Japan Travelogue : Wandering Around Osaka

3:25 PTG

Assalamualaikum Hai.

Osaka

Osaka City

Kalau diikutkan, memang penat sangat-sangat lah berjalan dekat Universal Studio semalam. Tapi kan baru hari kedua dekat Japan ni, so memang bersemangat waja betul nak explore semua benda. Harini, kitorang decide untuk berjalan dekat sekitar bandar Osaka. Antara tempat yang kitorang pergi harini ialah Osaka Castle, Tempozan Giant Ferris Wheel, Umeda Sky Building, dan Dotonbori.

Osaka Castle


First tempat yang kitorang pergi ialah Osaka Castle (Osakajo). Disebabkan kitorang pergi naik train, so agak jauh jugak lah nak kena berjalan dari station ke castle. Adalah dah 20 mins / 1km lebih nak kena jalan. Sebabnya Osaka Castle ni dikelilingi dengan park yang agak besar. Dan kita akan meredah park tu. Kebetulan pula Nad pergi on winter so semua pokok kekeringan hahaha. Kalau pergi waktu musim lain meriah la jugak kot nak bergambar dengan pokok sakura tu kan.

Osaka Castle

Boleh dikatakan memang ramai orang jugak lah hari kitorang pergi Osaka Castle. Ikut perancangan, mula-mula memang plan nak masuk dalam castle tengok apa yang menarik kat dalam. Sebab harga ticket masuk pun takde mahal sangat, around 600 yen (RM 22.41) je. Tapi bila dah sampai macam tak ramai pun yang masuk dalam castle. So, terus cancel plan tu and kitorang hanya ambil gambar dari luar sahaja. Time ni memang sejuk gilaaa. Tangan ni kejap pakai gloves, kejap bukak hanya sebab nak ambil gambar punya pasal. Mind you, dekat luar castle ni takde apa sangat pun. Just taman je, so disebabkan takde activity kitorang terus gerak ke destinasi kedua iaitu Tempozan Ferris Wheel.

Tempozan Giant Ferris Wheel

Hehehe. Nad memang nakkk sangat-sangat nak Tempozan ni. Nad ingat lagi berapa tahun lepas tunang Nad pergi Tempozan ni waktu malam. Lampu liplap dia memang cantik lah, lepastu time dekat puncak tunang Nad video call ๐Ÿ˜‚ Kenangan betul. Tapi kalini Nad pergi waktu siang pula. Ketinggian Tempozan Giant Ferris Wheel ni bila kita dekat puncak tu lebih kurang 112 metres camtu tak silap, memang tinggi. Ticket boleh beli dekat counter je harga 800 yen (RM 29.88). Kira affordable lah kan.

Tempozan Giant Ferris Wheel

Kalau malam ferris wheel jadi colour camni. Meriah kan! 

Satu lagi benda korang kena tau, Tempozan Giant Ferris Wheel ni ada dua jenis tau. Satu yang jenis cable car biasa, manakala lagi satu tu glass door. Cable car glass door tu termasuk lantai yang dipijak ni glass dan transparent. So sesiapa yang gayat memang confirm tak lalu nak naik yang ni. Tapi Nad dengan travel partner ni excited nak naik yang glass. Siap kitorang sanggup tunggu lagi. Harga untuk kedua-dua cable car ni pun sama je.

Tempozan Giant Ferris Wheel

Glass & transparent hehe nasib dua-dua tak gayat


Tempozan Giant Ferris Wheel

Dari atas ni memang background laut dan Osaka City. Siap ada cruise lagi kat tepi tu.

Excited dia taktau nak cakap camne walaupun banyak jee ferris wheel dekat Malaysia ni boleh pergi hahahah. Pemandangan dari atas ni korang boleh nampak laut, ferry, bridge, dan bandar-bandar. Oh, and dekat sebelah Ferris Wheel ni adalah bangunan Osaka Aquarium Kaiyukan, aquarium yang paling besar sekali di dunia. Kitorang memang takde plan nak masuk sini sebab expect sama je kot macam typical aquarium.

Habis je naik Ferris Wheel ni satu round, terus kitorang bergerak ke Umeda Sky Building pula. Bangunan ni pun agak jauh juga nak berjalan dari station, dan lalu dekat area-area construction site camtu. Bangunan ni pun tinggi sangat-sangat! Bila duduk depan mata tu susah betul nak ambil gambar sebab tinggi sangat. Ada la dalam 170 meter. Memang tinggi!

Umeda Sky Building

Dekat top bangunan ni ada Floating Garden Observatory di tingkat 39. Ticket untuk masuk ke dalam ni dalam 1,500 yen (RM 56). Memang banyak kali jugak la kitorang duk berkira-kira katsitu nak masuk ke tak, sebab kurang pasti sama ada berbaloi ke tidak kan. Nak beli ticket pun senang je sebab tak perlu berkomunikasi dengan staff dia, ada machine untuk beli ticket. Dan akhirnya, kitorang pun beli. But tell you guys, this one is quite not worth it. Bukan sebab tak best, bukan sebab view tak lawa. Tapi sebab cuaca ๐Ÿ˜ญ SIAPA SURUH DUK BERDIRI KAT ATAS BANGUNAN TINGGI TIME WINTER BERSERTA ANGIN!? Sejuk dia tu ya ampun menggigil! Nad pusing 1 ke 2 round je, sebab memang tak tahan sejuk dia. Siap ada love lock lagi tau kat atas ni.

