Menang RM208 Althea Credit | Shopping di Althea July 2019

12:51 PTG

Assalamualaikum Hi.

Yayyy. Baca tajuk je pun dah boleh rasa happy kan. Well, siapa je yang tak happy menang contest oi. So bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang lepas, Althea ada menganjurkan contest : Althea Eid Contest. Contest ni kalau nak diikutkan memang quite simple. Hanya perlu nyatakan di ruangan comment, A'bloom mask manakah yang menjadi favourite korang. Kebetulan Nad memang dah pernah pakai keempat-empat jenis mask tu, so boleh la pilih yang mana satu favourite Nad. Kalau nak tengok list penuh pemenang boleh tengok dekat blog Althea.


Happy tak terkata bila Nad diumumkan sebagai salah seorang pemenang utama yang mendapat hadiah 50USD Althea Reward Points. 50USD ni bila convert bersamaan dengan RM208! Nad pun boleh dikatakan sudah agak lama tak shopping di Althea. Selalu masuk dekat website Althea pun hanya mampu 'add to cart' je, cuci-cuci mata orang kata hehe ๐Ÿ˜œ Nak tunggu kita checkout tu memang fikir banyak kali. Geram je bila tengok Althea selalu update products baru yang best-best. Membuak-buak perasaan nak membeli ni. So, untuk memilih produk yang keseluruhannya bernilai RM208 ni memang mudah sangat la bagi Nad sebab dah banyak wishlist yang ada dalam kepala.


KOELF Ruby & Bulgarian Rose Eye Patch | 60 pcs | RM 40

Teringin sangat nak beli eye patch ni waktu mula-mula nampak instafamous @cilibling pakai before start make up. Lepastu tengok ramai kawan blogger pun dah start review product ni. Baca review dekat website pulak, tak jumpa negative feedback ui. Semua memang nak puji je product ni. Fuh, makin teringin la kita nak beli kan. Bukan apa, rasa macam lagi fresh kalau pakai eye patch - make up - remove eye patch. Lagipun kalau beli sebekas macamni lebih jimat, ada 60 pcs. Berbanding beli yang di packing secara satu-satu tu, sepasang je dah RM4-5. Lagipun, eye patch ni pakai sekali je lepastu terus buang. Tapi itulah, Nad ni boleh tahan jugak bersiap last minute tu. Entah sempat ke tak nak tepek eye patch ni hahaha.



Heimish All Clean Balm | 120 ml | RM 70

Ini pun dah lama ada dalam wishlist eheheh. Haritu Nad beli Kayman coal face soap dekat Shopee, ada dapat freegift Heimish All Clean Balm ni yang tester punya. Ala kecik comel je dia dalam 4g macamtu, setakat nak cuba try dalam 2-3 kali pakai boleh la. Memang saja beli dekat seller tu sebab nak try balm ni. Sekali dah try memang best lah, amaze dengan texture dia. First time try make up remover yang jenis balm and memang Nad suka! Finally dapat beli yang besar punya.


Elizavecca Skin Liar Primer | 30 ml | RM 30

Product yang ni actually Nad tak pernah dengar pun brand dia. Cuma kebetulan Nad memang tengah mencari primer ni, dan nak habiskan baki points yang ada. Kiranya kalau tak ada pun takpe la. Sebab daily make up tak pernah pulak Nad nak pakai primer ni sekali kan. Lepastu tengok semua primer yang available dekat Althea, Nad tertarik dengan product yang ni. Baca review dekat website tu macam nice. Harga pun berpatutan. So Nad saja lah nak try. Lagipun korang tengok lah packaging dia tu, comel gila packaging tema game ๐Ÿ˜ฉ


Etude House My Lash Serum | 9 g | RM 20

Yang ni pun kira product dalam category mengada-ngada lah saja nak cuba try je heheh. Yela bulu mata kita pendek, halus-halus pulaktu kan. Dah la mata sepet, rasa macam ada takde je bulu mata ni hahaha. Memang sesuai sangatlah pakai serum camni, patutnya dari zaman muda-mudi dulu nak kena pakai dah. Senang at least dah tua ni bulu mata dah panjang hahah. Dah lama jugak Nad teringin nak beli tapi selama ni usha dekat Instagram je. Tak sure kira trusted ke tak, lebih mahal pulak tu. Jumpa pulak brand Etude House and harga murah, terus lah kita masuk cart laju-laju.


