek je dia makan sorang-sorang weh. Tegur-tegur rupanya dia pun baru jugak start kerja Japan and willingly to show us around. Tapi kejap jela sebab time tu pun dah pukul 5 petang.

Takosen, Nishiki Market, Kyoto, Japan

Yasmin kata dia makan ni terbayang satay dekat Malaysia. Alahai

So kitorang pun pusing-pusing dekat area situ je and beli la sikit souvenir. Lepastu terus plan nak lepak Starbucks jee. Sebab nak try satu flavour baru Starbucks yang takde dekat Malaysia which is Sakuraful. Rasa Sakuraful  ni macam bunga sikit, macam sabun sikit pun ada hahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Tak terlalu manis sangat. Kepingan yang warna pink tu pun sedap. The best part is Starbucks katsana murahhh. Nad beli Sakuraful frap ni and donut Sakura cuma 830 yen (RM 31)

Starbucks Japan

Its all about pink! 
Excited sangat nak try Sakura ni sebab takde masuk dekat Malaysia. So alang-alang dah ada dekat Japan and flavour ni tengah hit baik kita try hehe

Lepastu terus kitorang pun gerak balik ikut haluan masin-masing. Turns out rupanya Tomato Guesthouse kitorang ni dekat je dengan Kyoto Tower. Dapatlah witnessed Kyoto Tower waktu malam. Cantik! ๐Ÿ’Ÿ

Kyoto Tower, Kyoto, Japan


Kyoto Tower

Next post : Arashiyama Bamboo Forest
                 : Kimono Forest
                 : Fushimi Inari 

You Might Also Like

24 comments

  1. so nice.. i wanna go travel to japan too.. great.. travelling

    BalasPadam
  2. bestnya dah pergi jepun , teringin jugak ...suka baca terutamanya bab bagi makan rusa tu , nak jugak tahu caranya macamana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki. Mana tau eosk-esok awak pulak sampai sana hehe. Susah nak explain cara dia. Video ada lah heheh.

      Padam
  3. Bestnya dapat bermain-main dengan rusa yang jinak tu, cantik pemandangan dekat situ.. Bolehlah masuk list travel kot ada rezeki lebih boleh on he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah best main dengan rusa time diorang dah polite tu hahah. Wajib masuk travel list tempat ni Iffah :)

      Padam
  4. Bestnya travel kat negara orang. Satu pengalaman yang best. Dapat bagi kanggaru makan pun dah rasa seronok kan. Sakit tak kena gigit kanggaru tuh... Berebut pulak diorang nak makan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confuse kita Mimie comment dekat entry Perth ke entry Nara Park hahah. Ni rusa la Mimie bukan kangaroo hahah.

      Padam
  5. alahai rusa pun..gelojoh betul!haha
    gambar pokok-pokok tak berdaun kat Nara Park tu cantik sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang gelojoh! Maybe sebab Nad datang awal pagi, so belum ramai yang bagi makan. Diorang pun lapar tu yang gelojoh lebih sikit tu.

      Padam
  6. Nad pakai camera apa cantiknya gambar.Seronoknya dapar bercuti... nak jugakkk pergi ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kita pakai iphone 7p je Hawa. Kena rajin edit-edit jela hehe. Jom jom kita pergi bercuti! :D

      Padam
  7. Seronok jalan-jalan kat sana ye :) Banyak tempat menarik dan cantik. Senang je nak jumpa rusa kat Nara Park. Kalau kat Malaysia, sesetengah taman senang jumpa kera hihi. Sedapnya merasa takoyaki ori di sana..fuhhh

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak jumpa rusa sebab rusa dia memang banyakkk sangat katsana. Hahaha kera pun jadi la ehh.

      Padam
  8. Jepun memang negara yang sangat cantik. Melihat gambar-gambar di atas menambah minat Naim nak ke sana nanti. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik! Takpe pasang angan-angan dulu Naim. Mana tahu satu hari nanti tercapai impian ke sana hehe.

      Padam
  9. What a beautiful and wonderful experience you had in Japan. The upclose and personal moment with the deer must be really magical. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is indeed! I really feel the connection with the deers :)

      Padam
  10. Such a nice traveling experience in Japan! The deer looks friendly and having good food there.

    BalasPadam
  11. adui..bila tengok nad buat blog tentang nara nie..terus teringat masa gi Nara tahun 2017..masa tue time snowfall lagi..best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala bestnya pergi waktu snow, tapi mesti sejuk gila kan. Nad pergi ni pun time winter, tapi takde rezeki nak experience snow. Gerimis sikit-sikit je tu pun dah menggigil. Kalau snow takleh bayang la camne hahah.

      Padam
  12. sweet potato! feveret!
    wah, mesra alam ekk rusa tu semua :) happening sgt nampak nyer tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Favourite eh? Tula lalu lalang memang banyak jual sweet potato dekat Japan ni. Last-last dapat jugak merasa. Yeap, rusa tu semua mesra dan jinak asalkan kita tau cara nak jinakkan dia.

      Padam