Umeda Sky Building


Umeda Sky Building


Umeda Sky Building


Umeda Sky Building

Nampak tenang tapi sebenarnya sejukkk sangattt 

Time nak turun dari observatory deck ni, korang akan lalu dekat escalator yang famous juga. Masa buat research tempat-tempat yang kitorang bakal pergi, memang menarik betul lah Nad tengok escalator ni. Sekali dah sampai sana, ambil gambar macam biasa je kejadiannya. Lawa lagi escalator yang viral dekat Malaysia ehehe. So, tak rugi pun kalau tak pergi sini ya..

Umeda Sky Building

Inilah escalator yang biashe biashe je tu hahah

Last destination adalah Dotonbori! Yayyy. Okay sememangnya tempat ni paling excited dan tak sabar nak datang sebab makanan. Tapi agak jauh jugak kena jalan dari station, dan agak confusing sebab dekat-dekat je antara Dotonbori, Akihabara, dan Namba Street. Memang dekat-dekat semua tempat ni dan nampak lebih kurang je. Kalau nak shopping dekat area sini memang best, rasa macam semua benda ada. Dari makanan, pakaian, souvenir, dan barangan kecantikan memang semua ada lah.

Dotonbori

Makanan first yang wajib try pastinya Takoyaki. Dan takoyaki paling famous bagi rakyat Malaysia dekat Dotonbori ni ialah Takoyaki Creo Ru. Memang semua pun tahu yang ni diiktiraf halal semua lah. So kitorang pun beli harga untuk 6 pcs takoyaki 480 yen (RM 17.93). Ternyata memang sedap gilerrr takoyaki sini, macam sengaja diolah untuk menepati citarasa rakyat Malaysia gitu. Takoyaki yang ada version Malaysia and eee sedap gila lah! Rasa macam esok nak datang lagi. Tapi esok nak check out ke daerah lain pulak dah.

Dotonbori

Serious rasa dia sama sebijik macam version Malaysia punya cuma rasa dia lebih sikit

Dotonbori

Second makanan yang Nad try ialah Charcoal Grilled Crab. Crab ni pun quite famous juga. Kalau pergi ke gerai dia memang berkerumun lah manusia nak order. Untuk dua pieces kecil crab ni harga dia 900 yen (RM 33.62). Biasalah, crab memang quite pricey kan. Kalau setakat nak cuba rasa boleh je. Sebab crab dia pun sedappppp. Rasa manis memang kuat, dan texture berair sikit camtu. Memang tak puas lah makan bahagian kecik camni je.

Dotonbori

Lepastu terus kitorang cari Glico Billboard dan Kuidaore Doll yang famous dekat area ni. Just untuk ambil gambar je. To be honest, Glico Billboard ni kalau waktu malam lagi cantik sebab nanti diorang dah pasang lampu. Kalau siang ni lalu banyak kali pun perasan tak perasan je sebab nampak macam biasa.

Glico Billboard


Kuidaore Doll

Kuidaore Doll

Done! Ini sahaja tempat Nad pergi sekitar Osaka. Lepastu terus balik Diamond Hotel. Esok nak check out dan berpindah ke tempat lain pula :)

Next post : Nara Park
                 : Gion

You Might Also Like

8 comments

  1. Bestnya dapat pergi Jepun anta wish list kita juga untuk tahun ini atau tahun depan hehehe tengok tempat menarik dan juga modern best lah hehehe ada tips yang berguna sekurangnya tahu mana nak tujukan...

    BalasPadam
  2. Saya pergi ke Tokyo, tapi teringin pergi Osaka. Lepas baca entry ni tambah lagi keinginan nak pergi. Nampak sangat santai dan rilek je kat sana kan. Saya pun memang suka Jepun

    BalasPadam
  3. Waahhh my fav country. Tapi Tak pi lagi ke Osaka. Cantik semua gambar awak. Info pun menarik. Nanti share itenari full trip bleh? Nak tengok apa lg bleh explore. Al maklumlah nak travel with parent. Sakit lutut banyak jalan Nanti. Haha

    BalasPadam
  4. hi dear slm prkenalan :) OMG why i look at the price sume rs affordable sgt ni?! bwh rm50 je pun haa why Japan always sounds soo expensive?! pdhal mcm ok je osaka ni! aah kt blom smpi osaka lg wakk TAKOYAKI TU OMG klu kat msia pun tercari cari so klu g sne 1st thing mmy sy cari tako lahh!! HAHAHHAHA

    BalasPadam
  5. Seronoknya baca! Dah lama teringin nak ke sana. Baca Nad punya sharing banyak membantu untuk future plan.

    BalasPadam
  6. wahhhh bestnya dapat terok negara matahari terbit. memang indah betul pemandangan di negara jepun. teringin nak pergi sana. insyaAllah satu ahri nanti sampailah ke sana. nie trip bujang sebelum nak berkahwin k tu ? hahaha

    BalasPadam
  7. Cantiknya osaka. Bandar moden. Kita tak pernah sampai sini tapi antara bandar di jepun yg nak kita visit adalah osaka

    BalasPadam
  8. The architecture of the buildings over there really look stunning. I wish to visit Osaka one day with my family. :)

    BalasPadam