Contact Lens Selesa #SoftLens59
2:12 PTG
Assalamualaikum Hai.
Siapa katsini pengguna contact lens? Nad yakin memang ramai yang pakai contact lens sekarang. Lagi-lagi yang rabun tapi tak suka pakai spec. Pastinya pilihan korang adalah dengan pakai contact lens; easy & on-the-go. Tapi selesa betul tak contact lens yang korang pakai tu?
Macam Nad, start pakai contact lens since Nad form 4 lagi. Tapi jujur lah selama ni Nad cuma beli yang murah-murah dekat Instagram tu je. Yang korean style punya, yang cuma RM16 or RM20 pun dah boleh dapat. Bagi Nad ok-ok jela sebab selama ni memang pakai contact lens camtu. Rupanya! Memang berbeza tau tiap contact lens. Contact lens SoftLens59 yang Nad pakai ni buat Nad dapat rasa beza antara contact lens yang murah dan yang berkualiti.
Pengalaman Nad pakai Bausch & Lomb SoftLens59
Nad percaya SoftLens59 memang betul-betul soft. I had a hard time trying to put the lens into my eyes. Rasanya mungkin sebab dah lama tak pakai lens hehe 😅 Tapi tapi tapi, sumpah cakap memang best sebab walaupun Nad cuba masukkan banyak kali tapi mata Nad langsung takde sikit merah pun. Dulu kalau pakai lens murah-murah kemain silap sikit je terus merah sampai kadang terus tak jadi nak pakai lens. Tapi SoftLens59 memang selasa sangattt 😭😭😭 Ish taktau camne nak bagitau tapi memang Nad suka.
And ini juga first time Nad pakai contact lens yang ada power dan colourless. Seronok sangat sebab pengalaman pertama pakai and memang positive feedback. Nad pakai untuk keluar bersantai tengok wayang semua dan selesa. Sikit pun mata Nad tak rasa letih dan pedih. Selesa tahap terlupa mata ni tengah pakai contact lens.
Setiap kali nak pakai jangan lupa bilas dan cuci dengan Bausch & Lomb Renu Fresh. Perkara paling penting pakai contact lens ni ialah KEBERSIHAN. Nad boleh jamin kalau korang betul-betul jaga kebersihan memang takkan ada masalah. In shaa Allah semua okay jee. Nak cuci contact lens pun ada cara dia tau. Nanti Nad share dalam post yang akan datang.
Look at that eyesss 👀👀
P/s : Nak pergi class pun happy je sekarang sebab selesa dah boleh tengok whiteboard dengan tenang.
26 comments
Nad beli softlens berapa eh per box?
BalasPadamAlamak, tak ingat dah la berapa per box ni Syaza. Hehe sorryyy.
PadamAkak pun pakai contact lense jenama nie jugak, dah try macam2 jenis yang lain tapi alih2 jenama nir jugak sesuai ngan mata akak, tapi akak pakai yang ada power, hihi.. Dulu masa muda2 dan masa bujang penah beli jugak lenses yg color tapi skrg takde rasa nak beli dah... 😁
BalasPadamHehe best kann contact lens brand ni. Very soft! Hahahah tula kak, masa muda macam-macam kita rasa nak try kan.
Padam*angkat tangan* pengguba tegar contact lens jugak! Hihi. Pernah pakai softlens ni, memang best!
BalasPadamHehe sama lah. Memang betul-betul selesa softlens ni :)
PadamKita pakai brand yang sama! Yeayy! Hihi. Excited boleh tak :D Siqah kenal contact lens sejak masuk U. Dulu selalu pakai lens, sekarang selesa pakai cermin mata je. Sesekali bolehlah pakai lens :)
BalasPadamHahahhaha excited ehhh. Nad sebenarnya tak berapa nak rabun, so memang tak biasa pakai cermin mata. Kalau pakai lens pun kadang-kadang je. Hehe.
Padamnak pilih contact lens kena yg berkualiti kann
BalasPadamYeap, kena pilih yang berkualiti Mazni. Untuk kebaikan mata kita jugak hehe.
Padamecha pernah pakai lens dulu. saja cuba2. tu pun kawan tlg pasang. but malangnya kawan echa pasang lens terbalik n the lens masuk dekat kelopak mata. punyalah nevesss. nasib baik dpt keluar. sampai sekarang fobia nak pakai contact lens!
BalasPadamHahahhahahaha Eeca! Sorry gelak hahhaha. Tapi macam mana dia boleh pakaikan masuk dekat kelopak mata tuu? Dah la first time, memang fobia lah.
PadamFairuz dah contact lenses berpisah tiada! Hahahahahahaha... Lagi-lagi sekarang ni memang pakai specs kat rumah je. Fairuz pun beli kat ig je semua coloured contact lenses, and fairuz memang beli kat that specific ig sahaja sebab best. And untuk contact lenses yang clear macam ni, fairuz pun prefer beli kat kedai cermin mata je sekotak-sekotak terus sebab lagi berbaloi. Plus, yes lagi selesa. Power pulak memang ikut power kiri kanan betul-betul.
BalasPadamWahh, memang sentiasa dengan contact lens lah ni eh? Power Fairuz tinggi eh?
Padampercaya tak saya tak pernah pakai contact lens . tapi teringin jugak nak cuba
BalasPadamHahaha percaya. Takpe, kalau dah selesa pakai speck teruskan je..
PadamNad, saya tak pakai lah.
BalasPadamHahah, takpelah kalau tak pakai Adam.
PadamMai suka lens dari pakai spek, banyak tak bestnyaa dari best bila pakai spek ni, hahaha. Dari form 2 dah start pakai.
BalasPadamSo far memang suka jenama ni, and lagi satu , blincon... lens ni hanya berani beli kat kedai spek je, yang online tak pernah lagi.
Mostly sebab pergerakan terbatas kan Mai bila pakai speck ni. Wahh, bagus bagus Mai, memang betul-betul menjaga mata ni. Nad suka mencuba. So dah macam-macam jenis lens Nad try hehe.
Padambusyra tak pernah pakai contact lens. even rabun.. hehe. sbb takut. :p dah la spek tak suka pakai. haha
BalasPadamHahah adoii Busyraa. Dua dua tak suka pakai camne ni. Maybe power Busyra tak tinggi kot?
Padamtak pernah pakai contact lens sbb mata ok je walau ngadap PC sejak dari darjah 3 n 24 jam ngadap PC hehe... tp wife macam berminat nk pakai contact lens ni huhu
BalasPadamAcul! Lamanya hadap PC! Tak elok lahh hadap PC lama sangat sampai camtu sekali. Tapi kalau wife berminat tu, kita layankan jela heheh.
Padammya tak pernah pakai contact lens tapi berminat nak pakai. mya pakai cermin mata sejak form 2.. sekali berubah arah apa salahnya.
BalasPadamWahh, dah lama lah pakai speck ehh. Boleh je Mya kalau nak try softlens ni. Memang selesa.
Padam