Daftar Prime Membership di EZBuy & EZBuy 12.12 Campaign!

10:18 PG

Assalamualaikum Hai.

ezbuy Malaysia! Kini, semua perkhidmatan sudah berada di hujung jari kan. Sesetengah dari kita juga lebih selesa dan memilih untuk beli belah secara atas talian berbanding berkunjung ke kedai fizikal. Lebih mudah, lebih cepat dan lebih jimat. Apatah lagi yang sibuk bekerja dan cuma sempat membelek barangan-barangan terbaru hanya melalui telefon. Pasti lebih mudah untuk beli sahaja secara atas talian. 

Kali ni Nad nak share tentang ezbuy, satu platform yang tidak asing lagi di Malaysia sebagai medium jualan atas talian. 

ezbuy yang dimiliki oleh EZBuy Holdings Limited mula diasaskan pada tahun 2012 oleh sekumpulan entrepreneurs di mana mereka berusaha untuk menyediakan barangan yang berkualiti buat masyarakat tempatan. Setakat ini, ezbuy sudah pun digunakan secara meluas di Malaysia, Singapore, Indonesia dan Thailand dengan lebih dari 3 juta pembeli. Barangan yang dijual juga kebanyakannya diimport dari USA, China, Taiwan, dan Korea. 

Seiring dengan permintaan yang semakin tinggi, ezbuy kini tampil dengan pelbagai servis untuk sentiasa memberi yang terbaik buat pelanggan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan PRIME SERVICE MEMBER yang menawarkan kos penghantaran terendah berbanding platform beli belah yang lain. 

Ezbuy Prime Membership

Ezbuy Prime adalah program keahlian ekslusif yang ditawarkan kepada pelanggan sedia ada ezbuy. Istimewanya program ini di mana ahli hanya dikenakan sebanyak RM8.80 untuk kos penghantaran tanpa had. Kos penghantaran antarabangsa ini juga adalah fixed per check out tanpa mengira jumlah kuantiti, berat mahupun saiz barangan yang dibeli. 


Ahli Prime juga tidak kenakan sebarang agent fee. Kos untuk proses order, inspection dan packing barangan adalah zero! Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kehilangan barang mahupun kerosakan barangan, ahli Prime mempunyai free insurance sehingga RM2000! 

Untuk menjadi ahli Prime, terdapat 3 jenis keahlian Prime yang tersedia. Prime Annual valid selama setahun dengan bernilai RM188 dan mempunyai 42 wishlists. Prime Lite valid selama 6 bulan bernilai RM99 dan mempunyai 24 wishlists. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan ezbuy, anda boleh lah melanggan Prime Trial selama 5 hari yang bernilai RM18.80. Cuma bezanya, Prime Trial ni tiada wishlists. Apa tu Wishlists? Wishlists ni ialah kelebihan yang diberi kepada ahli Prime untuk menukar barangan dari status bukan Prime kepada status Prime. 


Lebih dari 90% barangan Prime dihantar dengan menggunakan perkhidmatan udara mengambil masa antara 3 hingga 5 hari. Hanya sesetengah barangan yang berat ataupun tidak dibenarkan penghantaran melalui udara sahaja akan dihantar melalui lautan dengan anggaran masa penghantaran antara 16 hingga 22 hari. Setiap barangan yang akan dihantar telah pun dikira anggaran masa untuk barangan sampai ke tangan pembeli.


Kos penghataran antarabangsa yang tinggi sering menjadi punca pembeli berfikir 2 hingga 3 kali sama ada mahu membeli barangan tersebut atau tidak. Sekarang, cuba perhatikan gambar di bawah untuk melihat perbezaan kos yang perlu ditanggung pembeli ahli Prime dan pembeli bukan ahli Prime. Dengan menjadi ahli Prime, penjimatan berganda kerana kos penghantaran anda fixed RM8.80 nett!


Antara feature terbaru di ezbuy adalah Prime chat support. Jangan risau jika anda kurang faham tentang cara pembelian, kesilapan alamat atau mengalami sebarang issue berkenaan ezbuy. Anda boleh segera membuat aduan di Prime chat support dan akan dilayan secepat mungkin.


Kelebihan Mendaftar di ezbuy

Hanya dengan mendaftar di ezbuy juga ada kelebihannya tau. Dengan setiap pendaftaran, anda akan mendapat 100 points yang bersamaan dengan RM1. Anda juga akan menerima cash voucher sebanyak RM15 berserta discount penghantaran sebanyak 15%. Boleh daftar di link ni ye EZBUY

ezbuy 12.12 Campaign!

