Movie Review : The Spiral

11:18 PG

Assalamualaikum Hai.

The Spiral. Okay kalini Nad nak review movie The Spiral. Rasa macam dah lama lah tak review-review movie ni. Asyik review skincare dengan make up je kan. Sebenarnya Nad banyak je tengok movie dekat cinema tu cuma tak sempat nak share kat blog. Movie ni pulak sejenis yang bersifat sementara je. Kalau kita peram lama sikit terus dah tak trending cerita tu hahah.

Berbalik kepada The Spiral, to be honest Nad tak pernah dengar pun tajuk dia waktu nak tengok cerita ni. Tapi, disebabkan Nad memang selalu tengok je cerita tanpa baca synopsis ke apa, sebab taknak tahu jalan cerita, so Nad proceed je. I totally have no clue what is this story about.



Sinopsis The Spiral

Permulaan cerita dimulakan dengan adegan bunuh-membunuh di sebuah rumah. Jon Caine juga membunuh semua orang di dalam satu café hanya kerana seseorang berlaga bahu dan menyuruhnya meminta maaf. Dia akhirnya ditangkap oleh Detektif Inspektor Aleana dan masuk ke dalam penjara. Tidak lama kemudian, rangka mayat Jon Caine sebenar yang dilaporkan hilang telah ditemui.

Semasa di dalam penjara, Dr Melanie Surya yang merupakan seorang psikiatri penjenayah cuba untuk merungkai sebab dan apa yang terjadi kepada Jon Caine. Tetapi, Jon Caine bersikap psycho dan mengugut Dr Surya. Dr Surya akhirnya sedar bahawa kewujudannya ada kena-mengena dengan Jon Caine apabila Jon Caine bertindak menghilangkan diri betul-betul di depan mata Dr Surya.

So, apa kaitan Dr Surya dengan Jon Caine ni? Kenapa Jon Caine datang cari Dr Surya? Dan apa rahsia yang Dr Surya temui mengenai Jon Caine?


Storyline : Idea dan konsep movie sejujurnya sangat menarik. Macam movie English yang kita tak boleh nak predict sangat ending dia. Dari permulaan sampai pertengahan cerita, Nad memang focus tengok sebab curious dan nak tahu sangat apa yang terjadi dengan Jon Caine tu. Waktu permulaan cerita ni jugak memang psycho habis. Movie ni genre science-fiction, memang jarang sangat kita tengok Malaysia produce movie macamni.

Actor : Pemilihan actor yang tepat bagi Nad. Tiga pelakon Utama; Siti Saleha, Peter Davis dan Ben Pfeiffer yang memang hebat lakonan. Diorang speaking pun memang fluent, rasa macam tengok movie Barat pulak. Editing pun mantap.

Highlight : Kemuncak cerita adalah waktu Dr Surya dah start reveal rahsia Jon Caine dan mula merantau antara dimension untuk betulkan balik keadaan. Waktu ni korang kena betul-betul focus dan faham jalan cerita. Babak waktu ni agak bercampur dan confusing, tapi kalau korang jenis suka berfikir, memang best. Ending dia pun menggembirakan hehehe.




Director : Pf Wong
Writers : Kenny Walakandou, Peter Wong
Genre : Science fiction | Thriller | Horror
Duration : 1 hour 15 mins
Rating : 3.5 /5

CONTEST ALERT!

Bersempena dengan penayangan movie The Spiral, mereka juga telah melancarkan contest yang berlangsung di Facebook. Cara nak join pun mudah sahaja. Ada dua hadiah menarik yang disediakan untuk dua bakal pemenang yang bertuah!

❶ Canon Mini Photo Printer PV-123 bernilai RM499 untuk 1 pemenang
    Like, Share & Tag 5 kawan di POST INI


❷ Huawei Nova 3i bernilai RM1,099 untuk 1 pemenang
    Tonton movie The Spiral, Berikan pendapat anda, Tag 5 kawan & Sertakan gambar resit POST INI

❸ Hadiah Saguhati : Voucher AEON bernilai RM10 untuk 10 pemenang

P/s : Jangan lupa tengok movie ni dan join contest ya!

