Kejadian Accident Tengah Malam

12:29 PTG

Assalamualaikum Hai.

Finally, rasa terbukak hati nak luahkan benda ni dekat blog. Hujung bulan 8 haritu Nad ada accident dekat area rumah sewa / tempat kerja Nad. And yes, accident tu terjadi around pukul 12 tengah malam macamtu. Sungguh tak sangka akan terjadi dan agak terkejut lepas kejadian. Perlu ke Nad sketch layout kejadian? Hahah. Sebab rasa macam susah pulak nak explain kalau takleh bayangkan.


1) Lampu isyarat merah. Nad di lane sebelah kiri dan akan belok ke kanan. Bila lampu hijau, Nad kereta pertama yang jalan dulu.
2) Kereta putih dari arah belah kiri juga menuju ke arah yang sama. Dia lampu hijau ke lampu merah. Mungkin dia nak kejar lampu hijau.
3) Lampu isyarat hijau dan Nad bergerak terus kena langgar. Tak boleh nampak pergerakan kereta dari arah kiri sebab plastic barrier yang tinggi (kawasan construction)


Bunyi perlanggaran kuat sangat. Kejadian berlaku pantas sangat sampai Nad pun macam tak perasan apa yang terjadi. Sampai Nad ingatkan Nad terlanggar kereta belah kanan Nad sebab belakang kereta dia kemik sikit, rupanya dia kata tak langgar, tu memang ada bekas kemik. Automatic banyak kereta terus stop dekat belah kiri sebab nak tolong.

Keadaan Nad okay je. Kereta dan keadaan orang yang melanggar tu lebih teruk. Kereta dia bounce  ke kiri lepas langar Nad, ke tepi jalan dan langar concrete barrier. Nad langsung tak datang dekat sebab rasa menggigil sejuk semua lah. Orang kereta putih tu tak sedarkan diri dan perlu diselamatkan oleh orang-orang yang datang tolong ni. Dah dapat keluarkan, dia pun pangku orang tu. Kebanyakan kata pemandu tu mabuk sebab bau alcohol yang kuat. Nad tak pasti kesahihan sebab Nad tak datang dekat dan tak kenal pun bau alcohol camne. Dia sedar tak sedar, so balik pun naik ambulans.

Semua orang yang berhenti memang tahu silap kereta putih. Sebab bila Nad di depan sekali, semua kereta yang berada di belakang Nad boleh jadi saksi sebab kami sama-sama baru nak bergerak. Manakala dari arah kereta putih pula, kereta lain dah pun berhenti lampu merah, tapi dia je yang tetap nak kejar lampu. So, kereta-kereta yang dah berhenti pun nampak kejadian camne.

Keesokannya, Nad pergi balai polis dan buat report. Dan kebetulan owner kereta putih tu ada sekali. And know what guys? She claimed that its green light from her side! Ya Allah time ni kepala Nad dah jammed teruk. Sebab Nad memang tak prepare apape bukti or saksi disebabkan Nad fikir semua orang akan jujur? Semua akan smooth jela kalau dia mengaku salah and bayar saman ke apa kan. Tapi tak.

Kalau nak ikut bukti video, Nad memang takde pasang dashcam dekat camera. Nak kata bukti cctv kedai sekeliling, sekeliling tu memang takde kedai. Simpang kosong dan penuh dengan plastic barrier. Traffic light pun takde camera juga. So apa yang Nad buat? Nad cuba cari saksi. Tapi ingat, bukan senang nak cari saksi sebab Nad amik gambar kejadian takde amik gambar kereta and no plat orang lain. Polis tu kata kalau Nad ada no plat pun takpe. Diorang akan trace and call orang tu minta datang balai jadi saksi. So Nad pun post dekat Twitter nak cari saksi.


Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang RT! 

