Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum
3:59 PTG
Assalamualaikum Hai.
Penang Time Tunnel. 3D Fluorescent Art Museum. Rasa macam orang dulu-dulu sangat sebab Nad perasan Nad selalu pergi muzium-muzium ni. Kali terakhir pergi Cameron Highlands haritu pun Nad pergi time tunnel jugak. Konon-konon berminat la dengan sejarah negara. Kali terakhir amik tau pasal sejarah pun waktu form 5 la. Time tu rasa dah khatam sejarah negara sebab dapat A 😂 Lepastu terus tinggal langsung sejarah.
Bangunan untuk Penang Time Tunnel ni dia bersambung sekali dengan 3D Fluorescent Art Museum. Tingkat bawah khas untuk Time Tunnel, lepastu naik tingkat atas untuk ke 3D Fluorescent Art Museum pula. Ticket masuk pun tak cekik darah, lagi-lagi kalau korang student memang boleh dapat murah.
Macam biasa lah, kebanyakan muzium yang terdapat di Penang biasanya terletak di Georgetown. Kalau korang nampak pintu masuk ni, ini lah tempatnya. Hmm style en, dengan ada batang mop lagi kat tepi tu.
Fasa Pertama : Muzium Bersejarah
Korang masuk je memang akan nampak kapal ni dulu. Waktu zaman-zaman penjajahan kan.
Bermula lah penceritaan pasal sejarah Pulau Pinang. Dimulakan dengan kisah waktu Francis Light menemui Pulau Pinang. Zaman-zaman di mana Pulau Pinang dijajah oleh British. Yang bestnya, kisah-kisah sejarah ni semua ada terjemahan dalam 5 bahasa iaitu bahasa Melayu, English, Chinese, Japanese dan Korean. Sekaligus membolehkan pelancong untuk memahami penceritaan yang cuba disampaikan. Kids version pun ada juga.
Captain Francis Light
Antara alatan memasak masyarakat India dan Melayu serta permainan tradisional Melayu.
Zaman di mana buruh-buruh kasar dari India dibawa masuk bekerja di Pulau Pinang. Setiap masyarakat ada pecahan masing-masing untuk bekerja dalam bidang apa.
Gambar-gambar sewaktu penjajahan Jepun 😭 Kalau korang tengok, baca dan hayati ni memang rasa macam dendam tak habis lagi lah ya Ampun. Kejam betul wei. Gambar setiap satu dan caption semua dah tersedia waktu kita dijajah dan diseksa. Patutlah semangat mempertahankan tanah Melayu orang-orang tua memang kuat.
Antara barangan sekitar tahun 1930 hingga 1950. Nostalgic betul.
Me back in 1960 ❤
Dekat penghujung muzium bersejarah ni akan dipaparkan keadaan negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu dan sekarang. Kalau nak ikutkan, tak jauh beza sangat pun. Sebab Pulau Pinang banyak mengekalkan bangunan-bangunan lama sewaktu zaman penaklukan British dulu. Ciri-ciri bangunan English style dan moden tu masih ada. Selain tu, video sewaktu diserang Jepun semasa Perang Dunia II turun dimainkan.
Fasa Kedua : 3D Mural Art
3D Art Mural ni terdapat di bahagian bawah dan atas bangunan. Pergi berdua pun boleh sebab photographer boleh tolong amikkan gambar 🙈
Fasa Ketiga : 3D Fluorescent Mural Art
3D Fluorescent Art ni memang menarik lah. Dalam banyak-banyak muzium ni first time Nad jumpa yang fluorescent. Memang unik, menarik dan lain dari yang lain. Imaginasi kawkaw dan hasil gambar jadi attractive.
Maaf, tangan tidak memberi kerjasama yang baik.
Ketibaan buruh-buruh import di Tanah Melayu.
Untuk pengetahuan, keadaan kat ruang 3D Fluorescent Art ni memang gelap gelita hahah. Nak amik gambar memang kena pakai flash untuk hasilkan gambar yang berkualiti dan clear.
Fasa Keempat : Mirror Method
Yang ni pun boleh kata menarik juga sebab Nad first time jumpa. Gambar kita diambil dari reflection cermin. Sebenarnya ada banyak lagi hasil mirror method, tapi yang ni je Nad berkenan heheh.Untuk mirror method ni, lebih baik kalau photographer yang ambilkan gambar kita. Kalau nak ambil sendiri nanti angle tak betul lah apa, terus gambar jadi tak real.
