Walaupun dah nak penghujung Syawal, rasanya sempat lagi nak update untuk 11 Syawal ni hahahahha. I don't care. Must share to you guys juga. Setelah beberapa tahun Nad langsung tak dapat turut serta kawan kawan beraya disebabkan Nad study jauh and cuti sekejap tak pun kerja bermati-matian. Akhirnya tahun ni berkesempatan nak join alhamdulillah yeay.
So after pergi wedding haritu, Nad terus sambung beraya dengan kawan kawan pergi open house sana sini. I must say it was fun! Hahahhahaha. Seronok sangat dapat jumpa balik kawan kawan sekolah menengah, catch up latest stories and throw back memories. Eh semua lah!
Disebabkan class Nad dulu tak ramai sangat perempuan Melayu, so boleh dikatakan bonding antara kitorang agak rapat juga lah. Sebab hadap muka muka tu je kan ahahha. Pastu dah alang alang Nad naik kereta dengan Acap and Ajik, Nad angkut je diorang ke sini walaupun kenal tak kenal hahahha nasib!
Nak dijadikan cerita, hujan pulak time tu. So beraya di rumah kedua ni agak lama hahaha. Berjam juga lah sementara nak tunggu hujan reda kan. Haaa amik, family picture sekali ha siap package dengan kucing kucing semua tu.
After that banyak lah lagi rumah. Malam tu baru Nad dengan Acap beraya di Kajang. Tinggal kami berdua je, yang lain busyyy. My first impression about the house, wow! Wow! Okay, i might be jakun here but T_T Please lah. Dulu selalu berangan tengok Teen Crib sebab rumah diorang bapak besaq dengan pool, teater, bowling eh and besar lagi lah tahu lah omputih punya kaya tu macam mana.
Sekali rumah yang Nad pergi ni okay 3 tingkat tu normal. Tapi dalam dia ya Allah subhanAllah, baik betul akak tu siap buat house tour k! Kami sempat lagi masuk bilik wayang dia ber karaoke semua, ber-boxing dalam gym, ber skywalk dengan lantai glass tu, tengok depan mata my dream closet. Nak pengsan! Selalu tengok dalam tv je.
Maka, dalam beberapa hari lagi akan terhasil lah entry My Dream House! Hahahahha izinkan saya berangan :)
And nawh, Ecah. Bff since 2010, always be my fav girl love you.
P/s : Okay dah la dah habis raya dah pun kan byeee.
Beautiful Gong Shim atau tajuk lainnya Pretty Ugly. Hehe yeayyy dah khatam another drama. Drama ni baru je habis dalam beberapa hari yang lepas. So elok lah Nad share dekat korang. Boleh terus marathon je takyah nak tunggu tunggu next episode. Kan kannn? Bookmark dulu ye kalau rasa nak tengok nanti nanti :)
Sinopsis Beautiful Gong Shim
Mengisahkan tentang 2 beradik perempuan. Si kakak (Seo Hyo Rim) memang cantik dan pandai. Kira full package lah. Si adik (Min Ah) pula ada masalah rambut, kurang bijak dan lame. Tapi, hati dia memang baik dan caring dan penyayang. So kebiasaanya, full attention akan dapat pada si kakak cause you know, people do judge our appearance.
Kemudian, ada pulak 2 orang lelaki. Seorang lawyer (Nam Goong Min) tapi hidup susah. Duduk pun dekat apartment kecil dan memang hidup susah sedari dulu lagi. Lagi seorang (Ohn Joo Wan) pula lahir lahir memang dah dalam keluarga kaya raya dan mempunyai syarikat besar. Kira dia lah pewaris syarikat tersebut.
Namun, ada kisah di sebalik semua ni. Dan kedua-dua orang lelaki tu suka dekat si adik :p Haaa takmo cerita lagi dah. Saksikan~
Yeayyy another friend of mine dah selamat bernikah. Dalam ramai ramai yang kawin, ini baru wedding kedua yang Nad dapat pergi (dalam batch Nad). Invitation tu memang banyak tapi masa and keadaan yang tak berapa nak mengizinkan sangat. Kadang tu memang ada hal lain tapi kadang tu Nad memang tengah dekat UiTM Permatang Pauh so tak dapat lah nak join any wedding dekat Selangor ni.
Walaupun ni wedding kedua yang Nad dapat pergi, tapi Fairuz ni adalah classmates first perempuan yang kawin class kitorang! Bayangkan la eh dah la perempuan Melayu class kitorang cuma dalam 11 orang gitu je sebab yang lain lain mostly Chinese Indian, haa lagi lah kitorang punya excited kawan nak kawin tu macam apa je dahhh.
Tahniah Fairuz!
