Solemnization of Nadratul and Izzat

7:35 PG

Assalamualaikum Hai.

Majlis pernikahan Melayu

Solemnization of Nadratul X Izzat. Hehe yay. Finally it comes to my love story. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je bertunang 3 November haritu, ni dah selamat bernikah dah. Bercinta dari zaman belajar, tak sangka jugak ending dia berakhir dengan perkahwinan. Maklumlah, dulu kan banyak zaman cinta monyet je. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan dan family Nad pun sangat membantu. Lama jugak lah masa yang Nad ambil untuk update cerita ni. Bila nak menaip rasa lost pulak, taktau nak mulakan dari mana hahah. 

Kita mulakan dari awal okay. Nad pilih hari Sabtu, 22 June 2019 jam 3pm untuk hari pernikahan ni. Awalnya nak buat jam 2pm, tapi rasa terlalu rapat gap dengan waktu Zohor, nanti kelam-kabut pula persiapan. Pukul 3pm rasa macam just nice kan. Tapi, Nad start make up dari pukul 12pm lagi tau hahah punya lama nak tadah muka tu. Entry ni Nad akan cerita perjalanan majlis, dekat mana Nad ambil semua service yang Nad guna termasuk feedback dan harga ye.

Make up

Majlis pernikahan Melayu

Untuk make up hari pernikahan, Nad pilih MUA kak @suharamohdkhalid . Kira memang Nad serahkan 100% kepercayaan untuk kak Suhara buat lah style macam mana pun kat muka Nad ikut kesesuaian. Kesesuaian tu maksudnya kak Suhara pandai lah untuk bagi tone kulit cantik. Sebab Nad nikah pakai tudung putih, so kak Suhara cerahkan sikit shade muka supaya muka Nad tak nampak terlalu gelap. But at the same time, kena match kan juga dengan kulit tangan Nad. At least waktu ambil gambar nanti takde lah nampak macam kulit muka cerah tapi tangan gelap. Haa nampak senang tapi bukan mudah yee.

Lepastu pulak, mata Nad ni kan agak sepet. Kak Suhara sendiri kata challenging jugak nak pakaikan eye shadow. Sebab dah pakai banyak lapis tapi bila bukak mata tak nampak sangat eye shadow. Tapi ending dia fuh cantik! ๐Ÿ˜ Rasa power je. Kalau orang tengok hasil rasa macam MUA takde hadapi masalah nak hadap mata sepet ni hahah. Even colour lipstick pun Nad takde request, memang serahkan bulat-bulat dekat MUA. Service make up kak Suhara ni untuk nikah saja RM 300.

Baju Nikah


Majlis pernikahan Melayu

Majlis pernikahan Melayu

Baju nikah ni pun banyak issue jugak masa mula-mula. Sebab Nad banyak tengok online dari Instagram je. Tapi memang tak confident kalau nak terus beli tanpa cuba pakai dulu baju tu. Dah la butik semua rasa macam jauh belaka. So Nad pun give up dan decide baju nikah nak beli dekat GM Klang je.

Pusing punya pusing, jumpa lah satu kedai ni. Nad punya criteria baju senang je. Nad nak yang corak dia simple-simple je dan kain dia meleret ๐Ÿ˜‚ Finally jumpa lah kat satu kedai ni. To be honest, not the best choice i made. Biasa-biasa je tapi ok la, harga RM 280. Walaupun Nad nak simple je, tapi rasa macam baju tu terlalu over simple, so Nad request untuk dia tambah diamond dekat baju, charge RM 30. Overall, baju nikah ni cost RM 310. Nad tambah lagi RM 100 untuk baju nikah lelaki sekali.

Pelamin


Majlis pernikahan Melayu


Haa pelamin ni pulak Nad amik 2 pelamin dekat @weddingbyfiqaabu . Satu pelamin luar bawah khemah untuk majlis sanding, dan satu khemah mini untuk nikah. Total up harga RM 2,000. Disebabkan amik dua pelamin, dapat lah discount untuk pelamin mini ni. Kiranya pelamin luar RM 1,500 + pelamin mini RM 500. Gituu. Kalau amik hanya pelamin mini ni saja mahal la sebenarnya. Korang faham kan?

Cumanya, kebetulan waktu pasang pelamin ni pekerja dia tersilap pasang. Pelamin mini sepatutnya hanya 10 ft je, ini dah macam 20 ft pun ada hahah. Sebab ruang tamu rumah Nad agak lebar, dia pasang je sepanjang-panjang ruang tamu tu. Disebabkan dah siap pasang baru perasan tersilap, diorang pun halalkan jela. Kira rezeki Nad la hehe. Korang jangan expect plak pelamin mini selebar ini ye. Tapi memang Nad puas hati dengan pelamin dia. Nampak bersih dan kemas. Pelamin luar dalam lawa!

