Terapi Kucing di House of Cat, Bayan Baru, Penang

7:15 PTG

Assalamualaikum and Hi.

House of Cat, Penang

House of Cat! Yeah terapi kucing! Sebenarnya, Nad nampak tempat ni viral dekat Facebook haritu. Tu yang saja teringin nak pergi tengok ada apa je katsana. Sebab yang dekat Selangor pun memang Nad tak pernah pergi. Jarang pegang kucing baka mahal ni heheh. Tapi waktu tu saja la nak rasa suasana banyakkkk kucing kat sekeliling kita ni kan. So Nad pun decide pergi ke House of Cat, Bayan Baru, Pulau Pinang ni. Alang alang release stress dari study kononnya ๐Ÿ˜‹ Persian cat, Munchkin, British Short Hair eh semua lah ada. 

Agak susah juga nak cari tempat ni sebenarnya. Kalau waze/google maps memang jumpa, tapi di bahagian belakang block. Sebab kedai ni bersambung, dia ada hotel kucing and grooming dia semua. Korang pusing-pusing je, area situ jugak. Bila masuk je kat dalam kedai tu, akan ada perbezaan bau hahah terus je bau kucinggg.

House of Cat, Penang

Memang lengkap permainan kucing dalam kedai ni. Siap ada tangga, bridge dan kotak. Tapi biasanya kucing jantan yang tinggi besar tu je yang kuat dan berani nak naik kat atas ni. Siap boleh tidur dekat jambatan tu ๐Ÿ˜‚ Dengan tenangnya, hahah tanpa ada gangguan manusia. Tapi tula, size diorang besar sangat takut nak pegang.

House of Cat, Penang

Typical kucing yang ada dekat pet shop kan. Kucing jenis camni suka betul kalau kita dah manjakan dia dekat riba kita. Terus baring taknak bangun pergi memana dah. Lepastu bila ada kucing lain datang dekat, laju je dia nak attack. Owner kedai cakap sebab dia jealous nanti kalau kita layan kucing lain tu. Amboi. Dia punya jealous tu kalah manusia hahah.


House of Cat, Penang 

House of Cat, Penang

Yang ni pula kucing jenis yang berbulu nipis tu. Bukan yang jenis Sphynx tu yang hairless, kucing ni dia ada je bulu tapi nipissss. So mungkin tak ramai customer yang manjakan dia. Kesian dia asyik termenung je hadap tingkap. Nad ada la jugak dukung sayang sayang dia hm. Rasa kesian bila asyik yang bulu kembang je dimanjakan.

House of Cat, Penang

House of Cat, Penang

House of Cat, Penang

Luna the Cat! 

Emm, yang ni sejenis British Short Hair kot hahah. Selepas kaji semua jenis kucing yang Nad jumpa dekat pet shop tu, kucing ni Nad paling berkenan sekali. Sebabnya dia nampak kemas tanpa bulu yang kembang-kembang tu (banyak gugur), bukan sejenis jealous sampai nak attack kucing lain dan tak sombong. Eee macam paling behaved lah. In shaa Allah kalau ada rezeki esok esok nak bela kucing jenis ni hehehe. 

House of Cat, Penang

So far banyak jugak lah kucing dekat tempat ni. Ada dalam 20 ekor lebih kurang and mostly friendly! Since Nad datang pun dalam tengahari nak ke petang, so mungkin ada antara kucing tu yang memang dah penat dan tak larat nak layan kerenah manusia hahahha. Ada yang tidur, yang bermain, dan yang masih bertenaga akan layan kita.

Oh lupa nak cerita. Ada satu kucing ni dia cacat dari lahir yang mana kaki dia macam bengkok sikit. Tapi, sangat sangat sangat manja! Serious! Dia sanggup jalan dari jauh semata-mata nak pergi dekat kita je. Kadang tu time kita nak berjalan pun dia ikut jugak. Suka main-main dekat kaki dekat bag kita. Eee memang manja betul lah.

House of Cat, Penang

And lastly, nahhh. Kena kuarantin! Hahahhaa. Ini akibat kalau cari gaduh atau tiba-tiba attack kucing lain. Terus diasingkan dalam satu box kaca khas. Sedih je mampu tengok kucing lain bermain bermanja tapi dia kena kurung dalam tu. But after all, ini lah yang akan didik kucing-kucing tu untuk behaved.