Senyap senyap pun jodoh sampai awal je tau haa dia ni. Alhamdulillah. Study dekat Penang, dapat pun orang Penang ehhh? Maka duduk Penang lah jawabnya hahaha. Semoga bahagia selalu and berkekalan selamanya tau! Happy happy je tau. Semoga dipermudahkan segala urusan and dapat family besar besar nanti!
And nahhh, the four of us reunited! Last meet up was back in January i guess haha!
Missing each of you so much.
Tapi sekarang da tak rindu dah. Nope.
#motd
P/s : Dah penat pergi wedding orang je ni. Wedding kita bila lagi? Eh.
Huhuhu nak update cerita sedih T_T Okay apa punca laptop cepat rosak!? Eee benci betul, pelaburan besar kot nak tukar laptop baru hahaha. So I started Google-ing everything up and nahhh hahaha laptop Nad mungkin dah nazak ye. Tapi tak apa, kita guna je sampai akhir hayat dia mampu bertahan.
Nad ada jugak terfikir nak beli laptop lain haha tapi laptop ni baru je berusia 4 tahun 1 bulan so Nad rasa dia still mampu tahan sampai 2 ke 3 tahun lagi kot kan? So mari kita berangan dulu sambil kumpul duit hahaha. Berangan la selama bertahun tahun ye.
Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak! T_T
1) Penggunaan Laptop yang Terlalu Lama
Laptop juga ada had had tertentu yang dia mampu bekerja. Biasanya untuk sesebuah laptop mampu bekerja up to 8 hours only. Tapi biasalah, kadang kita kalau dah menghadap laptop main games atau buat assignments semua tu bukannya perasan dah on laptop lama gitu kan. Bila dah lama sangat guna laptop pun makin panas. So sebaiknya turned off dulu laptop dalam 30 minit sebelum sambung untuk buat kerja lain.
2) Laptop Diletak di Tempat tak Sepatutnya
Okay ini normal T_T Ini habit T_T Bila on laptop selalu nak on dekat tempat yang terlebih selesa iaitu katil! T_T Pastu dah la tak pakai cooling pad! Bijak benar ye. Sememangnya tidak elok dan ini juga punca laptop cepat rosak. Tak kira lah katil ke bantal tapi ia akan buat laptop lebih cepat panas dan pengudaraan tersumbat. Lagipun katil kan kekadang tak berapa rata so nanti laptop dapat serap habuk dan block pengudaraan.
3) Kipas Tidak Berfungsi
Laptop Nad ni baru on berapa minit pun dah boleh dengar bunyi haba tu. Takyah dekatkan telinga pun memang da boleh dengar lah. Itu tanda kipas laptop anda rosak. Rasa bisingggg sangat! Sebabnya haba dekat dalam laptop tak dapat nak dikeluarkan. Nad syak memang kipas dalam laptop ni dah lama rosak dah. Tapi laptop Nad jenis takleh keluar battery so Nad pun taktau nak kena buat camne dengan laptop ni.
4) Pengudaraan Tersumbat
Kalau korang perasan dekat tepi atau belakang latop korang kan ada macam lubang lubang tu kan. Yang selain lubang speaker hahaha. Haba dari dalam laptop juga keluar masuk lalu lubang tu. Kekadang tu sekeliling kita ni kotor sangat sampai block pengudaraan so haba takleh nak keluar. Laptop pun jadi semakin cepat panas dan rosak. Okay yang ni Nad baru tau haha.
Okay sah laptop Nad dah rosak teruk! Haha kalau repair pun mungkin mahal ni? Okokok dah boleh start kumpul duit untuk laptop yang akan datang hahaha. Tolonglah bertahan selama yang mungkin ye Sony :* (Laptop idaman terus terbayang dalam kepala)
Hi guys, wehehee yeayyyyy raya! Dah la paper final habis before raya kan so dapat raya sepuasnya. Memang raya puas lah kot sampai perut pun memulas hahahhaah. Cumanya tahun ni lebih banyak duduk rumah daripada berjalan. In fact, Nad lagi suka berjalan raya daripada melayan tetamu huhuhu tak pepasal duit raya berkurang tahun ni eh.
Di kesempatan ini, Nad pun nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Nad minta maaf kepada semua yang mengenali Nad. Kot kot ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan, ter tak sengaja buat/cakap apape yang menyakitkan hati. Huhuhu sorry tau! Maafkan lah saya. So how was your raya? Overall, Nad cuma raya time hari raya pertama and ketiga jer hukhuk. Raya kedua mostly semua perut memulas and starting from raya keempat duduk rumah je. Cuma lately banyak raya dengan kengkawan jelah kan ehe.
I choose pastel for hari raya pertama.
And go for twin on hari raya kedua.
#motd
Am having this huge breakouts on hari raya so my make up was kinda thick.
P/s : Selamat Hari raya tau semua! Hehe Nad nak sambung beraya lagi esok okay bye.