Pengalaman Kerja Sebagai Kitchen Helper di Laura Medina Cafe, Subang Bestari

9:09 PG

Assalamualaikum Hai.

Kitchen Helper di Laura Medina Cafe. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak. Sebab Nad memang rahsiakan betul waktu Nad kerja jadi kitchen helper di Laura Medina Cafe ni. Even parents Nad pun rasanya still taktahu lagi sampai sekarang 😂 Kalau Nad masih kerja and diorang tahu, mesti diorang suruh berhenti serta merta punya. And Nad kerja ni pun sebagai part time je. 

Kitchen Helper at Laura Medina Cafe

Kisahnya bermula bila Nad duduk menyewa bilik sorang je dekat area Subang Perdana ni. So bila habis waktu kerja hakiki Nad pukul 5PM, Nad terus balik bilik sewa yang jaraknya hanya cuma 200 meter sahaja dari office hahaha. Tak sempat nak hadap jammed, tak sempat nak habis satu lagu pun dah sampai rumah. Ok let say la Nad sampai rumah pukul 6PM pun kan, ya Allah lama-lama habis idea dah nak buat apa waktu malam tu.

Sampai lah Nad terfikir baik kerja part time kan dari buang masa waktu malam ni takde buat apa pun. Nad pun cari lah online kerja-kerja part time yang boleh buat dari rumah sahaja atau kerja yang luar waktu kerja hakiki Nad. Tiba-tiba ternampak dekat Facebook ada abang ni iklankan yang dia memerlukan kitchen helper sekian sekian. Nad try Google Maps alamat cafe, oh 10 minit je dari rumah Nad. Plus minus jammed waktu petang ada la dalam 20 minit jugak. Not bad, kira dekat la jugak. Waktu kerja start dari 6PM until 11PM. Timing ok dah. Salary RM6/sejam. Hmm pun ok jugak.

Nad pun terus Whatsapp. Tapiii, sebelum Whatsapp, Nad Google dulu apa tugas-tugas kitchen helper 😂😂😂 Hahahaha. Sejenis tak pernah masuk dapur kan, gini lah jadinya. Basically, tugas sebagai kitchen helper ni dia macam potong-potong sayur, basuh pinggan, dan buat je apa yang chef suruh. So i think i can handle being a kitchen helper. Confident terus Whatsapp dan esok tu datang terus start kerja.

Waktu permulaan kerja tu macam-macam lah. Nak tuang nasi bagi bentuk bulat cantik pun tak confident, nak potong sayur pun semua kena tunjuk demo dulu, jari dan tangan ni dah berapa kali kena kuali panas pun taktau, melecur kena wap nasi lah. Eh kenangan betul semua tu hahahah. Tapi dalam around 2 weeks je Nad dah expert ok. Yang penting kena buat kerja kemas dan pergerakan laju. Seriously Nad memang enjoy sangat kerja ni. Suka sangat!

Boss pun sporting. Kadang Nad ada jugak masuk lambat sikit sebab kerja kan, kadang ada balik lewat jugak. Pastu kadang kita nak makan pun boss bagi makan free je. Kadang tu boss ajak makan ramai-ramai sesama staff dekat cafe lain. Gaji pun semua ok on time. 

Oh and kat bawah ni Nad listkan TOP 4 Nad punya favourite makan dekatsana ok!

1) Tauhu Chubby Chubby (Tauhu begedil)

Kitchen Helper at Laura Medina Cafe

RM7.90 | 5 pieces

Tauhu ni palinggg Nad suka sangat. Walaupun Nad kerja situ, tapi dekat kitchen tak pernah dapat rasa tauhu begedil ni tau. First time Nad rasa time Nad datang Laura Medina Cafe dengan adik Nad. Then kitaorang order tauhu begedil ni sebab teringin nak rasa. Sekali rasa weh pehhh sedap gila sumpah tak tipu. Memang sedap sangat!! Nad jenis tak tahan pedas, tapi sambal dia ni even pedas pun tetap makan jugak sedap punya pasal kan. Tauhu ni memang dorang sumbat segemuk yang boleh, sebab tu panggil chubby. Kalau bernasib baik, dapat lah isi ayam heheh.

2) Ayam Korea Jeju

Kitchen Helper at Laura Medina Cafe

Ayam Korea Jeju | RM13.90
Ayam Korea Jeju Cheesy | RM19.90

Actually, mula-mula tu Nad lebih suka ayam korea. Dengan rasa dia yang ala-ala Korean dan ada rasa madu sikit. But then, formula telah diubah. Rasa ayam korea yang terbaru lebih spicy, more to rasa sambal Melayu. Nad pulak tak boleh nak tolerate dengan rasa pedas tu. Kemudian keluar pulak menu yang lebih baru, ayam korea jeju. Baru food tasting session, terus jadi favourite Nad hahahha. Taktau nak describe camne rasa dia tapi sedap manis-manis gitu. Warna kuning eee taktau lah nak kata resepi rahsia apa dia pakai tapi rasa memang umph.