Majlis pernikahan Melayu

Bila nak berkahwin ni, banyak tau issue-issue kecil yang terjadi bila nak nikah ni. Even sekecil-kecil  benda macam contoh nak susun carpet design macam mana, hantaran belah lelaki perempuan nak letak belah mana, semua tu tiba-tiba boleh jadi issue penting. Kalau boleh memang kita nak set up yang terbaik kan. Tapi semuanya perlukan perancangan yang hebat dan teliti barulah dapat set up dengan baik, Alhamdulillah.

Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu

Tengok lah tu, dia punya happy gelak ketawa bukan main ye


Majlis pernikahan Melayu

Ok then, tiba lah waktu nak bernikah, nasib baik pihak lelaki datang sharp pukul 3pm. Tok imam pun jenis sporting dok melawak je. Takde pun tanya-tanya soalan serious dan perlukan kita berfikir. Sebab dia tahu pihak lelaki dah tengah nervous, kang kalau tanya macam-macam habis kelaut dah pemikiran dia kejap lagi. Actually, tok imam ni kawan lepak minum ayah and dia memang sporting habis lah.

Majlis pernikahan Melayu

Terdiam 10 saat ❤

Detik nak nikah ni yang paling kelakar hahahahha. Tok imam dah sebut habis la ayat dia. Tunggu part Ijat, dia boleh buat senyap dalam 10 saat hahahhaha. Lama tuuu 10 saat terdiam. Kumpul kekuatan kot. Lepastu baru mampu nak ucapkan akad ๐Ÿ˜‚ Nervous sangat agaknya, tapi serious kelakar.

SAH!!!

Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu

Sesi penyerahan duit mas kahwin, duit hantaran, dan gelang tangan

Barang-barang hantaran yang lain tu Nad takpayah tunjuk lah ye. Hantaran ni ikut taste masing-masing aje. Macam kitorang, barang hantaran beli sendiri-sendiri lepastu tukar. Senang. Guna duit masing-masing dan beli barang favourite masing-masing. Takyah nak gaduh hahah. 


Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu

Tapi Alhamdulillah dah selesai semuanya. Dia lega, Nad lega, kedua-dua belah family pun lega. Tak sangka kawin jugak kita pada umur 25 tahun ni ehh. Harap-harap lepas dah jadi isteri orang ni jadi lah lebih matang dan dapat lebih berubah ke arah kebaikan. Eee tak sangka lah dah ada the real partner in crime. Rasa macam ada banyakkk activity nak buat bersama lepasni untuk eratkan lagi hubungan.

Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu

My family ❤


Majlis pernikahan Melayu


Majlis pernikahan Melayu

My family in law ❤


Majlis pernikahan Melayu

Inai putih from @asyiqinmohd . Inai putih ni harga RM80. Lepastu Nad ada tambah diamond-diamond bagi lawa tambah lagi RM 15. So harga inai putih adalah RM 95

Akhir sekali sebelum terlupa, photographer Nad ambil dengan @artsy.n.co, manakala videographer pula dari @faridismproduction . Both ni pun Nad boleh kata memang puas hati! Kalau korang tengok semua gaya bergambar, semua tu adalah 100% idea photographer sendiri. Bila majlis kita, bila dah atas pelamin dah tak sempat nak fikir gaya cemana ke apa. Photographer yang creative dan membantu sangat diperlukan okay waktu ni. Service diorang pun bagus cepat. Dalam masa seminggu, Nad dah dapat edited photo from photographer. Dalam masa 3 minggu pulak, videographer dah panggil datang studio untuk finalised video diorang okay ke tidak. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, dan Nad memang puas hati! ๐Ÿ˜

You Might Also Like

47 comments

  1. Tahniah nad! Semoga kekal hingga ke jannah hehe :)

    BalasPadam
  2. Wah! Tahniah! Seronok bila jadi pengantin. Semua orang tumpu dkt kita je. Tetiba teringat majlis sendiri 6thn lps. Heheh menarik perkongsian nad ntk persediaan majlis. Cantik sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you cx! Memang seronok tapi penat masya Allah hahah.

      Padam
  3. waa congrats yeaa! cantikk jee nampak makeup look tuu, tak over but berseri je sesuai unt event nikah cmni..bju dan pelamin pon cantik, suka tgk nmpk chill2 jee hehe cantikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Qeela :) Hehe Alahmdulillah, Nad pun memang suka make up tu <3

      Padam
  4. wahhhhh, congratssss.. semoga berbahagia sehingga anak cucu.. hihiii

    BalasPadam
  5. ya allah serious cantik nya kak naddddd! bersei-seri je muka akakk huwaaaaa :')
    pelamin tu pun cantik gilaaaaaa, serious cantik! baju nikah akak pun lawa! nampak simple tapi xadalah simple sgt sbb mmg nice! congrats kakkkk! i'm happy for you. semoga bahagia selalu kakkkkk ♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Tashira! :D Heheh time tu jela nak berseri pun hahah. Alhamdulillah, Ameen. Tq tq hehe.

