Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp yang Gilang-Gemilang

10:23 PTG

Assalamualaikum Hai.


Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp : Glory to Glory. First time datang event ni memang rasa besar dan gilang-gemilang sangat tau. Apatah lagi apabila sambutan ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebanyak 2,000 orang pengedar dari 30 buah negara. Ya, memang satu jumlah yang sangat besar. Selain dari ulang tahun kedua ini, Matxi Corp juga memperkenalkan transformasi Matxi Corp yang dahulu dikenali sebagai Matxi S.G. untuk melangkah ke persada antarabangsa. 

MATXI CORP


Matxi Corp ni merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang memberi fokus kepada latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan dalam menghasilkan jualan, disertakan dengan hala tuju latihan dan alat sokongan yang teratur. Syarikat ini sememangnya telah mencapai banyak pencapaian luar biasa sepanjang lebih dua tahun ia beroperasi.

Selain dari latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang berikut :
✿ Hartanah
✿ Peruncitan bahagian kanak-kanak
✿ Percetakan dan Pembungkusan
✿ Syarikat Penyelenggaraan Acara
✿ Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
✿ Restoran 

"You Deserve A Better Life". Ini merupakan slogan Matxi Corp di mana mereka berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan memberi lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan mereka.



Ucapan dari Pengarah Matxi Corp Vietnam, Cik Nhung. Disusuli dengan Pengarah Matxi Corp Malaysia, Encik Kenny, Pengarah Matxi Corp USA, Cik Jenny, Pengarah Matxi Corp Korea, Cik Luck Kim, dan Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd, Encik Matthew James Morris




Matxi Corp menembusi pasaran antarabangsa. Bertapak di Vietnam, ia kini mula memasuki pasaran Malaysia, dan akan diikuti dengan pasaran Korea dan Amerika Syarikat.




Dari segi R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) pula, Matxi Corp memiliki pusat R&D untuk mengkaji dan meningkatkan kualiti produk ke tahap maksima. Di Vietman, ia merupakan pemilik kilang GMP berpusat di Amata Industrial Park yang mengkhusukan pembuatan produk makanan dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk sebulan.






Di samping itu, Matxi Corp juga menjalankan Yayasan Amal Matxi dan perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan warga tua, iaitu Rumah Ah Nhien. Mereka jugak terus berusaha untuk mencapai matlamat menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dalam tempoh 2019 - 2021

Matxi Malaysia Sdn Bhd
Facebook : Matxi Malaysia
Instagram : @matxicorp

#MATXICorp
#YouDeserveABetterLife

You Might Also Like

7 comments

  1. Wahh kak nad pun pegi ya. Byk jugak eh blogger yg join event ni

    BalasPadam