Assalamualaikum,
Hai.
Pernah tak
korang rasa leceh nak bayar zakat? Rasa macam urusan nak bayar zakat ni
complicated sangat? Rasa macam tak tahu pokok pangkal cara nak bayar zakat ni?
Pernah ke? Mungkin ada. Lagi lagi yang baru wajib kena bayar zakat. Mesti rasa
blur oh what should I do first? Haritu Nad ada dah explain sikit about zakat
ni. Tapi, entry kali ni lebih specific sikit tentang pilihan yang ada untuk bayar zakat tu.
Seperti yang
kita tau, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP
(PPZ-MAIWP) ialah agensi yang berperanan sebagai amil utuk mengutip semua
jenis zakat harta khususnya di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Baitulmal-MAIWP pula akan mengagihkan wang kutipan zakat kepada
yang berkelayakan. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh PPZ-MAIWP dalam
mendekatkan diri kepada masyarakat seperti program turun padang dan penggunaan
medium masa kini.
Sedia maklum,
Wilayah Persekutuan adalah kawasan yang agak padat, sibuk dan sesak dengan
pelbagai aktiviti dan perancangan. Setelah dikaji, antara permasalahan yang menyebabkan aktiviti membayar zakat terbatas
adalah disebabkan kesesakan lalu lintas, kesibukan di pejabat, tidak dibenarkan
ke kaunter zakat pada waktu pejabat dan apabila habis waktu bekerja kaunter
zakat juga sudah tutup.
Tetapi, semua tu
bukan alasan untuk tak bayar atau tangguh bayar zakat tau! Hehehhe. Kini, pihak
PPZ-MAIWP menyediakan 3 pilihan/cara
untuk bayar zakat. Semua ni untuk memudahkan kita as pembayar zakat.
Cara pertama :
Pembayaran
melalui portal www.zakat.com.my (24 jam 7 hari seminggu). Flexible. Boleh buat
pembayaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Cara kedua :
Pembayaran
melalui Perbankan Internet sperti:-
1.
|
Maybank
|
|
2.
|
Bank Islam
|
|
3.
|
AmBank Group
|
|
4.
|
CIMB Bank Berhad
|
|
5.
|
Public Bank
|
|
6.
|
RHB Bank
|
|
7.
|
OCBC Bank
|
|
8.
|
HSBC Bank
|
|
9.
|
Pos Online
|
|
10.
|
Hong Leong Islamic Bank
|
|
11.
|
iRakyar (Bank Rakyat)
|
|
12.
|
Affins Islamic
|
|
13.
|
Bank Muamalat
|
|
14.
|
AgroBank
|
Cara ketiga :
Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Bergerak
PPZ-MAIWP.
Haaa ni yang the best part sebenarnya ehehe. Sesuai sangat dengan tagline “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”. Wow
kan? Hehe. Van ni boleh tempah tau. Kalau ada mana-mana syarikat, badan
kerajaan, majlis, program yang ingin menempah van zakat ni boleh hubungi 1-300-88-5757.
So far dah ada sebanyak
7 lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak ni.
Selain
itu, kaunter ini juga dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN.
Pembayaran pula boleh dengan menggunakan TUNAI,
KAD KREDIT PERBANKAN ISLAM, KAD DEBIT
dan CEK. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP ini juga turut
menawarkan perkhidmatan khas kepada
individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000
dan ke atas. Nah, you pay extra you get extra! =)
-------------------------------------------
· - Ramai yang beranggapan
bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat.
· - Semak terlebih dahulu
segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai
zakat.
· - Jangan sekadar main agak-agak,
kena zakat atau tidak. Rujuk, semak dan kira terlebih dahulu kerana hukum zakat
adalah WAJIB dan merupakan RUKUN ISLAM yang Ke-3 tau!
· - Disarankan bayar zakat
sebelum 31 Disember tahun ini untuk mendapat pelepasan cukai pada tahun yang
sama.
· - Tunai zakat pada
institusi yang dilantik. Asnaf individu, keluarga dan anak-anak akan mendapat
lebih manfaat.
· - Fatwa kebangsaan, bayar
selain institusi yang dilantik, hukumnya SAH tetapi BERDOSA. Tau tak korang!
Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran zakat sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757
"Tiada alasan lagi
untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"