3H2M Terokai Keindahan Pulau Perhentian, Terengganu

5:12 PTG

Assalamualaikum Hai.

3H2M di Pulau Perhentian, Terengganu. Kalau ikutkan hati memang dah lama sangat Nad teringin nak pergi ke Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Kapas. Selalu tengok orang share gambar dekat sana memang jernih sangat air dia. Lepastu ada pulak terbaca pulau-pulau di Malaysia ni sebenarnya memang indah setanding dengan pulau di negara luar. Lagi la membuak-buak rasa nak tengok sendiri keindahan ni depan mata. Dan rezeki Nad dapat pergi tahun ni hehe.



Tenangnya rasa kannn.

Untuk ke sana, Nad ambil package je. Sebab malas nak explore berapa harga untuk setiap aktiviti dan ada yang kata harga kalau pergi sendiri lebih mahal. So Nad buat keputusan untuk ambil package, senang dah ada agent yang tolong uruskan semuanya. So Jumaat malam tu Nad dah gerak dari TBS dan turun di Jertih. Untuk ke Pulau Perhentian, lebih mudah kalau turun direct di Kuala Besut, tapi ticket bus semua dah habis. So Nad turun di Jertih dan ambil Grab ke jeti Kuala Besut. Perjalanan dari TBS ke stesen bus Jertih mengambil masa 7 jam dan dari Jertih ke jeti Kuala Besut dalam 30 mins camtu.

Sudahnya, pukul 6 dah menunggu dekat jeti Kuala Besut. Dalam pukul 8 macamtu baru office travel agency buka. Perjalanan menaiki boat bermula dari jam 9 am hingga 4 pm. Rezeki Nad dapat naik boat awal pukul 9 dan tiba di Pulau Perhentian Besar pukul 10 camtu. Tapi kena tunggu lama sebab check in resort jam 2 pm! 😂 Tapi nasib diorang bagi masuk awal dalam pukul 12 pm hahah. Jenuh wei tunggu 2 jam.



Hari Pertama

Aktiviti petang tu adalah hiking untuk melihat kincir angin (windmill). Pelu naik boat untuk ke Pulau Perhentian Kecil - Long Beach. Tahu tak typical gambar yang orang selalu share kalau nak pergi Pulau Perhentian tu? Haa, itulah tempatnya. Tapi Nad tak pernah tau pulak nak ke sana kita perlu hiking. So pemakaian Nad memang tak sesuai langsung untuk hiking hahhaha dengan blouse batik dan cuma berselipar. Tapi, hiking dia level easy je, so berjaya juga daki sampai habis. 




Memang SubhanAllah cantikkk sangat sangat kalau kat atas tu ok. Berbaloi hiking penat-penat ni. Cuma jambatan dekat bahagian bawah sikit tu macam dah berlubang-lubang dan boleh dikategorikan dalam kategori tak selamat. Maka, Nad tak turun sangat sampai bawah tu. Kebetulan waktu di puncak, Pulau Perhentian hujan kejap dalam 5 minit camtu. Tapi Alhamdulillah masih selamat dan tak licin sangat untuk turun semula. Sampai di bawah, sempat lagi pekena ais milo kepal dan air batu jagung heheheh. Harga dia sangat affordable dan tak cekik darah RM5 je.

 





Pulang semula ke resort dan aktiviti bebas. Kebiasaannya waktu malam ada fire show yang bermula pukul 9 atau 10 pm. Tapi Nad tak pergi malam ni sebab taktau!


Hari Kedua

Aktiviti hari kedua adalah snorkeling! Yayy, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Memandangkan breakfast kami termasuk dalam package, so Nad dah tak perlu fikir nak breakfast apa. Pagi terus siap-siap dengan pakaian nak snorkeling. Tak sabar sangat sebab Pulau Perhentian memang antara port yang famous dan cantik untuk snorkeling. Mula-mula kami dibawa ke Pulau Perhentian Kecil untuk briefing dan practice cara-cara menggunakan goggles. Practice dekat tepi pantai je, so boleh dikatakan air tak berapa jernih sebab air dah blend dengan pasir.


Lepastu terus ke Turtle Beach for turtle watching. Tak yakin lagi betul ke boleh tengok turtle ni? Hahah. Punya la abang boat tu bagitau banyak kali location turtle, susah betul kitorang nak nampak. Sebab waktu tu, turtle tak naik atas. Dia duduk dekat dasar je. Lama tu baru Nad nampak bentuk dia membulat je kalau tengok dari atas ni 😂 Sudahnya abang boat menyelam tolong recordkan video untuk kitorang. Yayy! Memang puas hati betul.

