Korean Movie : Tonton Online Mask
5:39 PTG
Assalamualaikum Hai.
Okok, selain dari tengok The Gang Doctor, ada baiknya kita tengok The Mask sekali hahaha. Nad perasan yang drama ni baru je completed and rating pun agak tinggi juga lah. Ada jugak mulut mulut yang kata cerita ni best! Hehehe. Tu yang buat rasa nak tengok tu. Lagipun, dok nak tunggu The Gang Doctor tiap tiap minggu ni rasa lama sungguh haha.
Sinopsis Mask
Byun Ji Sook sentiasa melalui hidup yang sukar sejak dari kecil lagi. Ayahnya sering berhutang dengan ah long dan hidup mereka sering dikejar ah long. Dia sangat sangat teringin nak tau macam mana rasa hidup dalam keluarga normal tanpa rasa susah seperti yang dialaminya. Tanpa dibebani oleh hutang ayahnya.
Eun Ha, yang mempunyai wajah seiras Ji Sook pula adalah wanita yang berasal dari keluarga kaya. Sementara Eun Ha terlantar di hospital, Ji Sook mengambil peluang ini untuk menyamar dan menjalani kehidupan mewah Eun Ha.
Demi kepentingan business, Eun Ha sepatutnya berkahwin dengan Min Woo. Dan mereka sama sama ego apabila berjumpa. Min Woo pula sukat untuk percaya dengan orang orang di sekelilingnya. Setelah lama Ji Sook menyamar sebagai Eun Ha, Min Woo mula tertarik kepadanya kerana merasakan dia berbeza daripada perempuan perempuan lain yang pernah dia jumpa sebelum ni.
Persoalannya, berapa lama Ji Sook boleh meneruskan lakonan dan menyembunyikan identiti sebenar dia? Haa.
Genre : Romance
Episode : 20
P/s : Okeh, selamat menonton Mask! :p
18 comments
Dh khatam dh cite ni. Hehe. Mula2 slow je tapi last2 best pulak. Hehe
BalasPadamKan tahu takpe. Nad memula tengok pun cam emm boringnyaaa haha.
PadamIday pon layan movie ni. adik download hari tu. Heheheheh :p
BalasPadamWahhh. Taktahu pulak kak Iday pun layan Korea hehe.
PadamNad macam best je cite ni.. nad dah layan berapa episod?
BalasPadamTips untuk kulit wajah bermasalah
Khatam dah kak Lia ahaha hehe.
Padamcam besh je drama ni ....
BalasPadamMemang besh pun Eima serious besttt.
Padamthe gang doktor best! yang ni tak tengok lagi hehe
BalasPadamThe Gang Doctor memang best Adaa! Tu daebakkk sgt! Hehe.
Padamblom pernah tgk drama korea.. huhuhu
BalasPadamTry lah tengok Sop haha. Taste lain ehh.
Padamciter the girl who sees smell xde ke...hehe
BalasPadamHehe ada Fiza. Nanti kita letak ehhh hee.
PadamMacam best je drama korea ini, nak tengoklah :-)
BalasPadamMemang best pun Nabihah. Cuba try tengok ;)
Padamkat mana boleh download yaa
BalasPadamCuba try download dekat gooddrama.com tuu awak.
Padam