DatumCorp Lancar Kempen #DatumHomesForAll dan Projek Datum Jelatek

3:30 PTG

Assalamualaikum Hai.



#DATUMHOMESFORALL. DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesForAll di galeri jualan Datum Galleria, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Nad memang excited betul bila dapat invitation tentang projek Datum Jelatek ni. Nad dah pernah dengar idea tentang projek ni dari tahun 2015 dulu waktu internship dekat PKNS. Waktu tu memang rasa impressed betul bila dengar tentang planning dia. Soft launching pun dah diadakan pada tahun 2015.


Kempen ini dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari. Kempen #DatumHomesForAll ni bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan konumiti DatumCorp melalui dua objektif.

1) Meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui 4 pakej khas unik iaitu The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack.

The Voyager Pack : For Airbnb
Wealth Boost Pack : For saving or investment - Clean Home Family Package
Blooming Pack : Healthcare and Clean Home Package
Pro-C Pack : For investor

2) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan sumbangan Orang Asli kepada negeri Selangor melalui permainan mudah alih Datum Tap. 

Permainan Datum Tap membolehkan pemain mengumpul 'planks' bagi membina rumah maya komuniti Orang Asli yang mana pada akhiranya akan berubah menjadi rumah sebenar. Kira konsep bermain sambil beramal la gitu. Permainan boleh dimuat turun dari kedua-dua platform iOS dan Android. 

Bukan sahaja komuniti Orang Asli boleh menang rumah, tetapi kita sebagai pemain juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik! Top 10 akan berpeluang untuk bertanding secara live dan menang hadiah utama. Manakala hadiah mingguan akan dipilih secara random.

Hadiah Utama : Pakej pelancongan ke Osaka selama 6H5M
Hadiah Mingguan : Huawei P20 Pro (13 units)

Majlis juga turut menyaksikan pemeteraian MOU di antara CEO DatumCorp dengan Presiden Epic Society, John Son-Oei. Epic Society merupakan organisasi bukan berorientasikan keuntungan yang menumpukan kepada usaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asli.







"Kami berasa terharu apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan DatumCorp menerusi kempen CSR mereka. Ternyata Datum Tap muncul dengan sebuah gamification yang tepat bagi menyampaikan dan menjayakan matlamat kami dalam membudayakan komuniti Orang Asli. Umum mengetahui permainan telefon bimbit kebiasaannya adalah untuk bersuka ria dan mungkin untuk memenangi hadiah. Namun begitu, Datum Tap bergerak seiring dengan hasrat untuk memenuhi kehendak komuniti dan secara tidak langsung mendidik masyarakat menegenai komuniti Orang Asli" - John Son-Oei

Datum Jelatek


Datum Jelatek! Aaaa memang akan fall in love betul dengan konsep rumah ni. DatumCorp memperuntukkan RM1.2 billion untuk menjayakan projek Datum Jelatek yang berasakan idea "Bridging the Community". 

Bangunan Datum Jelatek mempunyai 4 tower (Daneeya, Ayaana, Careema, Basheera) dan 708 unit buah rumah. Setiap tower adalah berhubung antara satu sama lain dengan adanya "sky-ring" yang terletak di tingkat 27! Dari tingkat ini juga, jelas boleh terlihat pemandangan KLCC yang hanya terletak 3.5 km dari Datum Jelatek. Ia juga bersambung dengan bangunan kedai 4 tingkat untuk kemudahan penduduk.

Pembeli boleh memilih sama ada jenis rumah studio, jenis rumah 1 bilik, jenis rumah 2 bilik mahupun jenis rumah 3 bilik. Keluasan unit ini bermula dari 550 sq ft sehingga 1,600 sq ft. Setiap unit rumah disediakan dari dua hingga empat car parks. Haa even beli studio-sized pun boleh dapat 2 car parks dan tiada sewa dikenakan. Sebelum Nad lupa, kalau yang tiada kenderaan anda jangan risau, Datum Jelatek adalah bersambung dengan Stesen LRT Jelatek! Pehhh. Keluar rumah terus naik LRT. Datum Jelatek juga mengutamakan keselamatan penduduk di mana ia dilengkapi dengan 6 pusat security dan security checkpoint. 

Dari segi kemudahan, persekitaran Datum Jelatek adalah berdekatan dengan KLCC, Gleneagles Medical Centre, Prince Court Medical Centre, Prince Embassy park, Royal Selangor Golf Club, Pavilion dan 2 sekolah antarabangsa. Akses berdekatan adalah Jalan Ampang, AKLEH, MRR2 dan Jalan Tun Razak. 