Lepastu dia akan bawa kita ke Teluk Keke, haa nah snorkeling lah puas-puas! Cantik dia MasyaAllah. Ikan banyakkk sangat lagi-lagi kalau bagi roti memang dia akan ada dekat dengan kita je. Coral dia ada dalam dua colour camtu je dan bukan jenis yang panjang tinggi tu. Tapi memang excited betul tiap kali nampak ikan. Sebab ikan tu memang berenang dekat tepi-tepi kita ni je. Memang dah tak peduli dekat orang sekeliling lah, dok focus dekat ikan jerr.


Lepastu kita makan dekat Kg Nelayan. Situ takde banyak sangat kedai makan pun. Tak silap Nad makan dekat kedai makan no 6 je yang paling meriah banyak lauk. Tempat makan view laut hehehe Tapi jangan risau, harga dia memang berpatutan dan tak cekik darah. Tak mahal macam tempat pelancongan yang lain. Padahal dia punya sotong sikit punya besar weh! Memang puas makan la. Ada juga kedai kecik-kecik katsitu kalau korang nak shopping.

Destinasi seterusnya adalah Shark Point. Tapi kalini takde shark la. View dekat tempat ni adalah coral dia. Kat kawasan sini kurang sikit ikan. Perjalanan diteruskan ke Lata Air Berani. Dekat Lata Air Berani ni singgah kejap je dan just nak merasa mandi fresh air terjun sejuk. Tempat ni agak famous juga sebab kebanyakan yang datang dah siap-siap bawa bekas untuk tadah air. Kiranya, Nad jela yang taktau kewujudan tempat ni ye? Heheh. Nasib kawan lain dalam boat tu bawak bekas, so boleh share -hare. Tapi Nad tak merasa pun air terjun tu sebab sejuk sangattt, tak tahan.




Since takde gambar, so Nad belanja video turtle dan ikan okay! :)

Habislah sudah destinasi-destinasi snorkeling kami. Aktiviti petang tu adalah berkayak. Tapi bila turun ke pantai petang tu bukan main surut lagi air. Tengok orang lain yang tengah berkayak bukan main jauh lagi tapi paras lutut je. Memang tak berapa nak fun la. Sudahnya, abang yang jaga canoe tu pun tak benarkan kami berkayak petang tu dan decide untuk berkayak esok pagi je. Aktiviti malam macam biasa free & easy dan ada fire show!


Hari Ketiga


Untuk perjalanan dari Pulau Perhentian ke jeti Kuala Besut ada 3 waktu sahaja iaitu pada jam 8 am, 12 pm dan 4 pm. Waktu tengah breakfast pagi tu, tiba-tibe je hujan. Dah kecewa la sebab plan nak berkayak pagi tu. Tapi nasib baik hujan kejap je dalam 10 minit dan tak lebat sangat. Habis je hujan kami terus cepat-cepat pergi berkayak. Keadaan laut semua ok so penjaga canoe benarkan kami berkayak. Fuhh, nasib baik. Kalau tak sia-sia je bila tak boleh buat aktiviti yang dah termasuk dalam package ni kan. Habis je kayak terus packing barang untuk sesi check out dan naik boat jam 12 pm.





The most relaxing thing ever! Santai-santai duduk dekat buaian ni memang best, tenang dan santai.





Our first kayak-ing together


Memandangkan bus dari Kuala Besut ke TBS pun habis disebabkan kami lambat booking, so perjalanan balik kami bermula dari stesen bus Machang pada jam 2.45 pm hahaha. Amboi, kemain jauh kann. Tapi Alhamdulillah selamat sampai TBS lebih kurang jam 11 pm. Dan esok tu kerja macam biasa! Fuh.

Dan kini kembali bekerja hahah. Lepasni takleh kerap sangat jalan. Kena kumpul duit dulu untuk next year punya jalan-jalan. Hehe awal kan planning. Bye bye Pulau Perhentian.

You Might Also Like

33 ulasan

  1. Belum pernah sampai sini lagi. Cantik betul permandangan kat sini. Air pun jernih je. Nak juga try visit this place next year.Senang je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari lah datang sini kak Reena! Amboi dia travel oversea je ehh hehehe. Air dia memang jernih. Datang lah next year lepas dah buka semula.

      Padam
  2. very nice place to go n get some vitamin sea.. pulau perhentian memang indah pemandangan nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indeed! Very relaxing and can be tanned too hahah.

      Padam
  3. Rindu pulak pulau perhentian lelas baca entry ni. Memang best kan view kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang pernah pergi mesti rindu punya. Kita yang baru balik ni pun rindu hahah. View dia cantik.

      Padam
  4. Wow menarik! hehe. Nad suka travel gak eh? sama la SR pun minat travel. Boleh geng! Nice entry!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka! Cuma masa kadang tak mengizinkan dan takde kawan nak travel hahah sedih tak.

