6 Cara Beli Rumah Dan Kereta Dalam 5 Tahun Akan Datang
10:10 PG
Assalamualaikum Hai.
Walaupun baru 20 tahun tapi dah start risau jugak lah. Mampu ke Nad nak beli rumah/kereta kejap kejap lagi? Dengan ekonomi yang tak berapa nak betul sgt, dgn belajar yang tak berapa nak hebat sgt. Boleh ke hidup sendiri dalam beberapa tahun lagi? Risau oh. First sekali nak bagitau ini bukan tips dari Nad sendiri. Ini dari apa yang Li Ka Shing, billionaire dari Hong Kong yang jugak merupakan orang terkaya di Asia cakap.
Ini lah Li Ka Shing.
Belanjakan Kurang dari RM8 Sehari untuk Makan
Disuggestkan makan makanan yang simple je. Untuk breakfast, makan telur and minum susu. Untuk lunch, makan benda simple je, set ringan dan buah. Untuk dinner, pergi dapur masak sendiri and minum susu. Biasanya sebulan, total lebih kurang dalam RM200-RM250 sahaja. Bak kata Li Ka Shing, disebabkan kita muda lagi so tak akan ada masalah sangat terhadap badan untuk beberapa tahun akan datang.
Belanja Makan Orang yang Menolong Kita Dalam Kerjaya Setiap Bulan
Tujuan belanja-belanja makan ni adalah untuk tambah circle kawan camtu. Kalau dah setahun 12 kali belanja makan, confirm confirm reputasi dan pengaruh naik sikit. Time ni jugak la kita boleh tingkatkan imej baik dan murah hati. Untuk kawan-kawan belanja je jugak makan tengah hari yang budget yang sampai RM50 pun.
Beri Perhatian Pada Pembelajaran dan Beli Buku Setiap Bulan
Betapa la ilmu tu penting kan. Ada duit ke takde duit ke,usaha untuk join kursus apape tak kisah la speaking class or what. Tujuannya untuk tambah ilmu kita. Memang akan berguna jugak satu hari nanti. Pastu jangan kedekut nak laburkan duit untuk buku. Aih, terkena batang hidung sendiri ni hahaha. Bila dah beli buku, baca dengan teliti dan pelajari pengajaran serta strategi yang diajar.
Travel At Least Sekali Setahun dan Membesar Dari Pengalaman Hidup
Luang masa untuk bercuti di luar negara. Beri ganjaran pada diri sendiri. Untuk save, stay dekat hotel hotel yang low cost sahaja. Bila ke oversea, baru minda terbuka and nampak cara hidup dan budaya masyarakat masyarakat lain. Dalam beberapa tahun mesti dah travel banyak negara dan banyak pengalaman yang berbeza. Gunakan pengalaman untuk upgrade diri sendiri.
Kalau Gaji Still RM1,300, Cari Kerja Part Time
Kerja part time yang dimaksudkan oleh Li Ka Shing adalah bisnes. Untuk berbisnes memang mencabar, tapi itu adalah cara paling cepat untuk tahu seni menjual. Sebaik saja berada dalam bisnes, kita akan tahu apa yang patut dijual dan apa yang tidak. Gunakan sensitiviti untuk mengesan sentimen pasaran sebagai platform untuk menjalankan perniagaan dan mengenal pasti produk yang boleh naik.
Beli Pakaian dan Kasut Biasa, Simpan Duit Untuk Tersayang
Dari ayat ni pun nampak Li Ka Shing ni seorang yang berpandangan jauh kan? Hmm. Simpan duit untuk yang tersayang dan beri hadiah pada mereka dan bagitau matlamat serta rancangan kewangan anda. Bagitau kenapa kita berjimat cermat. Bagitau usaha, arahan dan impian kita :)
Lagi Quote dari Li Ka Shing
61 comments
kena berjimat dri sekarang. harga2 rumah dgn kereta zaman skrng semua dh mahal gila :/
BalasPadamTau takpe. Zaman kita ni nanti Nini entah mampu ke tak kann :/ Hmmp
Padamharga rumah+tapak rumah makin hari makin naik T_T
BalasPadamKita plan beli rumah je kot. Nak beli tapak dulu kang tak terbina bina pulak rumah T.T Ahaha
Padamsalute :D
BalasPadamMemang salute ah kan sesape yg boleh buat camni haihh
PadamBetul2 skng ni nak beli rumah or kete susah sgt, pape pon goodluck nad
BalasPadamTau takpe kak Kyla T.T Ishh sedih ah camni. Thankyou kak :)
PadamHahaha byk tips ni. tak tahu boleh buat ke idok
BalasPadamTakboleh buat semua buat sikit pun takpe kot Eika :) Kalau boleh laa
PadamBetul tu. Hehehehe. Ena ni bila cari duit sendiri, baru rasa susahnya nak cari duit. Dah bila dah dapat duit, duit tu pergi macam air mengalir. Berjimat cermatlah untuk masa akan datang
BalasPadamKan kan kan? Susah gila kot kak Ena nak cari duit zaman sekarang ni. Dapat je terus habis pulak tuu. In shaa Allah ^^
Padamkalau kite mmng terok dalam bab2 nak berjimat ni T_T
BalasPadamMost of us memang camntu Tashira T.T Kena ubah kena ubah
Padamkena puasa la kalu macam tu. zaman sekarang semua dah makin mahal
BalasPadamHehe takpe, kan bagus puasa :p Hehehe
PadamMenarik... terima kasih diatas perkongsian artikel ini.
