Pelancaran Pusat Foton 3S di Glenmarie dan Model Van Terbaru View C2 4.8M & View CS2 6M

1:07 PTG

Assalamualaikum Hi.

Pusat Foton 3S dan Model Van Terbaru VIEW C2 4.8M dan VIEW CS2 6M. Siapa pernah dengar brand Foton? FOTON yang dimiliki oleh Mpire Asia Sdn Bhd (anak syarikat Mpire Group) merupakan peneraju pasaran kenderaan komersial yang berasal dari China, terkenal dengan kenderaan toplander dan truck. Sabtu yang lalu, Nad sempat menghadiri pelancaran rasmi Pusat Foton 3S yang pertama bertempat di No 2, Jalan Pemberita U1/49, Jalan Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam.


YB Tuan Kok Wai, Duta Khas Malaysia ke China telah merasmikan pelancaran Pusat FOTON 3S dan model van terbaru C2 4.8M dan VIEW CS2 yang boleh memuatkan seramai 18 orang penumpang. Mpire Asia juga komited dalam menawarkan pusat perkhidmatan sehenti yang cekap dan efisyen untuk pelanggan serta mempamerkan keunggulan dalam menerapkan teknologi terkini yang canggih setanding atau lebih baik dari jenama lain.



FOTON VIEW C2 dan VIEW CS2



Kepanjangan Van

Dari segi ukuran, lebar dan tinggi van adalah sama seperti van yang lain. Bezanya, kepanjangan FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van adalah sepanjang 4.8 meter. Manakala, FOTON VIEW CS2 6M Window Van adalah sepanjang 6 meter dan ia mempunyai 18 tempat duduk penumpang. Kapasiti untuk memuatkan penumpang adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan van biasa.

Enjin Berteknologi Canggih

Haa, yang ini berjaya menarik perhatian Nad. FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van direka dengan enjin berteknologi Isuzu 4JB1 - Turbo Diesel, yang mana ia bersifat ekonomi dan menjimatkan. Sememangnya penggunaan diesel lebih jimat berbanding petrol dan minyak tahan lebih lama. FOTON VIEW CS2 6M Window Van pula dilengkapi dengan enjin diesel Cummins ISF dengan kuasa kuda dan torque yang tinggi (147Hp dan 330Nm). Torque yang tingi akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih efisyen. Selain itu, maintenance cost untuk enjin ini juga lebih rendah. Untuk pengetahuan, FOTON VIEW CS2 adalah van generasi keempat yang diiktiraf dan memenangi anugerah FOTON di pasaran China. Kedua-dua enjin untuk kenderaan ini mesra alam dan mematuhi piawaian EURO IV.

Sistem Brek Anti-Lock

Dari segi keselamatan pula, kedua-dua kenderaan ini dilengkapi dengan sistem Brake Anti-Lock Bosch 4-Channel yang terbaru dan sistem pengedaran Brek Elektronik untuk keselamatan yang lengkap semasa brek kecemasan.

Warranty

Kedua-dua model FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van dan FOTON VIEW CS2 6M Window Van ini akan diberi warranty selama 5 tahun atau mileage 150,000 km (yang mana lebih awal). Jauh beza dengan kebanyakan kenderaan lain yang mana warranty hanya valid untuk 3 tahun atau mileage 100,000 km.


Selain dari mementingkan kecekapan dalam jualan, Mpire Group juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti setelah menjalin kerjasama dengan 15 pengedar sah di seluruh negara. Talian bebas tol 1300-22-3399 dan perkhidmatan servis pelanggan 24/7 turut diperkenalkan pada majlis ini. Maka, para pelanggan sangat digalakkan untuk menghubungi talian ini juka menghadapi sebarang masalah berhubung kenderaan FOTON.




"Sebagai peneraju pasaran di China yang juga merupakan salah satu daripada pasaran yang paling kompetitif di dunia, Foton bersedia untuk menghasilkan kenderaan bertaraf dunia yang relevan dan memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, saya yakin bahawa kenderaan yang dihasilkan oleh Foton yang dibawa ke Malaysia dijamin memenuhi piawaian, kualiti, dan kecekapan bahan api yang tinggi dan serba canggih" - Dato' Billy Goh, Managing Director of Mpire Auto Group


Harga FOTON VIEW C2 4.8M dan FOTON VIEW CS2 6M


Haaa, dah seronok baca pasal detail dan spec kenderaan mestilah nak kena tahu juga berapa harganya ni. Sangat berbaloi dan berpatutan seiring dengan kecanggihan van FOTON ni. Model Van FOTON VIEW C2 dan FOTON VIEW CS2 akan berada di pasaran pada harga RM83,888 dan RM143,888 (om-the-road tanpa insurance).