Yang contact Nad memang ramai. Tapi yang betul-betul saksi and nampak live kejadian cuma ada 3 orang je. Saksi yang pertama tu Alhamdulillah kitorang pergi balai dan dia report camne kejadian terjadi. Saksi yang kedua memang dah plan nak pergi tapi lepastu ada kematian dan Nad pun dah susah nak ada waktu free lepastu. Saksi yang ketiga pula menolak untuk jadi saksi atas komitmen kerja. Takpe, Nad okay je. Syukur sangat ada yang sudi bantu hasil dari RT di Twitter. Tapi bukan mudah. Ada je yang memang saksi tapi siap minta bayaran baru nak tolong. Hmmm.


Saksi 1


Saksi 2


Saksi 3

Even dah buat report saksi pun, polis kata dia tak dapat nak contact driver kereta putih tu sebab no phone not available. So dah sebulan pun still no progress. Dan akhirnya Nad decide hantar jelah kereta pergi Proton service centre sendiri.

So guys, ni antara pengajaran yang Nad dapat lah ye dari kejadian ni. Because girls, when you are in this kind of situation, confirm blank & blur!

1) Bertenang
2) Ambil gambar no plat, road tax, dan ic pemandu 
3) Ambil gambar no plat kenderaan di sekeliling (boleh jadi saksi jika perlu)
4) Terus buat report secepat mungkin
5) Kalau ada duit lebih, beli lah dashcam. Sangat membantu. Kalau bukan untuk kita, mungkin untuk bantu kes orang lain pula di masa akan datang

Ni antara pengajaran-pengajaran yang Nad dapat hasil dari ujian ni. Alhamdulillah, things get better now. And guys, tolonglah patuhi lampu isyarat okay! Nad sampai sekarang, kalau dah lampu hijau pun masih tak confident selamat. Sebab kadang kenderaan dari arah lain yang langar lampu, habis dengan kita sekali terlibat. Apa pun, sentiasa doa moga perjalanan kita selamat pergi balik dan tiada kecelakaan berlaku. Oh, I need to clarify something. Kejadian pukul 12 am sebab Nad ada buat kerja part time as kitchen helper. Cafe tutup pukul 11 pm, then closing semua dalam 11.30 pm. Nad pergi isi minyak semua then tu yang sampai pukul 12 am. But, I already quit now. Ingat, hati-hati memandu tau.

You Might Also Like

21 ulasan

  1. Allah Nad, mujur awak takde apa-apa. Yes sekarang ni dashcam sangt penting dan perlu ada dalam kereta. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi, bukan kita mungkin orang lain. Takpe nad, lepasni nad dah tau apa perlu dibuat lepas kejadian ni. Nampak sangat la pemandu kereta putih tu salah, kalau dia betul, takdenya dia nak menipu nombor phone dia tu. Take care nad

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Nad selamat. Betul masa kejadian macam tu berlaku memang kena tangkap gambar tempat kejadian. Jangan lupa beg duit Dan barang berharga. Ada yang cuba ambil kesempatan masa kemalangan berlaku.

    BalasPadam
  3. Nasib awak tak apa-pa. Ehh geram pula bila baca. Pernah 2x kes macam ni. Chinese gurl yang bawak..sgt kurang ajar n bf dia pun sama. Bila kalah kes mcm2 alasan mcm baru dapat lesen P. Memang blur kalao cmni. Kn amek semua detail sb ujung2 dia kata kita yang slah. hmmmm

    BalasPadam
  4. salah satu masalah dalam masyarakat kita sekarang ni. Main langgar je lampu isyarat. Buat jalan tu macam jalan diorang sendiri. Macam dah tak ada rasa hormat dengan pengguna jalan raya yang lain. Dulu masa ambil lesen bukan main lagi patuh dengan arahan dan lampu isyarat. Sekarang ni... haish tak tahulah nak cakap apa dah. Sama sama lah kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

