Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Penginapan Dalam Hospital Pertama di ASEAN, Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

12:08 PTG

Assalamualaikum Hai.

Rumah Ronald McDonald
Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM. Alhamdulillah, happy sangat bila Nad dapat turut serta dalam acara sambutan ini. Sambutan diadakan pada 22 Ogos 2019, bertempat di Rumah Ronald McDonald Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM). Buat pertama kalinya Nad menjejakkan kaki ke sini, setelah ia ditubuhkan pada 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia). Buat yang tidak tahu, Rumah Ronald McDonald merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama ditubuhkan di rantau ASEAN, di mana ia bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu menjalani rawatan di sini.

Rumah Ronald McDonald

Acara dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia, Encik Azmir bin Jaafar.

Selain usaha pihak RHMC Malaysia dalam meringankan beban keluarga pesakit pediatrik, konsep Rumah Ronald McDonald ini juga dapat membolehkan ibu bapa pesakit memberikan sepenuh perhatian dan fokus terhadap pemulihan serta kesihatan anak mereka. Di sini juga, pelbagai kemudahan disediakan untuk keluarga pesakit melalui pelbagai bentuk sumbangan seperti wang tunai, bahan makanan, dan keperluan barangan harian yang secara tidak langsung membantu Rumah Ronald McDonald ini memberikan keselesaan bertaraf terbaik buat pesakit. Sumbangan yang diterima adalah hasil kerjasama pihak RHMC dengan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan, dan pihak individu.

Rumah Ronald McDonald

Seterusnya, ucapan diberi oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.

HCTM-UKM menerima lebih 20,000 orang pesakit pediatrik pada setiap tahun dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara pernah menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Siapa sangka usaha murni ini dapat membantu sebegini ramai nasib pesakit pediatrik dan keluarga mereka.

Rumah Ronald McDonald

Perasmian ulangtahun ke-20 Rumah Ronald McDonald ini dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Menariknya, Tun Siti Hasmah juga turut merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald ini pada 20 tahun yang lalu.

Rumah Ronald McDonald

"Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RHMC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan emua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka" - Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali

Rumah Ronald McDonald


Nad percaya mesti ramai yang taktahu tentang kewujudan rumah penginapan dalam hospital ni kan. Nad pun hanya tahu selepas ia ditubuhkan selama 20 tahun. Kalau korang perasan, bila pergi dekat counter McDonalds kan selalu ada tabung kan, hasil kutipan dari tabungan itu juga lah yang sedikit sebanyak menampung perbelanjaan di Rumah Ronald McDonald ni. Lepasni boleh la ringankan tangan untuk menderma sebab kita dah tahu ke mana wang tersebut disalurkan.

Di peringkat global, sehingga kini terdapat 370 buah rumah Ronald McDonalds dari seuruh pelosok dunia. RHMC memberi tumpuan kepada 4 program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, 'Gift of Smile', dan Pek Kembali ke Sekolah, di mana ia meliputi 3 bidang utama RHMC Malaysia iaitu kesihatan, pendidikan, dan kebajikan.

Tentang Rumah Ronald McDonald:

➊ Bayaran penginapan : RM5 / malam
➋ Bilangan bilik tidur : 19 (boleh memuatkan 19 buah keluarga)
➌ Bilangan katil : 57 katil
➍ Kemudahan lain : Ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, ini gym, dan bilik komputer
➎ Aktiviti yang disambut : Hari keluarga, sambutan hari jadi pesakit, hari perayaan, hari perayaan, kelas kecergasan

Di akhir program, ada juga ibu bapa yang memberi feedback tentang pengalaman mereka sepanjang menginap di rumah ini ketika anak-anak mereka menjalani rawatan di hospital. Kalau anda yang dengar, memnag terpancar betapa mereka bersyukur dalam menempatkan anak masing-masing di hospital yang serba-serbi selesa umpama sebuah hotel. Nad boleh rasakan betapa mereka bersyukur dengan kewujudan Rumah Ronald McDonald ni.

Rumah Ronald McDonald


Dan Alhamdulillah, RHMC Malaysia juga telah merasmikan sebuah lagi pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan bagi meringankan beban pesakit dan keluarga di bahagian Pantai Timur.

Kalau ada yang berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan , boleh hubungi nombor-nombor di bawah ya:
- Cawangan Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM (03-9173 5994)
- Ibu pejabat RHMC Malaysia (03-7843 3388)

Rumah Ronald McDonald


You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah, sungguh murni pihak yang terlibat dalam menubuhkan rumah homestay untuk family pesakit menginap. Harga pun murah semalaman. Good job!

    BalasPadam
  2. inisiatif yang bagus. harga penginapan semalaman pun murah

    BalasPadam