Sambutan Meriah Sonic Run 2019 di Penang

10:34 PG

Assalamualaikum Hai.

Sonic Run Penang

Sonic Run 2019 di Penang. Semua mesti kenal kan dengan Sonic si cartoon biru ni. Dulu masa kecik-kecik suka sangat main game Sonic ni dekat handphone kawan. Waktu tu masih darjah 6 lagi, Nad belum ada handphone sendiri hahah. Actually run ni dia ada buat dekat banyak negeri. Disebabkan Nad duduk dekat Kulim sekarang, dan run Penang ni merupakan yang paling dekat, jadi Nad pun join yang dekat area sini.

Sonic Run Penang

Bagi Nad kalau harga run yang below RM50 masih boleh diterima lagi dan berbaloi untuk join. Bergantung juga dengan apa yang kita akan dapat (tshirt, medal, breakfast, goodies bag, lucky draw). Semua ni pun Nad ambil kira jugak kalau nak join apape run. Kalau berbaloi baru Nad join. Kalau tak bye-bye. Harga pendaftaran untuk 500 orang yang pertama hanya RM35 sahaja, tapi Nad terlepas harga super early bird ni. Banyak sangat fikir dan lambat buat keputusan kan dah melepas. Nad dapat harga yang untuk 500-1,000 orang punya, harga RM45. Masih boleh diterima akal lagi laa. 

Tiba lah hari yang dinantikan sejak sekian lama ni. Kalau nak ikut rasa hati memang excited. Ini merupakan run pertama yang Nad join dengan husband sama-sama. Awal pagi haa, masih bergelap lagi kitorang redah masuk Penang di hujung minggu hahah, demi Sonic Run. Rasanya kalau waktu weekday yang perlu pergi kerja pun tak bangun seawal ni tau ๐Ÿ˜‚  Run ni hanya 5km saja tau. Activity fun run, kalau sampai awal pun takde hadiah menanti.

Sonic Run Penang


Sebelum run ada activity zumba bagai. Tapi kitorang sampai memang ngam-ngam. Sempat stretching badan sikit lepastu terus mula berlari. Penyertaan memang ramai melebihi 1,000 orang. Nad memang dah agak run ni akan mendapat sambutan dan ramai hadir sebab Sonic ni sedia ada famous. Track larian yang kitorang guna tu ada juga bercampur dengan runner dari run lain, iaitu charity run sempena cancer awareness bulan October. 

Waktu run ni kurang seronok sikit laaa. Memang la activity fun run, tapi track agak sempit macam tak sesuai dengan jumlah penyertaan yang dibuka untuk orang awam (melebihi 1,000 orang). Dengar cerita track bertukar sebab track larian asal ada masalah elektrik. Tapi Nad pun tak pasti dengan kesahihan berita ni. Ramai yang berjalan saja, jadi nak menyelit dekat celah-celah pun susah disebabkan kawasan yang sempit. Kawasan pula berbukit, naik turun bukit. Sehinggakan, 5km tu actually 2 round, kiranya lari kawasan yang sama sebanyak 2 round. Ramai yang mengelak, lari satu round terus ambil medal. Termasuk lah Nad sendiri hahaha sorry tak syok nak lari dengan kawasan yang macamtu.

Sonic Run Penang


Sonic Run Penang

Habis activity run ni terus berkumpul dan diadakan activity lucky draw. Jadual terpaksa diawalkan berbanding jadual asal. Mungkin sebab ramai yang habis run awal, jadi crowd memang dah ramai. Nak taknak kena proceed dengan lucky draw. Dan macam biasa lah, kami berdua takde luck ๐Ÿ˜

Apa pun, Nad masih tak serik lagi nak join run. Alhamdulillah masih ada minat di sini. Nad target untuk setiap bulan at least join satu run. Maklum lah, dari segi pemakanan tak pernah nak jaga kan. Harap-harap masih ada sinar untuk menjalani healthy lifestyle dengan join activity larian. 

You Might Also Like

0 comments