3) Chicken Buttermilk 

Kitchen Helper at Laura Medina Cafe

Chicken Buttermilk + Ice Lemon Tea | RM10

Buttermilk chicken pulak memang selalu Nad makan. Kadang Nad puasa so nak berbuka saja request dengan boss nak makan chicken buttermilk heheh. Tiap kali makan, ayam memang tak pernah habis. Memang tak kedekut la, ayam banyak, kuah buttermilk pun banyak. Cuma bagi Nad kadang-kadang macam pedas sikit. Bagi korang tak pedas kot.

4) Cheezy Nachos

Tapi Nad tak jumpa gambar dan tak ingat harga dia 😩 Dia tabur mozarella cheese atas nachos dan panaskan lepastu tabur chili flakes. Aaaaa sedangkan nachos sahaja pun dah sedap gila. Apatah lagi bila disalut dengan cheese. Sedapnyaaaa! 

Sebenarnya nak buat TOP 3, jer, tetibe teringat pulak dekat cheesy nanchos yang turut menjadi favourite Nad ni. Btw, burger-burger dekat Laura Medina Cafe ni pun semua sedap-sedap. Menu paling famous sekali adalah burger Monster! Daging dia tu homemade tau. Senang cerita mostly customers memang selalu order burger jugak kalau datang sini. Nad je kurang berminat dengan burger. 

Haa kalau best sangat kerja kitchen helper dekat Laura Medina Cafe ni, kena quit kan. Nad kerja situ ada lah dalam 3 bulan jugak. Start bulan kedua tu Nad macam asyik demam je. Selang 2 minggu je demam. Stress jugak lah sebab nak sediakan makanan pastu nak kena cover batuk, cover selesema. Dengan pening kepala lagi. Sedangkan Nad jenis yang susah sangat nak demam. Waktu zaman study dulu, boleh kata setahun sekali je kot demam. So bila dah kerap sangat demam, Nad rasa punca Nad demam ni adalah disebabkan terlalu sibuk dan tak cukup rehat. Sebab Nad kerja 8AM to 5PM then sambung part time as kitchen helper 6PM to 11PM. Balik tidur. Esok ulang balik benda sama hahah. 

And now, dah sebulan lebih Nad quit kerja part time ni. Setakat ni masih belum rasa boring lagi waktu malam. Nad cuba full kan waktu malam dengan aktiviti berfaedah sikit. Tapi most of the time pun cuma main phone and blogging jela hahahah. Dah taktau nak buat apa lagi untuk busy kan diri ni. Cuba suggest sikit korang selalu buat apa je waktu malam on weekday? 💬

All photos are from Laura Medina Cafe. Kita kerja so tak sempat nak amik gambar 😜

You Might Also Like

28 ulasan

  1. Sedappnyaa tengok semua makanan ni... Chicken butter milk fav ekin!

    BalasPadam
  2. Waaa~ jenis tak reti dok diam yek? bagus la. Dapat duit extra. ^^ List makanan dia sedap². Ada rezeki nak cuba laa..

    BalasPadam
  3. hello kitchen helper! haha chicken buttermilk tu nampak sedap but at rm10 the chicken terlalu sikit for me. hahaha

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  4. wohoo mama penah makan kat sini ni. mmg sedap agaknya masa tu nad yg masak kut
    http://www.mamapipie.com/2018/10/makan-di-laura-medina-cafe.html

    BalasPadam
  5. Hahahaa... menarik ceritanya awal mula kerja di Kitchen Helper di Laura Medina Cafe, Subang Bestari. Potong sayur pun tak pas. Tapi skg pastinya sdh ahli dalam menyaji makanan. Lihat foto ayam korea jeju nak minat makan nih

    BalasPadam
  6. sedapnya semua makanan dia.nampak tak kedekut dan harga pun okay je.rajin nad siap buat part time. airah memalam memang baring tengok movie jela dah penat otak ni kerja

    BalasPadam
  7. Akak suka semangat Nad, rajin..akak dulu sebelum dapat kerja yang bagus macam sekarang akak banyak buat kerja lain gak..at least kita pandai isi masa dan gain something with that kan...

    BalasPadam
  8. Pengalaman tu penting. Tapi mmg penat keje dr pagi sampai malam. Sedap2 makanan kat situ nanti boleh try, semuanya nampak menarik

    BalasPadam
  9. Bagus sebab ada semangat nak bekerja mencari pendapatan sendiri walaupun kerja Kitchen Helper itu janji kerjanya halal dan tak ada orang nak marah hehehehe kita kalau kerja kat kitchen makin sihat lah wakakakak...