House of Cat, Penang

Bagi Nad, kalau korang nak datang sini waktu free tu memang berbaloi sangat! Sebab harga nak masuk tempat ni pun murah. Untuk weekday, ticket masuk hanya serendah RM5 sahaja, manakala untuk weekend RM9. UNLIMITED! Main lah sampai puas then baru keluar. Bagi Nad, ini sangat berbaloi compared to other pet shop yang mengenakan bayaran mengikut waktu.

House of Cat, Bayan Baru, Penang

Address : 2-1-20, The One Terrace Plus Shop, Tingkat Mahsuri 5, 11950, Bayan Baru, Penang
Business hours : Isnin hingga Ahad dari 10am hingga 10pm
No tel : 013-416 3843
Facebook : House of Cat
Instagram@houseofcatpenang

You Might Also Like

31 comments

  1. suka tengok kucing sebab comel tapi tu la saya ni penakut kucing. Mak tak pernah bela kucing dari kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha alahai. Suka tengok pun jadi lah eh Munirah. Maybe sebab tak biasa kot dengan kucing, tu yang rasa macam takut je.

      Padam
  2. byk da tempat gini ekk. nice.
    tapi aida tak pernah terjah masuk.
    aida penggeli kucing :)
    teringat aida kes yg sampai beratus kucing teraniaya tu.
    kes MLM. kucing di perjudikan! aparah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha adoii, ada perkataan penggeli kucing eh Aida? Tulah! Benci betul orang yang dok perjudikan kucing baka mahal. Last-last terbiar macamtu je.

      Padam
  3. Menarik juga ni nad..lagi2 bagi pencinta kucing...geram kak PC tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pencinta kucing memang wajib pergi sini lah kak PC! Mesti in love dengan kucing-kucing dia haa.

      Padam
  4. alahai kalau sha sampai situ rasanya takmasuk kot. sha takut kucinggg hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha aduhai. Kenapa ramai yang takut kucing ni. Kalau takut kucing memang takleh masuk sini lah.

      Padam
  5. Sedihnya nampak muka kucing yang dikuarantin tu. Sayu je. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu. Dia kena kuarantin sebab membuas tu Siqah. Kalau tak kuarantin lagi dia mengganas nanti.

      Padam
  6. Syoknyaaa main dengan kucing & tiket nak masuk pun muraah. Sekarang pun area kl dah banyak tempag macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh syok kak Nani. Spend time camni on weekend memang seronok. Boleh release tension main dengan kucing saja. Haah belah KL Selangor lagi banyak tempat kucing camni kan hehe.

      Padam
  7. aiiiyoo comel semuanya...cikyan geram !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sebab comel lah diorang boleh buat tarikan camni. Geram kann!

      Padam
  8. Balasan
    1. Haha sabar sabar sabar. Memang rasa nak gomol-gomol je semua ni.

      Padam
  9. pernah datang house of cat yg dekat shah alam tu tpi sekarang dah tutup hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, kak Nad tak pernah pergi lagi yang sekitar Selangor ni Mazni. Kenapa dia dah tutup ehh?

      Padam
  10. pernah datang house of cat yg dekat shah alam tu tpi sekarang dah tutup hmm

    BalasPadam
  11. alahaiii comelnyaaa smua.. geram!

    BalasPadam
  12. kalau saya nad, memang tak masuk dah aih! takut kucing! hahahahha
    walaupun cute, hanya mampu melihat dari jauh ataupun dalam kaca tv n skrin tepon ja...huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha alaaa Sofie ni. Rugi la kalau cuma tengok dari jauh jee. Dia kena pegang belai sayang sayang baru best hehehe.

      Padam
  13. Comelnyaaaa! Kita tak pernah pegi tempat macam ni, selalu usya dari luar je. Bukan sebab takut kucing, tapi sebab tak berkesempatan. Kita peluk kucing yang mana terjumpa atau kucing kat rumah jerlah. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai. Hopefully one day awak diberi kesempatan untuk luangkan masa camni. Sekejap pun jadi la. Therapy tauu. Tapi peluk kucing kat rumah pun dah cukup okay dah tuu.

      Padam
  14. bestnyeeee i wanna play with 'em too

    BalasPadam
  15. best2. sesuai utk bawak anak pi main kucing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kalau anak tu tak allergic dan tak takut kucing boleh la bawa pi sini Aswadz.

      Padam
  16. Murahnya harga. Mai tak pernah pegang kucing baka mahal2, teringin nak main dgn maincoon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try lah masuk tempat-tempat camni Mai. Nanti jumpa la maincoon tu ehehe.

      Padam