Chillin Out at Awesome Canteen, Sekeping Victoria

8:32 PG

Assalamualaikum Hai.

Awesome Canteen, Sekeping Victoria. Pernah tak korang teringin nak pergi sesebuah cafe disebabkan oleh decoration tempat tu lebih dari makanan dia? Kalau pernah, Awesome Canteen, Sekeping Victoria adalah salah satu cafe tersebut. Nad lebih excited nak discover tempat ni disebabkan keunikan konsep (Mungkin sebab tak lapar waktu tu 😂). Sebenarnya ada banyak sangat lagi cafe dekat Georgetown ni sampai taktahu nak pergi yang mana dulu.

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Sekeping Victoria ni sebenarnya sebuah tempat penginapan yang sesuai untuk keluarga. Dan kat bawah ni ada cafe yang dinamakan Awesome Canteen, Sekeping Victoria. Boleh try waze Sekeping Victoria atau Awesome Canteen kalau salah satu tempat tak jumpa, sebab sebenarnya tempat yang sama. Dua tiga kali jugak Nad lalu depan cafe ni tapi tak perasan sebab cafe tertutup dengan pokok besar. So kena lalu betul-betul depan pintu cafe baru korang perasan sign board macam kat gambar atas ni. 

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Lepas dah confirm kita sampai ke tempat yang betul, baru lah boleh confident nak masuk Awesome Canteen, Sekeping Victoria. Hehehe. Kawan-kawan Nad yang suggest kan pergi cafe ni. Masuk je cafe, first impression Nad adalah tempat ni memang luas, lapang dan cerah. Sangat cozy dan tenang. Nad sampai cafe dalam pukul 6 pm camtu, maybe right timing la sebab tak ramai sangat orang. 

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Decoration cafe ni sebenarnya simple je. Takde lah perlukan effort yang melampau-lampau. Since cafe ni pun bertempat di Georgetown yang terkenal dengan bangunan-bangunan lama di Penang, so konsep dia pun berasakan macam bangunan lama ditambah dengan pokok. Yang mana menghasilkan suasana relax. Kalau perasan, ada sedikit tema modern juga diselitkan.

Cafe cuma di bahagian bawah je. Lepas naik tangga tu, dah bahagian penginapan dia pula. Nad pun baru tau. Harga untuk menginap bermula dari RM350. Biasanya ramai mat salleh jela yang stay area sini. Kalau warga kita nak #playtourist pun boleh jugak 😋 Boleh tahan style jugak kan tempat ni. 

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

The food

Pilihan menu yang ada di Awesome Canteen ada pasta, burgers and western. Tapi disebabkan Nad tak rasa nak makan sangat, so Nad just order 2 desserts; New York Cheesecake (RM15) dan Key Lime Pie (RM15). Quite pricey bagi Nad sebab cake dia so-so je, takde apa yang wow sangat pun. New York Cheesecake sedap. Tak sempat nak rasa muak dah habis dulu. Tapi Nad tak berkenan sangat dengan Key Lime Pie dia sedap rasa masam kuat sangat. Kalau siapa yang suka masam maybe boleh tahan la kot.

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Dan seperti biasa, partner in crime kita. Siapa lagi nak angkut pergi tempat-tempat camni kan heheh. Oh cafe ni buka setiap hai kecuali hari Selasa ye, hari Selasa tutup. 

Lunch : 11am hingga 3pm
Rest : 3pm hingga 6pm
Dinner : 6pm hingga 10pm

Awesome Canteen, Sekeping Victoria

Address : 164, Lebuh Victoria, Georgetown, Penang
Business hours : Rabu hingga Isnin dari 11am hingga 10pm (Selasa tutup)
No tel : 04-261 3707
Facebook : Awesome Canteen at Sekeping Victoria
Website : https://www.sekeping.com/victoria/

You Might Also Like

18 ulasan

  1. Balasan
    1. Hahaha ganjil eh? Operation hour dia pun lain dari kebiasaan.

      Padam
  2. As Salam. Tempat menarik. Boleh try satu hari nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam akak kembang. Memang menarik. Kalau datang ke Penang boleh la try.

      Padam
  3. tempat dah cukup cantik tapi bila makanan so so, agak 'potong' jugak di situ :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tula, tapi kita makan dessert je awak. Pasta and burgers dia tak pasti sedap ke tak.

      Padam
  4. Sukaa lah deko dia orang! Cantikk. Sedapnyaaa cheesecake :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deco dia memang win kak Inani! Akka mesti suka hahah. Cheesecake dia pun sedap tak muak! :D

      Padam
  5. Wow! Cantik tempatnya. Even simple & tak perlu effort sangat tp nampak lain dari lain. Memang sangat sesuai utk bersantai & rileks2 di situ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul tu Nadhie. Kita pun rasa tak perlu effort sangat tapi lawa lah kalau nak amik-amik gambar tu hahah.

      Padam
  6. cantik betul decoration tempat nie..

    BalasPadam
  7. Wah.. nampak comel je dekorasi dia

    BalasPadam
  8. Menarik ni.. simple dan santai aje

    BalasPadam
  9. lawa la the place

    jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    BalasPadam
  10. ini pun cantik nad tempat diaaaa! suka tngok elemen kedai ni. konsep dia cun!

    BalasPadam