    BalasPadam
  5. Mujur Nad takde pape..akak akak doakan semua ok..biasa la nad org dh buat salah mana nak ngaku..nak2 dia memandu dlm keadaan mabuk...sure kena kan..pas tunhilang dari radar..x nak bayar la tu..kurang ajar..janji nad ok x cedera ok la nad...kereta bleh repair..duit bleh cari kan

    BalasPadam
  6. Oh dear, that's a bad crash but thank god you're fine and that's what matters. It's really sad to see so many drivers like that nowadays, wish they will think more about others.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..nad selamat. Cik Nor pun baru jer xcident..langgar bontot kereta org kerana kereta dpn skali brek emergency..huuhu

    BalasPadam
  8. Ya Allah takutnya. Alhamdulillah tak de pape . Lain kali terus report polis taw. Ambik phone number. Jgn percaya settel2 luar ni. Sbb ni incident teruk ni. Hati2 ya lepas ni. Alhamdulillah selamat semua

    BalasPadam
  9. Inalillah wainalillah hirajiun terkejut kita kalau tengok kemalangan yang belaku kat tepi jalan rasa bimbang dalam diri terutama bila kemalangan bukan dari sebab kita tapi sebab kecuaian orang lain....

    BalasPadam
  10. Cam tu lah kan kalau dah eksiden, kelam kabut, takut, cemas, tak leh nak pikir. Alhamdulillah takde apa2 yang serius.

    BalasPadam
  11. Ya Allah.. takutnya. disebabkan kecuaian orang lain, kita pun terlibat sekali.
    nasib baik kak nad takde apa-apa. alhamdulillah. tq for the advices kak :)

    BalasPadam
  12. takutnyaaaa. dash cam tu penting sgt sebenarnya especially utk kita yg girls ni. semoga dipermudahkan urusan kak nad & take careeee :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum nas..nasib baik nad selamat n x ada cedera..kekadang tu mmg ada setengah pemandu mmg suka mcm tu lampu dah merah pun masih nak pandu laju...pengajaran agar kita lebih berhati2kn.kekadang kita dah hati2 tapi org yg lain pulak buat hal...

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah Nad xde kecederaan.. Allahuakbar.. kak liez tgk kereta tu pun dah seram.. klau awak dekat situ dan alami sendiri lagilah takut

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. Mujur takde melibatkan kecederaan dan nyawa Nad.. Yes.. Dashcaam satu keperluan.. Dah lebih 5 Tahun suami pasangkan pada kereta.. Sbg peringatan.. Sbb kdg kita dah berjaga-jaga dh.. Tapi org lain punya angkara.. Beli je Dashcaam.. Tak mahal dah la ni.. Kat Shopee dan Lazada dah banyak..

    BalasPadam
  16. Ya Allah takutnya. Bila kita dah hati-hati, orang lain pula pentingkan diri. Alhamdulillah nasib awak tak ada cedera apa-apa.

    BalasPadam
  17. Ya Allah takutnye dengar. Skrg byk betul berita accident sana sini. even my friend pun baru je lepas kemalangan. Alhamdulillah my friend is better now but still kene pergi rehab and so on. be careful out there everyone. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah swt

    BalasPadam
  18. Allahu macam tu la ye kadang kita ni dah cukup berhati-hati tapi disebabkan kecuaian orang lain kita pun terbabit. Thank Allah awak tak de injured.

    BalasPadam
  19. ya allah nampak teruk tu! luckily u r fine. and that other driver hish sabar jelaaaaa hadap org mcm tu. geram!

    BalasPadam
  20. nasib baik kak nad tak apa2. ini yg dikatakan sebab silap orang lain kita yg kena tanggung. tak pasal2 awak pula yg kena bayar kerosakan kereta tu sendiri, padahal kereta tu yg langgar dulu.

    BalasPadam
  21. As'kum nad, salam perkenalan...
    Alhamdulillah, nad selamat...moga kejadian seperti ni tak akan berulang lg, aamiin

    BalasPadam