Resepi : Popia Carbonara Cheese Sedap

4:21 PTG

Asslamualaikum Hai.

Popia Carbonara Cheese

Resepi Popia Carbonara Cheese. Planning asal sebenarnya nak buat popia nestum dari dulu lagi. So, bahan-bahan nak buat popia nestum pun memang dah ada; specifically kulit popia tu. Tapi asyik tertangguh sampai lama-lama dah tak rasa nak buat pun. Adik Nad pulak kebetulan teringin sangat popia carbonara cheese ni. Dah berhari-hari asyik sebut benda yang sama je. Hahaha mula-mula memang malas la nak layan kan. Tapi lama-lama kita layan jelah, kesian pulak. Lagipun Nad ada pengalaman juga buat popia carbonara ni waktu kerja part time dekat cafe dulu. Jadinya, takde masalah pun kalau nak tolong.

Macam biasa, pastinya Nad akan share resepi yang mudah-mudah je. Kalau susah, Nad sendiri tak reti dan taknak buat. Sos carbonara pun Nad guna yang instant carbonara jenama Prego je, bukan sos carbonara buatan sendiri.

Untuk resepi ni, terpulang sebenarnya korang nak buat popia carbonara saja atau popia carbonara cheese. Ikut kesukaan korang lah kan. Tapi kalau Nad sendiri, mestilah nak yang ada cheese hehehe barulah rasa dia tu extra sikit. Kita mulakan dengan bahan-bahan yang perlu ada untuk popia carbonara cheese.

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Bahan-bahan :

  • Kulit popia
  • 1 tin sos Prego carbonara (295 g)
  • Ayam / daging cincang
  • Setengah ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Serbuk lada hitam sedukupnya
  • 2 keping cheddar cheese
  • Lobak merah (optional)
  • Tepung gandum + Air


Cara-cara :


  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan 1 tin sos carbonara dan kacau. 
  4. Masukkan serbuk lada hitam secukupnya dan cheddar cheese. Kacau hingga sebati. 
  5. Sediakan kulit popia. Gulungkan inti ke dalam kulit popia secukupnya. Kalau korang nak letak lobak merah, masukkan time ni.
  6. Sapukan tepung yang dicampur dengan air di penghujung kulit popia.
  7. Goreng sehingga kekuningan.

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara Cheese

Siap!

Haa dah siap! Senang je kan nak buat popia carbonara cheese ni. Bahan-bahan pun simple. Cara nak buat pun mudah, kos pun rendah. The best part it, kalau waktu rajin korang boleh laa buat popia ni banyak-banyak. Lepastu simpan dalam fridge, frozen kan dia. Bila-bila waktu petang tinggal goreng je. Tak perlu susah-payah dah baru nak buat carbonara ke, baru nak gulung kee. Senang kan. 

Kat bawah ni Nad sertakan sikit extra tips untuk buat popia carbonara cheese ni. Well, extra tips mestilah sebab Nad dah pernah buat kesilapan sama kan hehe.

*Extra tips*
  1. Tak perlu letak garam sebab sos Prego carbonara pun dah cukup rasa.
  2. Jangan letak terlalu banyak inti dalam kulit popia. Nanti waktu nak goreng boleh terburai.

You Might Also Like

50 comments

  1. Sedapnya...ini la yang Dania duk berzikir kat mama dai suruh buat ni...lepas ni boleh la akak buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha Dania request kat akak ke? Boleh la try buat kak, memang senang jer.

      Padam
  2. senangnyaaaaa! tapi tak suka mkn popia HAHAHA ntah kenapa kalau tgk popia je tak kisahlah apa2 inti dlm tu mesti xlalu sgt nak makan. tapi nak try lah yg ni. mana tahu sedap jugak kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa apa ni tak makan popia Tashira. Cuba try buat, mana tahu kalau popia buatan sendiri laju je makan eheh.

      Padam
  3. teringin nak cuba.. boleh lah try nanti.. hihiii

    BalasPadam
  4. sedap plak menengoknya..selalunya buat popia sayur je..nampak prego tiba2 rasa nak buat spagetti la plak esok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh Nad tak makan sayur, tu yang tak tambah apape sayur. Cuba lepasni try buat popia carbonara eheh.

      Padam
  5. Nampak menyelerakan . Insha ALLAH , Naim akan mencuba selepas ini. Bahan2 semua senang di dapati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang dan sedap Naim. Rare ni kalau lelaki try buat hehe.

      Padam
  6. Aida bookmark ni! Suka. Sedap!
    Kalau beli, x puas makan, Nad. Kudapan panas2. Sarapan boleh. Minum ptg lagi la best kan.
    Tq fOr sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yay! Thank you Aida :D Nanti boleh la try buat ehh. Tula sesuai je untuk breakfast atau tea time.

      Padam
  7. Resepi mudah dan sedap...boleh buat sejuk beku nanti...
    https://abamkoriee.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul abam. Popia ni sesuai jugak nak frozen kan.