Untuk fasa pengenalan ni, Mpire Asia akan memberi ganjaran hebat kepada 100 pelanggan terawal. Antaranya seperti FREE GPS, FREE cukai jalan untuk tahun pertama, FREE kamera on-board, FREE perkhidmatan selama 2 tahun atau mileage 50,000 km, dan FREE 4 tayar untuk tempoh 18 bulan pertama. Berbaloiii sangat-sangat kannn.



Kalau korang berminat dengan van ni, boleh tempah atau cuba test drive dulu ok!

Alamat : No 2, Jalan Pemberita U1/49, Taman Perindustrian Temasya, 40150, Shah Alam
Contact : 03-5567 9858 // 012-221 9111

You Might Also Like

21 ulasan

  1. Harga dia nt bad gak eh for a van dgn 18 seats. Ni kalau beli, bawak gi family holiday senang sgt. semua leh skali jalan je. Dah la siap ada respon team. bagus nya!

    BalasPadam
  2. such a great car... nice launching of the van with 18 seats.. looks great for a big family!~

    BalasPadam
  3. Wahhhh. Qiss tengah kira-kira nak beli kenderaan yang boleh muatkan satu family. Nak suruh ayah test drive dulu la gini. Kalau cun mesti nak booking terus.

    BalasPadam
  4. 1st time dgr FOTON ...ingtkan td slh tulis PROTON rupanya silap tekaanku...pjg juga van tu ye..dkt area opis je ni ..bole la jenguk2 showroomnya kalau berminat utk test drive..tq for sharing

    BalasPadam
  5. Van ni sangat besar kalau ada buat untuk travel agensi memang bagus beli van macam ni hehehe tak pun hadiah kan kat rumah anak yatim ok juga boleh bawa anak-anak tu keman-mana jer hehehe...

    BalasPadam
  6. Menarik van ni. Siap ada sunroof versi van. Seated pun banyak. Sesuai untuk company dan family besar. Brand China skang dh dipercayai sekarang ni. huhuhu

    BalasPadam
  7. ingatkan proton keluar van sekarang hehe rupanya FOTON. ni kalu family besar sesuai sangat beli satu van foton, naik beramai-ramai mesti meriah kan. size pun boleh tahan besar

    BalasPadam
  8. Sis keluarga kecik je sb tu tak sesuai kot van besar cam ni,keluarga besar memang sesuai lah kalau guna van ni or kalau ada busines bolehlah difikirkan.

    BalasPadam
  9. Pertama kali dengar jenama FOTON ni. Panjang van nya. Boleh muat ramai orang. Sesuai sangat untuk mereka yang sediakan perkhidmatan bas persiaran untuk pelancong dan juga sewa.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. sesuai sangat untuk jadikan kenderaan komersial....rasa berbaloi sebab boleh muat ramai penumpang....yang penting jimat , selesa dan power....nanti kot ada yang tercari2 van camni boleh info ke diorang.....

    BalasPadam
  11. Xpernah tgok foton.. Atau mybe penah nmpk tp xtau nama. Hahaha.. Sian betul kita ni.. Tau bawak tp xamk tau nme2 kete.. Hihi.. Harga dia not bad boleh thn kan.. Sesuai klo nk jln rmi2..

    BalasPadam
  12. Kenapa jenama dia Foton. Ia dari Proton ke camana? Suka kenderaan banyak seat camtu. Harga macam OK utk ekonomi sekarang ni.

    BalasPadam
  13. van? foton? wow first time heard about this brand. i think i have not seen it on the road. i supposed the van is more for the business use?

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  14. So coincidence I'm looking for one van to use in my company. Cool!!!

    BalasPadam
  15. akk baca memula proton. eh! bila pulak proton kuarkan van? rupanya foton..hehehe. besar van ini. boleh bawak satu famili g jalan-jalan ini

    BalasPadam
  16. Fuyohh dia pergi event van kau. .Hebat. .Hehehhee. .Terbaikla van ni. .Banyak fungsi dia yang menarik. .Besar pulak tu. .Harga boleh tahan. .

    BalasPadam
  17. Selalu tengok dan baca orang review pasal kereta tapi kali ni pasal van. Wow! Amazing design and idea for this new one! Besar, selesa, menarik dan nampak really exclusively for family . Anyway, first time juga ni dgr pasal FOTON. mmg tk pernah tahu akan kweujudan nya tp skrg dah ada new ilmu! Thanks!

    BalasPadam
  18. First time coming across this brand, the van is really spacious, can use it for travelling.

    BalasPadam
  19. Wahh!! Nampak menarik n unik foton nie.. Leh la yg ada famili reramai nie utk miliki satu foton di rumah.. Nak balik kg leh blk secara berjemaah..

    BalasPadam
  20. Wahhhh. ini kalau untuk keluarga yg ramai anak sesuai la kot kan. Sesuai dan berbaloi utk keluarga yg besar.

    BalasPadam