Classic Pizza Menu at Mikey's Pizza

12:38 PTG

Assalamualaikum Hai.



Hello pizza lovers! Buat kita-kita yang selalu rasa malas nak keluar makan malam, nak kena berdepan dengan jammed semua. Buat stress aje kan? 

Sekarang, korang dah boleh lepak bersantai di rumah sambil menikmati pizza yang dihantar terus ke pintu rumah. WOW sangat kan. Zaman sekarang serba canggih dan mudah, balik kerja rasa penat tak larat masak, kita order je pizza untuk sekeluarga. Kalau makan pizza panas-panas waktu hujan lagi lah nikmat dia tak dapat disangkal lagi.

Kalau korang terbayang macam mana lah agaknya rasa pizza dekat negara New York kan? Boleh order dengan Mikey's Pizza. Sebab apa? Sebab pengasas dia berasal dari New York, so of course lah ada elemen-elemen dari negara Barat yang diketengahkan dalam penghasilan Mikey's Pizza di Malaysia dengan mengambil berat tentang kualiti, bahan, dan yang pastinya homemade. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk berkongsi warisan New York di Malaysia yang tercinta hehe. Bak kata pepatah diorang "Make the best possible New York Pizza". Agituuu.

Menu Mikey's Pizza ala-ala New York Style

Di Mikey's Pizza, terdapat 11 jenis pilihan menu pizza yang disediakan buat peminat pizza. Yang paling recommended dan merupakan signature di Mikey's Pizza adalah Classic New York Pizza. Yang ni memang merupakan kegemaran pengunjung Mikey's Pizza. Kira memang menu wajib lah kalau datang sini. Harga dia pun sangat berpatutan serendah RM69.88 sahaja untuk size 18"


Inilah rupa Classic New York Pizza tu

Antara pilihan pizza lain yang ditawarkan adalah seperti beef peperoni pizza, meatball pizza, the tony soprano pizza, sweet hawaiian chicken pizza, BBQ chicken pizza, dan bermacam jenis lagi. Sampai rambang mata korang nak pilih. Selain itu, ada juga pilihan pizza untuk yang vegetarian. Tiada lagi alasan tak makan pizza sebab vegetarian ya ๐Ÿ˜› 





Selain dari menu pizza, Mikey'z Pizza juga akan menyediakan pasta atau waffle. Korang boleh order aglio olio, parmigiana, ataupun steak. Untuk dessert pula, boleh order waffle. Waffle dia pun bukan biasa-biasa punya. Topping macam-macam jenis ada, kita yang tengok ni memang rasa teringin betul.

Dengan setiap pembelian pizza atau pasta, korang juga boleh upgrade berdasarkan set-set ini. Boleh upgarde dengan tambahan air, waffle, pizza, mahupun garlic bread. Jimat berganda lah jawabnya ❤ 



Upgrade Set



Pizza Delivery ke Pintu Rumah Anda

Dah habis terliur belum tu? Untuk pengetahuan, Mikey's Pizza kini boleh di order secara online melalui Food Panda. Yayyy, tak perlu bersiap, tak perlu keluar rumah, tak perlu drive, tak perlu berdepan dengan jammed. Pizza delivery terus ke pintu rumah anda dengan pizza yang masih hangat dan enak untuk dimakan. Selain penghantaran ke rumah, penghantaran ke pejabat dan destinasi lain pun boleh. 

Duduk dekat rumah je pun dah boleh makan pizza ala-ala New York tau ๐Ÿ˜œ 

Nad tau memang ramai peminat pizza dekatsini. Korang dah pernah try Mikey's Pizza belum? Kalau belum, korang bukanlah peminat pizza yang sebenar. Cuba rasa dulu pizza yang ada baru boleh nak kata kita ni peminat pizza yang sebenar eheheh. Hujung-hujung tahun ni kita rehat dulu lah dari memasak. Cuti sekolah order pizza untuk anak-anak pun diorang dah cukup gembira betul tak? ๐Ÿ˜‹



You Might Also Like

0 comments