Assalamualaikum Hai.
Polis Evo 2015. Harituuu kawan Nad ajak tengok movie haha pastu cam em ada 6 cerita je which is Transporter, Maze Runner, Inside Out, cerita cantonese, cerita thailand and Polis Evo. Transporter, Maze Runner and Inside Out Nad dah tengok so macam emmm nak tengok cerita apa eh haha. Tak pernah pernah pulak nak membazir tengok cerita melayu kann.
Pastu cam kawan Nad kata ramai yang kata cerita Polis Evo best. So kitaorg pun gamble lah tengok. Sekali mak ai! Dah kenapa best sangat?! Nad sendiri pun memang tak menuesal lah melabur duit dekat sini huhuhu. Lepastu baru tau dalam masa 4 hari Polis Evo berjaya membuat kutipan sebanyak RM2.5juta. Oh ok. Haha.
Sinopsis Polis Evo
Mengisahkan tentang polis terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) yang ditugaskan untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan syabu Naga; syabu merah di Terengganu. Polis yang bertugas atas kes tersebut ialah Inspektor Sani (Zizan Razak). Sebaik je mereka berkenalan, karekter dan cara mereka bekerja sangat berbeza.
Inspektor Khai dengan cara tegas dan pantas kerana sudah biasa menyelesaikan kes-kes besar manakala Inspektor Sani dengan cara lembut kerana mengikut peraturan dan protokol. Kes yang mereka bekerjssama amat susah untuk diselesaikan pada mulanya namun akhirnya mereka faham cara berkeja masing-masing.
Ketua penjenayah dan pembunuh, Izrail melibatkan keluarga Inspektor Sani sebagai tebusan supaya perniagaan dadahnya bersama orang Thailand berjalan lancar. Namun, jabatan polis jugak mempunyai rancangan sendiri untuk menumpaskan perniagaan tersebut hehe.
Ok kali ni serious haha banyak kali serious cerita ni memang best sangat sangat sangat! Its worth your money lah bukannya macam blerghhh. Dengan Shaheizy Sam yang dah lama tak pun pastu tetibe sekarang dah sado.
Duration : 2 jam.
Genre : Action.
Rating : 5/5
P/s : Nasib ada kawan ajak tengok. Kalau tak sampai sekarang taktau kewujudan Polis Evo ni haha.