Japan Travelogue : Flight to Osaka, Japan

1:20 PTG

Hi Assalamualaikum.


Since ini adalah first post Nad tentang #JapanTravelogue so Nad akan cerita dari mula dari awal sekali. Perancangan awal sebenarnya Nad dengan kawan Nad hanya plan nak pergi Jogjakarta, Indonesia. Tapi, kebetulan pula flight ticket pada waktu tu boleh dikategori kan agak murah, terus plan melencong pergi ke Japan pula Masya Allah. Memang gamble betul waktu tu sebab beli ticket awal 6 bulan. Hanya boleh berharap trip kali ni betul-betul menjadi.

Dan yang kelakar, Nad pergi vacation kali ni dengan orang yang Nad tak pernah jumpa in real life pun. Tapi dah kenal lama since 2012 camtu dari blog juga, cuma rasanya dia dah stop blogging. Dan hanya follow each other dekat social media je. Entah macam mana lah boleh ter plan nak pergi vacation sekali. First and second meet kitorang jumpa untuk plan and discuss about vacation ni sahaja. Third meet up terus fly dah. 

So, dapatlah Nad flight ticket dari KLIA2 ke Osaka-Kansai Airport (KIX) pada harga RM 477.35 termasuk baggage 20kg + Meals + Insurance untuk sehala. Sampai je sana terus beli ticket train untuk menuju ke hotel. Sepanjang di Japan, Nad takde beli sebarang pass. JR pass, Suica card, Pasmo card semua takde beli. Nad hanya beli manual di machine ticket berdasarkan Google Maps. Machine mudah difahami dan jangan risau, ada English. 

Waktu Nad pergi ni pada bulan February, musim sejuk. Agak kelakar jugak lah sebab waktu landed ego kan, konon boleh tahan sejuk. Nad pakai sweater biasa je. Sekali 3 degree celcius pulak hahahha. Dengan angin malam dia yang sejuk kering tu, memang menggigil jugak lah. Nak tarik luggage pun menggeletar wei. Last-last mengalah la keluarkan juga glove sebab tangan macam nak beku dah.


Dekat Osaka ni, Nad tinggal di Diamond Hotel. So train dari airport ke Diamond Hotel 920 yen (RM 34.37). Waktu mula-mula sampai hotel ni kelakar jugak lah sebab first time berinteraksi dengan orang Japan. Ada lah dalam 3 perkataan je cashier tu tau cakap English ๐Ÿ˜‚ Setelah bermacam gerak tangan, akhirnya dapat jugak lah check in. Padahal nak bagitau je floor berapa dan nak naik lif dekat mana hahahah. Bilik yang Nad duduk ni agak kecil, cukup-cukup untuk dua orang je. Bilik first ni kitorang pilih Japanese style, tidur atas futon. Satu malam hanya RM 35.92 x 4 hari = RM 143.68

First day ni pun dah penat rasa. Walaupun duduk dalam flight dah puas tidur, bila dapat futon ni terus tertidur jugak lagi. Lagipun perancangan first day keesokannya di Osaka ni nak terus pergi ke Universal Studio Japan. So memang dah prepare energy siap-siap taknak sampai esok tu lemau. Memang kena cukup rehat dan tidur. Alhamdulillah selamat sampai di Osaka dengan jayanya.


Total Cost
Flight KLIA2 to KIX = RM477.35
Train = RM34.37
Diamond Hotel = RM 143.68

Total = RM 655.40

Next post : Universal Studio Japan

You Might Also Like

21 comments

  1. Quite cheap the flight ticket.

    BalasPadam
  2. Interesting.. nak tau jugk citer selanjutnya.. Nad beli tiket sehala, pastu balik naik apa pulak suspen lah Nad ni

    Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan

    BalasPadam
  3. Nad, tiket flight tu nad beli waktu promo tak? Ke memang harga dia macam tu? Sebab rasa macam murah pulak. nanti update lagi ye, nak baca the whole experience nad kat jepun ni. Macam nak plan trip ke sana jugak je. But not this year la.

    BalasPadam
  4. Murahnya bilik die convert duit malaysia RM35 per night. Bilik air attached sekali ke share?

    BalasPadam
  5. murah pulak tiket tu.. eh tak sabarnya nak pergi osaka bulan 5 nanti. cepat update entri poasal usj pulak. boleh BBL rujuk untuk pergi sana nanti

    BalasPadam
  6. Bestnya pergi Jepun time sejuk lak tu hehehe satu yang seronok kita tak pernah nak sampai lagi bestnya bila lah nak datang sana hehehe sapa nak ajak kita travel Jepun nak rasa kesejukan tu wakakakkaka..

    BalasPadam
  7. Murahnya 400++ je. Sbb dulu beli pi jepun mmg 600++ one way lah paling murah. Heyy ni tak adil. Hahaha. Tak sabar nak baca USS Japan pny story. Dari hari tu nak tahu.

    BalasPadam
  8. Perghh bgusla dpt tiket harag murah tu.. Ber aloi pergi.. Syokla dia dpt bercuti ke negara orang. .Nampak best je akk tengok.. Teringin juga ni. .Hehww

    BalasPadam
  9. Bestnya excited nak tunggu next entri. Murah jugak tiket dia eh. Memang teringin ke Jepun but Husband kurang suka tempat sejuk camtu. Hopefully one day dapat travel juga. Enjoy your travel while you can

    BalasPadam
  10. wahhhh bestnya Nad dah sampai ke bumi jepun. teringin nak ke sana satu hari nanti. eh tiket tu nampak murah lah. mesti beli time promo nie. jarang2 dapat harga mcm tu. nak riki2 jugaklah harga tiket flight ke Jepun. mana lah tahu next year nak ke sana ke

    BalasPadam
  11. Wah.. Seronoknya dia ke Japan!
    Beruntung nad, rezeki dapat harga tiket murah tu! Kalau tak tentu mahal dari tu kos nya kann? Tak sabar nak baca cerita selanjutnya

    BalasPadam
  12. Wah bestnya..bajet pon masih mampu..tunggu anak besar sikit laa boleh plan ngn encik suami..

    BalasPadam
  13. Sis dh ke Japan..beli tiket masa promo mmg murah. Rindu pulak nak ke sana lagi..memang best gila n seronok jalan2 kat sana. Kalau ada rezeki mmg nk repeat lagi ke sana

    BalasPadam
  14. that's a very nice deal for the flight tickets! Have fun for your Japan trip. I miss Japan a lot and wish to go back for more.

    BalasPadam
  15. bestnya dapat jalan2 tengok negara orang..one of my wwishlist nak datang ke nagara ni..tiket tu memang murah dan berbaloi...bagus dapat grab harga macanm tu

    BalasPadam
  16. Nnti AM nak ke osaka boleh la rujuk info dr nad nie.. Terima kasih Terima kasih Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea.. Nak ke sana nnti dgn kengkawan..

    BalasPadam
  17. syoknya dapat pi Osaka.. kat sana pemandangan cantik-cantik dan udara pun segar kan.. hehe.. harga yang tertera atas tu pun berpatutan sangat.. boleh la sape-sape yang nak pi jepun tu..

    BalasPadam
  18. Wah... The price is cheap Wei... I should plan my trip now!! Been planning to go Japan but still don't have the chance to go...

    BalasPadam
  19. Bestnya pergi tgk negara org lglah tiket flight murah..kena dpt kwn yg btl2 faham masa travel. Kak pernah jpa bdk2 student masa kat korea yg berani travel sorang2

    BalasPadam
  20. murah gak harga tempat kak nad duduk tu. memang ngam untuk backpackers :D

    BalasPadam