Resepi : Serawa Durian Yang Paling Simple (4 bahan)
12:12 PTG
Resepi Serawa Durian. Kisahnya begini..... hahaha mesti kena ada kisah kan. Haritu waktu nak berpindah ke Kulim, kitorang ada lalu dekat Ipoh. Lepastu tengok ada banyak orang jual durian, terus husband turun beli 3 biji. Sebiji tu sempat la kami berdua makan sebab banyak sangat isi dia. Lagi 2 biji memang dah tak larat. Haha tamak lagi kan, duduk berdua je tapi durian nak beli banyak-banyak.
Boleh pulak husband kita ni request nak makan serawa durian. Ni first makanan yang dia request buat after kawin tau. Actually, Nad tak pernah pun buat serawa durian ni sepanjang hidup Nad. Terus google baca resepi banyak-banyak cara mana paling simple nak buat. Ni first time Nad buat tapi memang menjadi, Alhamdulillah.
- Durian beberapa ulas
- Santan kotak size kecik
- Gula merah / Gula kasar
- Garam
Yes guys, 4 bahan ni je untuk buat serawa durian. Durian tu boleh pakai ikut lah berapa ulas yang korang nak buat. Gula ni ramai yang pakai gula merah. Takde masalah pun Nad rasa nak guna gula merah atau gula kasar. Cuma kalau guna gula merah colour dia menarik sikit lah, tak pucat. Tapi dalam resepi ni, Nad guna gula kasar aje. Sukatan santan pula boleh letak mengikut kesesuaian. Sukatan air pun ikut pada selera masing-masing suka serawa durian yang pekat atau cair. Korang boleh je adjust ikut selera masing-masing. Itu lah yang senang buat serawa durian ni.
Cara-cara buat Serawa Durian
- Masukkan air dan tunggu hingga sedikit menggelegak.
- Campurkan durian ke dalam air. Kacau sebentar.
- Masukkan gula. Kacau hingga gula larut bersama durian.
- Masukkan santan. Kacau hingga sebati.
- Tunggu hingga menggelegak sedikit, dan siap!
Panaskan air dahulu
Masukkan durian
Masukkan santan
Kacau hingga menggelegak sedikit
Done!
Sejujurnya memang mudah sangat nak buat serawa durian ni. Semua main agak-agak jer. Sebab tu dulu Nad malas nak belajar sebab tak suka yang main agak-agak ni. Tapi kali ni memang menjadi. Terus kejut husband bangun tidur suruh dia rasa. First impression "Sedap! Sama macam abah buat." Woi, siapa tak happy kalau husband puji kita buat sama dengan ayah dia ❤ Kebetulan pulak husband nak gerak pergi kerja, dia suruh buat je lagi habiskan durian semua sekali hahaha. Terus Nad buat banyak-banyak penuhkan bekas untuk husband bagi budak-budak kerja.
Satu bekas ni haa husband bawak bagi orang. Kalau buat cair sikit boleh full sebekas tu.
Bukti diorang kata sedap! Ahaha. Semua kena bukti sekarang ni :p
Luckily, diorang pun cakap serawa duiran sedap! Siap tak cukup lagi katanya. Alhamdulillah. Kalau korang nak try, boleh la cuba resepi paling mudah ni. Serious mudah gila. Asalkan ada buah durian, kira dah boleh buat lah serawa durian ni. Yang lain tu main agak-agak jerr. Till then!
31 comments
Resepi simple sangat. tapitu la kena rajin nak masak hehe cicah roti sedapnyaaa kak nad..
BalasPadamserawa durian dengan roti, fuhhhh memang syurga dunia lah. hahaha
BalasPadamSimplenya cara nak buat Serawa Duriannnn! Kita selalu makan bila orang Kelantan buat hahaha sebab Kelantanese pandai masak kan. Hehehe.
BalasPadamLepas ni nak try buat sendiri kot alang2 dah musim durian ni. Tak kan nak buat tempoyak aje mesti la nak try yg lain~ eee~ bestnya makan sejuk2 Nadddd!
wow. mudahnyer. aida pun x pernah buat sendiri tau.