BalasPadamTerima kasih Maizul :) Hihi
PadamThanks Nad for sharing... saya da boleh start try dah tips2 yang diberikan ini..hehehe..tapi mula2 try dengan belanja RM8 sehari utk makan dulu...mcm payah jer tuh..hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
Pewit Azlan boleh start dahh hehehe. Hehe part makan tu memang cam susah sikit ah
Padamharga rumah makin lama makin mahal kan,macam mana lah harga nanti 5-10 tahun akan datang lagi... tapi papepun,kena berjimat dari sekarang ler,hehe. Thanks kak nad,nini dah bookmark dah,boleh catat nanti. :D
BalasPadamTau takpe doe Nini. Kena jimat dari sekarang utk masa depan ni
Padamkak best nya tips. tapi ee masa sekolah dulu susah sangat nak control belanja makan in a day. tak tahu lah kenapa nafsu makan ni degil sgt TT___TT lebih rm8 tu dah normal.
BalasPadamHehe maseh Ee! Hahhahhaha makan banyak tapi kurus tak apa lah
PadamMacam mana ni, makan pun lebih RM8 setiap hari ._. Memang susah betul nak control duit ni kan.
BalasPadamHahhaha makan memang susah sikit la Fisha. Takpe start sikit sikit
PadamKelako tengok GIF yang pertama tu. hahaha. Bukan senang nak buat macam tu lagi-lagi zaman sekarang barang smua naik.
BalasPadamHahaha gelabah semacam enn. Tula kena pandai la manage duit T.T
Padammulai sekarang kena belajar berjimatlah..=D
BalasPadamDari dulu lagi sebenarnya dah kena start Azwar hahaha
Padamnaddddd..pegi melaka x nnt? hehe..jom laaaaaaa :p
BalasPadamPergi! Yeay dah jumpa kak Ayue ^^
Padamberjimat itu perlu, tapi kadang2 ni hajat melebihi pendapatan.. acaner tu.. ? hihi
BalasPadamHehehe biasa lah tu kak Niza. Kalau nak jugak hajat tu, kita kurangkan pulak perbelanjaan kat tempat lain kann
Padambest lak baca info ni. patot suh dia dengar lagu kalau aku kaya seround kan? hehe
BalasPadamHahaha alaa takde background music pulakkk
Padamthanks nad for the info :) betol tu, harga rumah especially dah naik melambung-lambung.
BalasPadamWelcome kak Kyla :) Kan kan hehe tapi kak Kyla dah ada rumah tak apa laa
PadamInsyaAllah..usaha yang gigih..ikhlas..boleh..
BalasPadamIn Shaa Allah. Ameen pc ;)
Padamterima kasih nad atas perkongsian yg amat menarik ni.. Info yg amat berguna utk semua.
BalasPadamSama sama Shameel :) In shaa Allah bermanfaat
PadamNak makan kurang RM8 sehari memang susah sikit dengan keadaan ekonomi sekarang ni... tapi kalau nak mesti boleh kan? Masak sendiri di rumah agak membantu dalam menjimatkan perbelanjaan.
BalasPadamKak Nanie kalau satu family nak kurang rm8 memang tak dapat lah kak T.T Betul tu betul ;)
PadamDulu awal sem 1 kat U memang saving habis. Breakfast just milo peket and roti bakar with butter or kaya. Ada bawa cerek elektrik and toaster. Lunch just nasi putih and sayur. Makan malam susu tepung and biskut gula. HARIHARI camtu. Maggi jarang la cuz its not good kan. Nasib baik study kat Melaka stay kat Kajang je. Every week balik. Mewah and free makan kat rumah HAHA Bukan kedekut but I'm seriously thinking about my future. I dont really interested in cars. But rumah sekarang sekangkang kera je pergh harga dia. I dont wanna stay in rumah flat kondo or apartment, Nak rumah yang ada tanah sikit pun jadi lah. At first memang susah but later Alhamdulillah. It train both mind and body. Makan mewah je all the time pun tak bagus for our health kan. And yeah better be miskin dalam kaya instead of kaya dalam miskin.
BalasPadamYa Allah bagusnya pemikiran awak Danny! And bukan semua students ready nak buat camtu even they are thinking abt their own future. Ingat ramai ke sanggup makan nasi putih + sayur tiap hari? Goodluck in your future! In Shaa Allah
PadamSetuju, tapi kena usaha dgn gigih ye.....;-)
BalasPadamHa ah kena usaha lebih sikit Cikna :)
Padamohhh begitu :D hahaha
BalasPadamdf baru nak berjimat jimat huhu
Hehe sama ler kita. Ala boleh punya lah Fiqa :)
Padambest sangat tips ni Nad!tq share=)
BalasPadamYoure welcome Nana <3
Padamnice tips ni nad...boleh la slow2 praktikkan..hehe
BalasPadamHehe goodluck kak Niesa! ;) Hihihi
Padamterbaik la.. :) zz pun tgh nk buat mcm tu.. nk simpan duit untuk akan dtg.. :)
BalasPadamHehe goodluck zz! ;)
PadamTerima kasih Nad.. bagus ni untuk saya yang memang tengah planning nak beli rumah..nak kawen lagi next year..
BalasPadamSama sama Khamsi :) Wahhh seronoknya nak kawin dah <3 Anyway goodluck :)
PadamInsyaAllah..Thank you though :)
PadamNice sharing.. boleh pupuk dari sekarang ehem.. haha~
BalasPadamHahaha apa ehem? Goodluck Yun Sing :)
Padam