You Might Also Like

22 ulasan

  1. macam best je cerita ni. tapi airah selalu tak suka tengok movie yang kena curious sebab nanti stress hahahhaha

    BalasPadam
  2. The Spiral - satu movie yang baru bagi Malaysia dan Rawlins pun sama - sangat fokus dengan cerita untuk tidak ketinggalan. Rawlins suka dengan jalan cerita.

    BalasPadam
  3. Eh eh...Siti Saleha berlakon..first time akak dengar pasal film ni...mesti jalan cerita dia best..harap- harap tak boring..akak kalau tengok cerita genre macam ni sure ada perasaan ingin tau cepat..tak sabar nak tau ending...eh..boleh cuba tengok la citer ni

    BalasPadam
  4. Macam best je cerita ni. Jalan cerita tu nmpk menarik sbb tak berapa suke cerita yang kite dh boleh baca endingnya awal2 lg. Nk kene tgok ni. hehehe

    BalasPadam
  5. Kita tak tahu pun tenttang filem ini hehehehe tak ada promosi tapi tengok macma best kisah pembunuhan tak silap kita kan hehehe nanti boleh pergi tengok..

    BalasPadam
  6. Tak pernah dengar pula pasal movie ni. Macam kurang promosi je. Tapi nampak unik cerita dia rasa macam nak tonton pula. Iyalah, movie yang lain daripada lain macam nilah kita patut lebih sokong untuk majukan industri perfileman Malaysia kan! :)

    BalasPadam
  7. Tak tengok lagi cerita ni. Kalau masuk Astro First barulah nak menonton. Yang kenal pelakonnya kat sini Siti Saleha ajer.

    BalasPadam
  8. Macam best je movie ini. Ok saya akan pergi tengok. I really like to watch these kind of movies. Full of suspense.

    BalasPadam
  9. Eh nape ena tak tahu ye.. mungkin kurang promosi. Tak sangka plak ada siti saleha berlakon dala minat die acting natural. So tak bole bayangkan cite pulak psiko kan. Cite psiko mmg best sebab kita curious apa akan berlaku dan siapa yang jadi dalang. Aduh seriously nak tengok.

    BalasPadam
  10. kenapa banyak cerita akk tak tau ni,..haha..adoii..alam sangat tak pergi tengok wayang..kalau bunuh2 ni seram la nak taengok..ahaha..wah siap ada hadiah lagi..

    BalasPadam
  11. Wah, macam best je. Genre ni memang saya minat cuma nak bawak anak tengok cerita dalam panggung selain kartun memang payah sikit. Nanti kejap2 diorang main kat tangga la, menangisla..play safe..tengok tv je la kat umah..

    BalasPadam
  12. Baca sinopsis mcm menarik je The Spiral. Konfem kena tggu tgk kt tg je ni haha.. kl g wayang pun, nak kena tgk citer bdk2 je skng ni

    BalasPadam
  13. Wah! Menarik nie.. Ada unsur suspen n misteri.. AM suka nak tgk citer ala2 detektif nie.. Confirm AM nak pegi tgk..

    BalasPadam
  14. wa the hadiah sungguh baik sekali! I wanna watch The Spiral and join the contest to win win win la haha. I think the movie is really interesting too based on your review ;)

    BalasPadam
  15. Uiks siti saleha yg berlakon yer

    BalasPadam
  16. Mavam menarik je cite ni..kisah pembunuhan lak tu, mmg fav akak lah tu. Kalau ada masa nak tgok gak lah cite ni

    BalasPadam
  17. Filem dari malaysia rupanya. Ingatkan filem mat saleh. Tak tahu pon pasal movie ni. Tapi jalan cerita macam menarik je. Thanks for the info.

    BalasPadam
  18. Ingatkan cerita Hollywood sebab Siti Saleha pun macam mat salleh kan. nice gak jalan cerita dia tu! :) mana tahu boleh layan kan.... untung-untung kot2 menang contest! hihiii

    BalasPadam
  19. Okay weekend ni nak pergi tengok lah. Baca sinopsis tu macam best 😍

    BalasPadam
  20. Macam best je genre science fiction horror ni..lagi2 siti saleha yang berlakon, padu beb..

    BalasPadam
  21. Macam menarik je cerita ni.. kalau baca pun mmg mcm best.. ape lagi kalau tengok..

    BalasPadam