Fasa Kelima : Inverted Room
Dekat bahagian ni, Nad ikut je arah photographer tu dia suruh buat apa 😂 Sebab time katsana Nad memang tak boleh bayangkan gambar tu akan jadi camne. Lepas dah balik and tengok balik gambar, baru boleh nampak hasil dia.
Bagi Nad memang berbaloi betul lah kalau korang pergi tempat ni. Bukan setakat satu dua seni je, ada 4 jenis seni yang korang boleh nampak. Sekali bayar je dan korang boleh pergi semua tempat ni. Kalau korang nak pergi sini nati jangan lupa prepare best pose okay!
Harga Tiket Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum
Dewasa : RM29 | RM16 (with Mykad/Mykid)
Kanak-kanak (5 - 12 tahun) : RM16 | RM8 (with Mykad/Mykid)
Student (with student card) : RM16 | RM11 (with Mykad/Mykid)
Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum
Address : No 39, Jalan Green Hall, Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Business hours : Open everyday (9.15am - 7pm)
No tel : 04-261 9181
Facebook : Penang Time Tunnel
Website : penangtimetunnel.com
Business hours : Open everyday (9.15am - 7pm)
No tel : 04-261 9181
Facebook : Penang Time Tunnel
Website : penangtimetunnel.com
18 comments
Tak pernah datang sini. Tak tahu pun kewujudan Muzium ni. Boleh la masuk list tempat menarik kalau pergi Pulau Pinang nanti. Good Suggestion tho....
BalasPadamWah new wishlist ni. Syira tak pernah lagi pegi. Dulu pernah masuk yg 3D art ja. Nanti boleh bawak family pegi sana
BalasPadambestnya..:)
BalasPadamAlaa... bilan april lepas g penang tapi xsempat singgah both place. Liez suka g tempat2 yang fun utk anak2 liez dan liez mmg suka port2 mcm ni.. rs excited lebih dr anak2
BalasPadammemang harus masukkan dalam wishlist ni..rugi kalau pi penang kalau x masuk sini...
BalasPadamCantiknya koleksi pameran kat sini. Semua unik dan antik. Harus masuk dalam wishlish bila datang penang
BalasPadamLama sungguh tak ke Penang. Baru ni mmg plan nak ke Penang tapi x jadi pulak. Kalau ke sana mmg banyak tempat sis nak pergi..dgr kata banyak tempat menarik naik kat sana
BalasPadamwah, meanrik..art-art macam ni sekarang dah banyak tempat kan..tapi tetap nak pergi ..yela art dia lain-lain..bolehla pergi kalau datang penang
BalasPadamKita tahu kat Penang ada lebih daripada 20 buah muzium yang macam-macam perkara yang mereka buat dan sangat menarik. Kita baru pergi beberapa jer dan yang ini tak pernah pergi bestnya ok kita akan datang sana...
BalasPadamTetibaa rasa nak belek buku sejarah balik. lagi lagi skang ni bulan kemerdekaan kan..nway, gambar kat 3D Fluorescent Art Museum memang smart!
BalasPadamMacam macam tarikan pelancong ada sekarang ni. Terbaru ni ada seni fluoroscent pulak ya sis
BalasPadamlia penah pergi Penang Time tunnel ni memang menarik dan salah satu muzium best di penang . Ada banyak lagi muzium lia suka pergi dan explore .
BalasPadamSesekali kita melawat tempat yang mengimbau sejarah lama macam ni memang menarik kan sis nad. Terbaik lah untuk cuti sekolah
BalasPadamthis is so interesting. i love stuffs from the past especially the old photos and artifacts. all of them are satisfying and nostalgic at the same time
BalasPadamLast ke Penang tahun 2016, tak sempat nak singgah mana-mana muzium sebab pergi atas urusan kerja. Ella suka jugak pergi muzium, rasa nostalgia sangat bila masuk muzium hihi
BalasPadamBestnyaaa Nad! Hari tu pergi Penang tak sempat pun pergi sini. Next time lah. Heheh ☺
BalasPadami wish i can go there the next time when i go to penang
BalasPadamHi..lama tak singgah sini.nak best penang time tunnel ini ya.(^_^)
BalasPadam