Bersempena dengan 12.12 yang bakal tiba, ezbuy juga tidak ketinggalan untuk turut serta dengan Year-End-Sale! 12.12 YEAR-END-SALE ini akan berlangsung selama selama 10 hari bermula 3 hingga 12 Disember 2018! Ada FREE SHIPPING, 20% off dan 50% off barangan hot items! Cepat singgah ke ezbuy dan grab barangan kegemaran anda sebelum promosi tamat.



You Might Also Like

17 ulasan

  1. Wahh untungnya kalau jadi Prime Membership.

    BalasPadam
  2. kos penghantaran tanpa had? woww yang selalu shopping dekat ezbuy tu memang tak patut lepaskan peluang macam ni.tengok harga dia pun murah je memang berbaloi nak jadi ahli

    BalasPadam
  3. tak sabar tau nak checkout 12.12 nanti.Dalam wishlist tu dah banyak dah.Cuma nak sign up as Prime je sebab bila dah daftar jadi ahli PRIME, maka akan murahlah kos penghantaran tu..jejom shopping

    BalasPadam
  4. ohh mcm menarik jugak ye kempen jadi prime members by ezbuy ni..nampaknya siapa yg pengguna tegar platform ezbuy ni especially those yg selalu beli brgn yg berat2 dan dr luar negara tu mmg sgt berbaloi laa if daftar jadi prime members ni kan hehe.

    BalasPadam
  5. great to read about this, been thinking about this alot. Glad to see you share about it as I don't know how the membership works. Now easy and simple just read your post I understand more.

    BalasPadam
  6. Nak akhir tahun ni banyak pula tawaran yang menarik. Nak kena register jadi member la kan kalau nak dapatkan tawaran yang best ni....kos pos tu saya tertarik sangat sebab 1 kos untuk barang2 sikit ke banyak ke...berbaloiii

    BalasPadam
  7. Terbaik. Macam² offer ada sempena year end . Semua berpusu² buat promosi. Sampaikan kita user ni rambang mata ntk join semua benda. Huhu. Terbaik ezbuy! Macam² bagi via PRIME, reg sahaja pon dapat voucher kan? Best sgt

    BalasPadam
  8. yay it's shopping time again! I want to buy buy buy and buy. there's so many good promotion during the sales period kan. tapi need to control if not my wallet will bleeding leh

    BalasPadam
  9. Akhir tahun ni macam macam promosi ada kan .Yang untung bila daftar sebagai ahli prime. Memang bagus daftar sebab kelebihannya kos postage tetap sama walaupun barang dibeli banyak dan berat .Kira berbaloi sangat

    BalasPadam
  10. Yerr kita sama dah daftar jadi ahli Prime ni hehehe memang tak sabar nak beli time waktu promosi 12.12 ni memang mesti banyak barang murah-murah dan hebat-hebat belaka hehehe...

    BalasPadam
  11. Kalau beli barag pukal memang untung keahlian Prime tu. Dah dekat 12.12 ni sale lagilah gamaknya yer. Dah ada akaun EZbuy bolehlah shoping nanti. Yeay!

    BalasPadam
  12. Shopping, shopping and shopping!
    Tawaran hebat sana sini. Lagi lagi shopping online.
    Tawaran postage dia pun berbaloi dengan ezbuy ni.
    So siapa yang rajin shopping dengan ezbuy ni, boleh la daftar kan.
    Menarik.

    BalasPadam
  13. PRIME nie memang bagus untuk yang suka membeli belah online dan secara pukal. Rawlins taknak buka sebab nanti takleh kawal diri

    BalasPadam
  14. Prime membership ni bagus sebab dia lebih banyak kelebihan. Walau barang beli banyak tapi tetap jimat nak menguntungkan

    BalasPadam
  15. yes 12.12 is coming! im surprised all the 10.10 and 11.11 sales where it does not have all these last time. so i guess for those interested in prime would be a good time to buy!

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  16. Ramai plk buat entry Westbury 12.12..PRIME mmg bagus dulu kak pernah shopping kat ezybuy

    BalasPadam
  17. Always hear about this, maybe I'll try out the 5 days prime since the price is really affordable.

    BalasPadam