      Padam
  5. Cantiknya pemandangan...bestnya sesekali dapat bercuti kat sini...hilang segala stress tengok pemandangan yg cantik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kak Riz! Datang lah sini bawak Dania confirm dia suka. Memang hilang stress kejap, lupa kerja semua lah hahah.

      Padam
  6. wahh bestnyaa dapat jalan2, nak2 lagi pergi ke pulau2, mmg cantik sungguh viewnya dan tenang jee rasa kan. Amek gambar pon confirm jadi cun2 semua gambar! Bestnyaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha amboi Qeela. Haah memang cantik view dia in shaa Allah gambar semua cun cun! <33

      Padam
  7. seriouslah, i baru balik dari terengganu juga sempat singgah Kijal je, ala teringin pula nak pergi pulau perhentian, cantiknya laut, rindunya nak bau laut ;( huwaaa.a...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa yeke Fiera. Ni i pergi time cuti Hari Malaysia haritu. Next time try la pergi Pulau Perhentian pulak. Besttt.

      Padam
  8. Memang cantik dan seronok ke Pulau perhentian ni. Sis dh 3 kali ke sana..mmg tak jemu.Banyak aktiviti kitaorg buat bila kat sana

    BalasPadam
  9. Pulau perhentian antara pulau yg ter cantik di malaysia. Suka tgk keadaan pntai dia yg bersih dan still terpelihara kawasan pulau dia

    BalasPadam
  10. Cantik sangat pemandangan laut. Sekali sekala keluar bercuti memang best kan. Seronok tengok ikan-ikan kecik tu.hehe

    BalasPadam
  11. Rawlins tak pernah sampai Perhentian tapi Kapas tu dulu selalu pergi time belajar sebab kena ambil lesen menyelam. Masa tu Kapas masih tak banyak chalet - cantiknya Kapas masa tu.

    BalasPadam
  12. Pergi bercuti di pulau pulau terpencil macam ni memang best, satu sebab semuanya lawa dan tak tercemar lagi. Tapi kalau duduk lama naik boring pulak kan.

    BalasPadam
  13. Dah lama teringin nak datang ke Pulau perhentian nie. Tapi belum ada rezeki untuk ke sana. Nanti nak ke sana bolehlah tgok intinerary nienutk rujukan

    BalasPadam
  14. Dah lama mama dengar tentang keindahan pulau perhentian ni. dan dah lama juga kami teringin nak bercuti di sini. Jauh tu yang malas

    BalasPadam
  15. Wow best gilaaa...akak dari hari tu ajk husband pi perhentian tapi dia cakap malas nk drive ke ganu sebab jauh..dah ajak naik bus tapi dia cakap nanti2..takpe nanti nak heret gak dia ke sini..jeles tgk org pi perhentian

    BalasPadam
  16. Memang cantik Pulau Perhentian nie. Kena tggu tahun depan plak la baru boleh bercuti sana

    BalasPadam
  17. memang nak sgt ke pulau2 di perairan tganu ni.
    memang diakui cantik. in shaa Allah next year.
    ari tu hampir nak book a chalet dgn pakej ke perhentian.
    sib baik diorang jujur.
    kata nyer oktober da start air besar. dia suggest tangguh dulu.
    tq for sharing ohsem photos dlm entry ni. best!

    BalasPadam
  18. Bestnya p pulau perhentian.Nad amik pakej dengan agensi mana?Satu kepala brp rm?
    BErbaloi tak amik pakej?

    BalasPadam
  19. Bestnya..Tak pernah lagi pergi Pulau Perhentian..cuma pernah pergi Pulau Kapas dan Pulau Redang je. Memang dalam whishlist Pulau Redang ni..hhehe

    BalasPadam
  20. Wahhhhh besntyaaaaaaa. Hm teringin nak pergi. Mudah- mudahan dipermudahkan untuk ke sana

    BalasPadam
  21. Pernah pergi sekali awal tahun haritu.
    Memang best sangat Pulau Perhentian.
    Tak puas rasanya.
    Kalau ada peluang mesti pergi lagi.

    BalasPadam
  22. cantik kan pulau perhentian nii! lepasni target nak gi pulau kapas lak sebab air dia jernih lagi haha

    BalasPadam
  23. percaya tak kak liez tak pernah smp ke mana2 island lagi?
    takat langkawi penang tu pernah la tapi island macam cherating, perhentian,pangkor dan senagkatannya xsmp lagi... seronok tgk nad pergi island tuu

    BalasPadam
  24. Bestnya, masuk dalam wishlist😁 harp ada rezeki nak ke sana

    BalasPadam
  25. i've always wanted to go to Malaysian's island but i got no chance at all for the time being. so busy with works.

    BalasPadam
  26. FD pegi Perhentian haritu langgar je, tak ambik pakej pape. haha! tapi tu lah, cantik sangat kan tempat tu

    BalasPadam