    BalasPadam
  10. so many food posted over blogger which is not fair coz we can only watch and not eat it.. haha. its a good place tau kerja kat place like this. its tot us patient, pengalaman handle customer.. and all u can never imagine boleh belajar kat restoran ni.. dulu kita kerja kat kedai aiskrim .. hagen dasz sampai terkehel tangan nak letak ice cream tu je kat kon pergh rindu zaman muda mudi

    BalasPadam
  11. Rajin Nad take memilih kerja. Salute! Even pun penat it's fun at the same time Kan. Mesti Banyak benda Yang nak belajar Dalam masa 3 Bulan Tu Kan .Oh! Get enough rest ya...😍😘

    BalasPadam
  12. best jugak kerja kitchen helper..boleh belajar selok belok di dapur..ciktom dulu pun lepas abis study mcm2 kerja buat before dpt kerja sesuai and now dh berhenti bt keje dr rumah plk..hihi

    semua mkanan tu nampak sedappp giler..lapar tgok memalam ni oii..

    BalasPadam
  13. Bagus muda-muda ada semangat bekerja yang kuat..anak dara sis ni pun kalau dia dah masuk kolej nanti memang sis nak suh dia kerja part time, biar dia pandai berdikari cari duit sendiri dan tak buang masa buat benda tak berfaedah

    BalasPadam
  14. Pengalaman sebegini sangat membantu dalam kehidupan mendatang. Rawlins dulu pun kerja kat Shakey's Pizza time belajar. Best kan kerja part time nie. Jumpa pelbagai jenis manusia

    BalasPadam
  15. Pengalaman kerja memang takkan dapat di ganti walaupun kita dah meningkat usia. Sebab masa usia muda je kita berani dan bertenaga lakukan kerja begini. Akak dulu kerja macam2 tempat sebab nak tahu macam mana sistem mereka. Haha

    BalasPadam
  16. waah cantiknya kitchen helper dia :p
    Bestkan dapat duit sendiri hasil dari kerja tangan sendiri. hehe

    BalasPadam
  17. Mouse mommy air liur meleler nampak Ayam korea jeju ni. Sbb cheese tu mmg kesukaan Mouse mommy dgn ank2 , nnt kami nak cuba masakan ni jugak, kedai ni pun dekat dgn rumah kami 😊😍

    BalasPadam
  18. Pengalaman bekerja memg tak dapat dilupakan kalau kerja yang tu best ke tak best.. Hahaha. .Kerja kitchen ni bukan rumit ke. .bgusla nad. .hehehe. .Wah sedapnya maknana dia. .Bokeh datang ni cafe ni. .

    BalasPadam
  19. Hehe actually bagus pengalaman sbg kitchen helper ni sebab boleh timba banyak pengalaman sambil belajar selok belok betniaga dalam bidang f&b

    BalasPadam
  20. Waaa.. Rajinnya nad. Tapi kalau belum ada kmitmen bekeluarga, blh la kan buat part time. Kalau bz, ada komitmen mcm mcm susah juga nak buat part time tu.
    Menu tu nampak sedap la. Terliur tengoknya. Hehe

    BalasPadam
  21. Memang pada mula excited nak keja kan. Sanggup buat 2 3 kerja. Tapi lama2 kita perlukan rest sebab kita xde life. Bdan pun jadi lemah kan .Atleast dpt rasa experience walaupun sekejap. Anyway semua makanan tu nampak sedap. Kena Cuba !

    BalasPadam
  22. Weh! Apsal dekat pun aku tak tahu nih, nadnod!!! Ada listed dalam foodpanda tak ni? Rasa macam takde je... :(

    BalasPadam
  23. ohmyyyy. top4 makanan atas tu sangat sangatttt nampak sedap hahaha. tetibe rasa nak nad belanja. EHHH hahahha

    BalasPadam
  24. Bestnya. Pengalaman baru kan. Tapi lagi best sebab dpt pengalaman mcm mana nk handle kitchen and tgk cara plating kan. Akak suka..

    BalasPadam
  25. saya teringin nk kerja kat kedai makan sebab nampak best lak tolong hidang makanan ni hehe
    tpi nampak penat kan haha

    BalasPadam
  26. kenapa semua makanan tu nampak sedapppppppppppp.. tu memang nak meminta singgah la tu.. hee~ btw.. akak pun pernah keje kitchen helper masa cuti sem.. best sebab pengalaman baharu..

    BalasPadam
  27. Hahahah bestnya kak nad! Get some good rest!

    BalasPadam