LEVEL 11
Half Basketball Court
Zen Reflexology
Aromatherapy Plant
Function Hall
Games Room
Jacuzzi
Infinity Pool
Cabanas
Steam Bath
Gymnasium
BBQ Area

Level 27
Aerobics Studio
Outdoor Dance Studio
Theattyre
Private Alfresco Lounge
Library

Ada banyakkkk lagi kemudahan dan entertainment lain. Tapi Nad senaraikan separuh dulu ya. Selain tu, projek Datum Jelatek juga menerima sijil Green Building Index (GBI) kerana dibina sambil menitikberatkan keadaan alam sekitar. Contoh, Datum Jelatek mempunyai landscape yang subur dan architectural design dia sangat inovatif. Sistem pengudaraan yang efektif (dari segi penggunaan tenaga) dan pencahayaan natural yang baik (kurang penggunaan tenaga elektrik). Quite excited juga tentang ni sebab Nad ingat lagi tahun lepas ada 1 semester kena ambil subject ni. Kalau Datum Jelatek dapat award ni means points dia memang tinggi. 3 lagi award lain yang dimenangi dalam Asia Pacific Property Awards adalah Best Residential Renovation/Redevelopment Malaysia, Best Mixed-Use Development Malaysia dan Best Mixed-Use Architecture Malaysia.



Lastly, jangan lupa untuk download permainan Datum Tap di telefon bimbit anda okay! Nad pun main tau. Tapi planks baru 800+ tapi tak apa. Kalau ada rezeki boleh menang hadiah best. Kalau takde rezeki, anggap saja kita bermain sambil beramal. Tak rugi pun :) Kalau nak baca lebih lanjut, boleh baca di http://datumjelatek.com.my 

You Might Also Like

17 ulasan

  1. Wahhh untung tu kalau ambil..kemudahan pun banyak.

    BalasPadam
  2. Unik nama dia hehehe berapa ratus ribu ya untuk seunit?

    BalasPadam
  3. Dah siap nanti mesti cantik kawasan Datum ni. kemudahan pun bnyak. Dekat dengan LRT so hari2 naik LRT je lah. Simpan kereta je ye.

    BalasPadam
  4. Erm.. Ada juga tadi terbaca tentang ni. Nampak menarik. Bagus la, segala kemudahan disediakan. Memudahkan macam tu kan.

    BalasPadam
  5. Bagus ada kempen macam ni, sekurang2nya membuka mata masyarakat tentang orang2 Asli dan nasib mereka juga terbela. Permainan tu tak pernah try, nanti nak dpwnload gak lah..nak try..:D

    BalasPadam
  6. Wahhhh bagusnya kempen sebegini. Memberi peluang buat semua masyarakat utk memiliki rumah. Semoga lebih byk projek sebegini di masa akan datang

    BalasPadam
  7. Ya akhirnya paham juga konsep datum corp ni..rupanya dia main bina rumah ye..pastu rumah tu akan dibina untuk orang asli..pergh bagusla..hadiah pun ada..terbaik

    BalasPadam
  8. like i said, memang bagus pembangunan untuk membantu orang asli ni tapi lagi bagus banyakkan segi peluang pekerjaan pada mereka supaya mereka mampu untuk memiliki sebuah rumah macam ni... tapi tertarik dengan pembangunan ni sebab dekat dengan LRT Jelatek... dekat sangat dengan ofis husband jalan kaki pun boleh

    BalasPadam
  9. Besar tempat dia dan byk kemudahan yg guardian, first time dengar namanya pun until,ingatkan tempat apa

    BalasPadam
  10. Bestnya kalau dpt kan..kemudahan pun mamacam-macam ada..at least masyarakat org asli tidak tagi terpinggir walau kita kh semakin moden kan

    BalasPadam
  11. Semoga kempen dari Datum ini diteruskan sampai bila2 dan dapat membantu golongan orang asli. Dalam masa yang sama dapat membangunkan martabat orang asli ini

    BalasPadam
  12. sebenarnya menarik sangat usaha-usaha dan kempen-kempen camni untuk rakyat terutama bab kesedaran tentang kewujudan dan sumbangan org asli tu..

    BalasPadam
  13. Wow..2 hingga 4 carparks...perghhhg.. mmg menarik la kwasan ni...siap paling besar 1600sq ft..mmg terbaik lah

    BalasPadam
  14. This project sounds wonderful I like how they implement eco saving features to it already.

    BalasPadam
  15. Baca article ni yet iba terfikir bilalah nak ada funah dan property sendiri. Mngkin dah sampai masanya kot

    BalasPadam