      Padam
  8. Senang je buat Popia Carbonara Cheese ni rupanya... Nampak hasil nya sangat menyelerakan dan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senanggg! Kalau susah Nad sendiri pun tak buat ehehe. Sedap pulak tu!

      Padam
  9. Nampak sedap la popia ni. Mudah ja rupanya. Boleh la nanti syira cuba buat dan frozenkan. Nak makan goreng ja nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Syiera :) Boleh la try buat kat rumah nanti. Frozen kan je senang.

      Padam
  10. Wow... x pernah rasa dan x pernah terfikir resepi macam ni. Confirm sedap ni tengok gambar pun dah tau. Nanti nak test

    BalasPadam
  11. kena save resepi ni, nampak sedap bila dah siap goreng. selalu orang makan spagheti je ni enovasi baru popia pulak. lagi sedap makan panas-panas dengan teh o kan. yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu BBL, kena save tau! Hahah memang sedap ui kalau buat minum petang ni :D

      Padam
  12. Eh, sedap jugak kan popia inti carbonara ni. Tak terpikir plak nak buat. Kebetulan kulit popia ada lagi ni. Boleh la buat nanti. Tq Nad sebab sudi bagi idea ni. Boleh ubah selera sikit kan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Punca utama Nad buat sebab ada kulit popia tula. Kakbee pun try lah buat nanti. Memang sedap uii.

      Padam
  13. Thanks share resepi. Anak-anak marsha suka ni. Jadi wiken ni boleh lah cari bahan dan buat sama-sama. Tak sabar nak tunggu wiken ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, buat sama-sama dengan anak lagi besttt. Nad buat sendiri je huhu. Try buat weekend ni kak :)

      Padam
  14. Thanks kongsi resepi ni. Tak pernah try buat lagi..makan pun tak pernah. So rasa nak try la buat hujung minggu nanti. Family memang suka makan popia masa minum petang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa boleh try. Tak banyak lagi kedai yang jual popia carbonara ni..

      Padam
  15. Tak terfikir pun boleh masuk Carbonara ni dalam popiah dan goreng hehehehe nampak sedap dan menyelerakan nak cuba lah nanti hurmmmm best senang nak buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehhh chef Maha! Kalau Maha yang buat confirm sedap! Heheh.

      Padam
  16. Anak-anak kak liez memang suka popia carbonara ni. Ala tak yah susah2 nak buat carbonara sos tu, beli prego pun dah sedap tau.. tapi kak liez tak masak sekali dgn cheese. Kak liez potong cheese detak dalam setiap cheese sebelum hungkus popiah tu.. so bila goreng cheese still melt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah ada jugak yang buat cara tu kak Liez. Kalau pemurah boleh buat gaya tu ekeke. Nad campur je sekali dalam carbonara jimat cheese :p

      Padam
  17. Pernah tgk org view hidangan ni. Tapi x pernah try. Nampak sedap giler hehehhe. Nanti nak cuba buat utk famili la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Kak Ayu try lah buat untuk family nanti hehe.

      Padam
  18. Nad, nur nk tanya. Inti popia tu kan kuah carbonara, kulit popia jadi bocor tak? Atau kuah carbonara tu kene masak sampai betul2 pekat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pekat pun, tapi tak cair. Kepekatan tu sama macam yang gambar Nad letak cheese tu. Dia tak cair. Kulit popia pun tak bocor, kalau bocor tu sebab letak carbonara banyak sangat hehe.

      Padam
  19. Senang je buat ni rupanya, ingakan leceh, tu sebab malas nak buat. Nak try buat jugklah macam ni, harap anak suka lah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang! Boleh la buat lepasni balik Maliq makan heheh.

      Padam
  20. Tak pernah rasa lagi popia cabonara ni. Nampak cam sedap je. Bolehlah nanti sis cuba, sesekali nak kan kelainan tak salah kan, janji sodapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun kak Hanny :D Boleh lah nanti akak try buat hehe.

      Padam
  21. satu lagi resepi mudah wajib cuba nih , nampak best kalau dapat makan petang2 bawah pokok dengan secawan kopi o panas atau teh o panas....yumm yummm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah betul tu Saidila. Aduhh, sedapnya baca teh o panas malam-malam ni.

      Padam
  22. mudah sahaja rupanya. memang dah lama nak cuba dan nampak hari tu ada kedai ni jual tau popia carbonara. nak juga rasa tapi asyik tak dpat nak ke sana. bolehlah cuba dan buat sendiri je kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah Emme :) Buat sendiri pun boleh ni, lagi puas rasanya.

      Padam
  23. Suka!!! B4 this tak pernah buat..beli yang frozen je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe boleh la try buat sendiri Munirah. Senang je :)

      Padam
  24. Popia cheese carbonara ni memang sedap kan. Makan tak cukup. Hari hari makan pun rasa tak puas. Hehe
    Akk dok buat ni juga. Buat jual dalam kawasan kem tempat tinggal. Seronok buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang sedap sangat. Senang pulak tu lagi-lagi kalau dah buat frozen siap-siap..

      Padam