SKIM THOHIR : Bayar Zakat Secara Potongan Gaji dan Menang Hadiah Bernilai RM28,000!

3:14 PTG

Assalamualaikum Hai.

Skim Potongan Gaji Zakat. Disebabkan Nad sendiri kerja pun tak sampai setahun lagi, Nad pun masih blur-blur lagi pasal zakat ni. Ingat lagi time bulan puasa haritu pergi bazaar Ramadan dengan officemate. Di antara gerai-gerai makanan tu ada lah satu table kaunter bayaran zakat ni. Lepastu officemate tanya "Nad dah bayar zakat belum?". And i was like "Nad dah start kena bayar ke?" LOL. Balik rumah lepastu ibu tanya "Kakak dah bayar zakat belum? Dah kerja kan". Tapi masih blur lagi lepastu cakap kat ayah "Mestilah ayah masih bayarkan kakak punya kan?" 😂😂

Rasa macam dah menginjak ke alam dewasa pulak bila dah nak start kena bayar zakat sendiri ni. Komitmen yang kena bayar tiap-tiap bulan pun kadang boleh ter-missed, apatah lagi komitmen yang jarang sekali kita bayar kan. Selalu je terlupa lagi-lagi bila takde sesiapa yang ingatkan. Tapi jangan risau, sebab sekarang ada skim potongan gaji zakat.



Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Skim Thohir iaitu satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat. Ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai yang menunaikan zakat yakni zakat pendapatan melalui potongan gaji. Dengan cara camni, kita sendiri pun dapat menjimatkan masa dan menunaikan zakat tanpa bertangguh sekaligus meningkatkan ekonomi untuk lebih ramai asnaf.

Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad. Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd, dan Telekom Malaysia Berhad turut hadir bagi memberi sokongan buat kempen ini.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN

Cara mengira potongan bayaran zakat setiap bulan :
1) Portal PPZ-MAIWP (www.zakat.com.my)
2) Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
3) Hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757
4) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen :
➽ Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :
1) Portal PPZ-MAIWP (www.zakat.com.my)
2) Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
3) Hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757
4) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
5) Majikan di syarikat atau organisasi


Haa, nak tau apa yang korang boleh menang dengan menyertai kempen ni? 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama iaitu menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000! Khas buat mereka yang membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir ya. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan hadapan.

Hadiah Utama : Pakej menunaikan umrah untuk 2 orang
Hadiah Kedua : Percutian ke Beijing 6H5M
Hadiah Ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M
Hadiah Keempat dan Kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M
Hadiah Keenam dan Ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
Hadiah Kelapan Hingga Sepuluh : Percutian ke Medan 3H2M



Tunggu apa lagi gais? Marilah kita menunaikan zakat. Semoga kita daat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita dan berkat di sisi Allah. Ameen Ya Rabb!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. hadiah percutian umrah yang menarik tuh, rasa nak pi lagi lah. kena inform majikan mengenai skim thohir ni ek

    BalasPadam