Keenakan Ayam Korea di Eung Chicken

9:18 PTG

Assalamualaikum Hai.

Eung Chicken

Ayam Korea Eung Chicken. Haa walaupun Nad ni bukanlah peminat artis-artis Korea yang cantik dan handsome tu, tapi bila masuk part ayam Korea memang Nad suka. Diorang punya ayam ni boleh buat kita termimpi-mimpi walaupun dah makan beberapa hari yang lepas. Kalau korang perasan kan, memang makin banyak restoran ayam Korea yang sudah dibuka di Malaysia. Sambutan terhadap ayam-ayam ni juga amat menggalakkan sebab ayam dan rempah yang digunakan adalah halal.

So yang terbaru ni Nad try ayam Korea di Eung Chicken, Petaling Jaya. First time Nad dengar Eung Chicken tapi dah excited nak try sebab tengok Facebook diorang bukan main menarik lagi makanan dia semua. Adeh terliur.

Eung Chicken

Huraideu (Crunchy Fried Chikin)

Dari kiri, original, soy dan spicy

Eung Chicken


1) Soy Crunchy Fried Chikin

To be honest, yang ni adalah favourite Nad. The best among all! Sampai Nad curious apa ramuan yang digunakan sebab memang sedap sangat! Rasa dia ada macam masin-masin sikit. Nad makan ayam flavour soy ni paling banyak. Crunchy and a bit masin-masin gitu ish sedap betul. Sambil menaip ni dah boleh terbayang dah ayam favourite ni.


Eung Chicken


2) Spicy Crunchy Fried Chikin

Yang ni second favourite. Walaupun Nad sejenis yang tak tahan makan spicy, tapi teringin juga nak mencuba tahap kepedasan ayam di Eung Chicken ni kan. Masya Allah pedasss ya ampun hahahah. Nad habiskan seketul tu pun entah berapa lama masa nak ambil sampai bergenang air mata. Dan akhirnya, berjaya makan spicy flavour dua ketul sahaja sebab tak boleh tahan pedas dia. Tapi bagi peminat spicy tu, mesti korang rasa enjoy je makan ayam flavour spicy ni.

3) Original Crunchy Fried Chikin

Flavour original ni least favourite. Sebab rasa dia lebih kurang sama dengan ayam goreng di mana-mana. Mungkin rempah yang digunakan juga tak banyak berbanding soy dan spicy. Oh untuk Huraideu (Crunchy Fried Chikin) ni boleh request sama ada nak half chikin atau whole chikin. Kalau half chikin RM27 manakala whole chikin RM46 sahaja.

Eung Chicken


Eung Chicken

Selain dari tu, kalau korang nak order ayam yang small portion camni pun boleh. Bezanya dengan Crunchy Fried Chikin tadi, yang ni dia takde tepung. Tapi flavour, ramuan dan rasa semua sama. Untuk menu ni pun semestinya soy chikin adalah favourite Nad hehehe. Boleh mixed juga antara wingette and drummette tu. Kalau nak mixed flavour pun boleh. Macam yang Nad order ni mixed. So boleh rasa dua flavour sekali. Pickled radish tu RM3 sahaja. Untuk menu yang ni, dia datang dalam empat portion.

6 pcs chikin = RM16
8 pcs chikin = RM20
12 pcs chikin = RM30
20 pcs chikin = RM49

Eung Chicken

Takkan ayam Korea je kan? Tak Korea lah kalau takde ramyeon. Haaa ni ramyeon di Eung Chicken. Boleh order sama ada nak dry ramyeon atau soup ramyeon. Dua dua pun harga sama je RM16.


Eung Chicken

Manakala untuk drinks, korang kena try dua minuman ni. Honey B tu 100% Australian Honey Carbonated Drinks. Kalau minum memang rasa madu je. Siapa yang juga madu memang sedap jela rasa. 100% Australian Honey hanya untuk RM7. Manakala yang Barbican tu Nad first time rasa. Selalu tengok orang lain je minum. Yang tu ada perasa epal dan strawberry yang berharga RM11 sahaja. 


Eung Chicken

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, Eung Chicken juga ada buat promotion yang dipanggil Iftar Set (with Kurma). Set ni mula available hanya di bulan Ramadan sahaja ok. 

1) 2 person set (RM49.90)
2x Drinks
2x White Japanese Steamed Rice
12 pcs Wings (any 2 flavour)
2x Red Bean Mochi with Ice Cream

2) 3 person set (RM72.00)
3x Drinks
3x White Japanese Steamed Rice
18 pcs Wings (any 2 flavour)
3x Red Bean Mochi with Ice Cream

3) 4 person set (RM95.00)
4x Drinks
4x White Japanese Steamed Rice
30 pcs Wings (any 2 flavour)
4x Red Bean Mochi with Ice Cream


Eung Chicken

Address : No 55G, Jalan SS21/60, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor
Business hours : Open everyday (1pm - 11pm)
No tel : 011-1057 4388 (For table booking)
Facebook : Eung Chicken
Instagram : @eungchickenmy

You Might Also Like

8 ulasan

  1. fuhh menggiurkan...jom repeat hehe

    BalasPadam
  2. Aduh...sedapnya...rasanya tengah viral kot Nad ayam korea ni..sebelum ni ramen hot spicy...ke maggi berapi...

    BalasPadam
  3. semua nampak sedap.harga pun berpatutan.
    Janji Kita

    BalasPadam
  4. looking at this makes me super hungry

    BalasPadam
  5. fuhh best ni tapi tempat saya jauh dari pj. saya first time datang sini & terus follow sebab suka dengan blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya #3317

    BalasPadam
  6. wow, best nyer. sedap pulak bila nampak makanan.

    ----------
    Ada akaun Instagram dan nak menang perfume FREE?
    Jom join GA kami.
    Syarat mudah je.

    BalasPadam
  7. alaa nak cuba jugak tapi jauhnyaaa Damansara. aigooo..

    BalasPadam
  8. tak pernah try lagi ayam goreng korea ni...dulu pernah makan kimchi soup je...itu pun termimpi-mimpi rasa nak makan setiap hari..hahahha

    BalasPadam