      Padam
  6. Wahhh... Alhamdulillah, tahniah! Sukanya konsep pernikahan macam ni. Nampak simple tapi bermakna. Btw lawanya gambar-gambar! Dan inai putih tu rare! Hihi. Apapun semoga hubungan korang kekal sampai ke Jannah, dipermudahkan segala kesulitan dan berbahagia ke anak cucu. Amin... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Hasif :) Haah memang plan nak buat simple-simple aje. In shaa Allah harap berkekalan hingga ke akhirnya lah.

      Padam
  7. Congratulations, Nad!

    ุจَุงุฑَูƒَ ุงู„ู„ู‡ُ ู„َูƒَ ูˆَุจَุงุฑَูƒَ ุนَู„َูŠْูƒَ ูˆَุฌَู…َุนَ ุจَูŠْู†َูƒُู…َุง ูِูŠ ุฎَูŠْุฑٍ

    Semoga yg terbaik buat nad & pasangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kak Julia :) Ameen, doakan yang baik-baik ya.

      Padam
  8. Wahh. Taniah nad dan pasangan. Cantik sangat masa majlis tu. Pelamin awak pun cantik! Semoga bahagia hingga ke jannah. Lepas ni kena jadi isteri misthali tau. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Iza :) Hehe Alhamdulillah. In shaa Allah Nad cuba nak jadi isteri mithali, bukan mudah tu :p

      Padam
  9. Ya Allah semuaaa lah cantik! Suka tengok pelamin tu, loveeeee sangat! Congrats tau Nad, semoga bahagia dengan suami sampai bila bila :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kak Nani :) Hehe Alhamdulillah, Ameen in shaa Allah kak Nani. Moga nya bahagia selalu lah.

      Padam
  10. Cantiknya awak!!!! Tahniah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  11. Kunjungan perdana.. salam kenal..
    Foto nya cantik2..

    sakinah mawadah warahmah.. :)

    BalasPadam
  12. Selamat Pengantin Baru. Nampak sangat anggun kedua mempelai dengan persalinan putih tu, wajah pun sangat berseri-seri.
    Semoga berbahagia hingga keJannnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mat Drat :) Hehe Alhamdulillah, Ameen.

      Padam
  13. Wah Tahniah dan selamat pengantin baru ya. semoga berbahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Mawardi :) Ameen, harapnya sampai ke syurga lah.

      Padam
  14. Tahniah nad. Tapi serious bila dah kat atas pelamin tu memang kita tak sempatnya nak fikir untuk posing macam mana. So photographer la kena mainkan peranan bantu kita macam mana nak posing kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Emi :) Kannn, time tu memang berharap arahan dari photographer jee.

      Padam
  15. Rawlins kagum dengan kualiti photography nie. Memang nampak cantik, kemas dan paling best nampak authentic yakni tak pretend.

    Tahniah ye buat keduanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Rawlins :) Alhamdulillah, Nad pun memnag bersyukur sangat dapat photographer yang bagus ni.

      Padam
  16. Taniah Nad dan selamat tempuhi alam perkahwinan. Enjoy masa berdua ni selagi boleh. Nanti dah ada anak sibuk dengan anak je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Mira :) Hehe in shaa Allah. Tapi tu la, busy dengan kerja masing-masing jee. Kalau dah ada anak nanti lagi busy.

      Padam
  17. wah. selamat pengantin baru, Nad.
    moga kekal hingga ke jannah. dikurniakan dgn anak2 yg soleh dan solehah ye.
    sgt indah semuanya. pelamin, baju, inai, suasana...
    dari gambar tu, aduhai, terasa sgt gembira. tahniah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Aida :) Ameen, in shaa Allah hingga ke Jannah.

      Padam
  18. wow cantiknya majlis kahwin nad! Congrats sebab dah mula chapter baru & berjaya siapkan semua urusan which turns out great! Suka tengok inai dengan baju nikah nad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Farhana :) Alhamdulillah, lega dah settle semua urusan.

      Padam
  19. Congratulations Nad! Moga bahagia hingga ke syurga <3

    BalasPadam
  20. Congratulation for another chapter of your life!

    BalasPadam
  21. Wah.. Tahniah Nad dah jd isteti org dan kak doakan moga bahgia

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah.. Tahniah dan selamat pengantin baru Nad. Semoga ALLAH merahmati perkahwinan Nad.. :D

    BalasPadam
  23. Dah lama tak blogwalking sini. Dah kawin dah rupanya. Selamat Pengantin Baru Nad! ^^

    BalasPadam
  24. Tahniah nad. Untung betul semua nya berjalan lancar. Gambar pun cantik. Tahniah sekali lagi

    BalasPadam