BalasPadambaru kelmarin, kat umah mak, mak buat bubur kacang durian.
aduhai, sedap nyer lah...
cicah dgn roti, kan. or makan bubur kacang durian tu sesejuk.
wow!!! terkenang-kenang ni.
aida amik resepi ye. tq for sharing.
lapar pula tengok serawa durian ni. Senang ja kan nak buat.
BalasPadamwahhh mudahnya.. 4 bahan sahaja.. husband suka sangat dengan durian. I should try this.. he must love it! thank you share the idea
BalasPadamoh my god! serawa durian? durian? oh tidak! saya tak makan durian. maka dengan itu saya tidak mampu untuk scroll apatah lagi merenung lama lama gambar gambar kat atas ni. haha! maafkan saya.
BalasPadamcicah roti sedao nihh!♥
BalasPadamsedapnya serawa..musim durian ni..semalam pun buat serawa jugak. resepi sama..kadang kalau tak cukup gula melaka..tambah juga gula putih sedikit..hihi..kami makan serawa dengan pulut..
BalasPadamwow! sedapnyaa, balik ni nak cuba lah hehehe.! perkongsian menarik, selalu kita buat serawa mesti tak jadi.
BalasPadamsamalah cara kita , tapi saya suka tambah tepung sikit ...ada kawan buat letak susu cair tapi saya lebih suka santan ...dapnyaaa lahai makan ngan roti
BalasPadamBerlemak tu. Mesti sedap kannn.. Kalau saya pun suka makan cicah dengan roti.. Sedapnyaa
BalasPadamFavorite ni dari kecik sampai la kecik ni. Dulu panggil kuah durian, atau pengat durian je. Tak pernah panggil serawa durian pulak 😅
BalasPadamNasib baik la Rawlins bukan penggemar durian.
BalasPadamTapi boleh share dengan adik Rawlins yang gila durian - biar dia try your recipe and lihat hasilnya kelak
nak cuba jugak lah. macam sedap je. thankyou tau kongsi resepi ni.
BalasPadamsis pun baru lepas makan serawa durian ni haa... dulu2 x reti nk buat asyik kena suruh mak je tolong.. lepas dh tau resepi la mudah sgt rupanya.. skrg nk makan senang dh la,... best kan.. sedapp
BalasPadamI love Serawa Durian, will be my top pick especially during the Ramadan Dinner Buffet… recipe looks easy, will gonna try to do it myself
BalasPadamsimple je resipi ni thank you for sharing the recipe sis
BalasPadamWah bestnya siap ada yang compliment lagi. Bolehlah try ni. Thanks share resepi. I memang suka makan serawa durian ni. Sekali hadap tak ingat orang lain dah.
BalasPadamHaa serawa. Selalu Tqa panggil kuah durian je sebab lupa nama.
BalasPadamTqa yang sejenis tak makan buah durian even cake, ice cream or mochi or apa-apalah yang ada durian tapi kalau serawa, satu periuk pun tak cukup. Mesti makan dengan roti or roti canai. Terbaik!
BalasPadamشركة تسليك مجارى ببقيق
شركة عزل اسطح بصفوى
i don't remember when was the last time i ate one
BalasPadamkalo kat teganu mkn ngn pulut..
BalasPadamjd la pulut durian.. hihi
fuh power kak nad, sekali buat terus jadi tu!
BalasPadamsedapnya..terliur pula
BalasPadamWah tk pernah tau yang nk buat serawa durian ni senang je. Rupanya tmbh santan je dh cukup. Hehe. Boleh la try buat nnti bila pantang dah habis. Dah terasa rasa nk makan durian ni. Hehe
BalasPadam
BalasPadamافضل الخدمات المنزلية بمدينة الجبيل 0551844053 تنظيف الفلل والبيوت وتسليك المجارى وخدمات التنظيف
بالكامل من شقق وفلل وسجاد وخزانات ومكافحة الحشرات ومكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة مكافحة الحمام بالجبيل والقطيف
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل
BalasPadamشركة تنظيف منازل بصفوى
شركة عزل اسطح بسيهات
aduhhh kita dah la tengah craving serawa durian niii
BalasPadamsedapnyaa lahai makan dengan rotiii.
Fav ni, sedaaaap kan makan dengan roti tak pun pulut.
BalasPadamsedapnya !! yang ni takan tolak kalo orang sua. panas2 cicah roti time hujan2 petang2 gini peergh..
BalasPadam