Highlighter Brush | RM 20
Base Shadow Brush | RM 18
Blending Shadow Brush | RM 8

Brushes ni pun saja-saja je beli. Untuk tambah collections kan. Biasalah jadi perempuan ni, lagi banyak brush yang kita ada, lagi banyak options kita ada time nak make up tu. Boleh pilih-pilih je hehe. Tapi kalau tak reti nak guna tak function jugak kan hahah.

Okay! Overall, semua yang Nad beli ni berharga RM206. Fuh hebst tak sis, kurang RM2 je. So Nad tak perlu tambah duit apape. Yayyy. Thank you so much Althea! ♥️ In shaa Allah Nad akan cuba buat review untuk semua produk ni. Nad sendiri pun memang tak sabar lah nak try produk-produk ni. Lagi-lagi yang memang dah lama ada dalam wishlist Nad. Excited! Cuma sekarang masih dalam mood berpindah randah ikut husband kerja, susah nak angkut banyak sangat barang. Nad ni dah la pelupa, kang duk bawak sana sini, hilang pun tak perasan. Kalau minggu depan dah settle down ada dekat rumah je senang sikit nak review ni kan.

Kalau rajin korang follow lah juga Facebook Athea ni. Kerap juga diorang buat giveaway / contest. Untung-untung boleh menang juga kan hehe. 

You Might Also Like

43 comments

  1. wahhhh macam menarik je lash serum tu sebab bulu mata pun halus jugak. Jenuh nak tebalkan dengan mascara kadang sampai belemoih haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sama lah bulu mata kita kalau camtu. Tak boleh nak review lagi, belum berekesempatan nak pakai hahah. Susah nak pakai mascara kan hahah.

      Padam
  2. Kaum wanita tidak melepaskan peluang ini. Semoga manfaat kepada anda semua. khususnya wanita lah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tau takpe Naim, ada je benda nak dibeli tu. Memang bermanfaat sangat ni..

      Padam
  3. wahhhh seronoknyaaa.. jeles kitaaa ๐Ÿ˜ญ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ala jangan jealous. Kebetulan je rezeki Nad ni.

      Padam
  4. Tahniah Nad.
    Ramai juga yg guna product kosmetik Althea ni rupanya. Products kosmetik dan kecantikan ni kalau berkualiti dan harga berpatutan pasti akan ramai menggunakannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Mat Drat :) Haah memang famous Althea ni, banyak product best-best.

      Padam
  5. Wah congrats sis. Jadi dapat beli makeup or skincare lagi... omg so nice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Kelly :) Yes, dapat grab both make up and skincare hehe.

      Padam
  6. wah..rezeki tu. dah dapat kena shooping sampai puas la kan. seronok dapat shopping skincare

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul. Memang kita habiskan je terus semua points yang dapat ni. Puas hati sangat!

      Padam
  7. banyaknya dapat! macam-macam tu boleh shopping dekat althea. berbaloi shopping kat situ sebab harga dia boleh tahan murah dari kedai biasa. walaupun brand tu brand yg famous. Iza memang suka shhopping kat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang agak banyak juga jumlahnya. Best kan, Nad pun suka shopping dekatsini juga.

      Padam
  8. I paling suka yang Ruby eye patch tu. Memang selalu beli sebab I peminat hydrogel mask dia range ni jugak. Bila pakai mask tu kan banyak essense lebih, I tuang je masuk dalam bekas eye patch ni. So eye patch takkan mudah kering walaupun terlupa nak tutup ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow, tips ni. Thank you Mira, boleh buat camni jugak nanti.

      Padam
  9. Wah bestnya macam2 boleh dibeli di Althea. Kita mmg suka brg2 kat sini. Semuanya nampak best dan menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe biasa lah perempuan kan kak Ayu. Memang banyak benda yang kita suka dekat web kecantikan ni.

      Padam
  10. Eh banyak produk kita sama lah yg beli Dr althea. Serum mascra, eye patch, primer tu memang favorite. Althea selalu the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha serious la Lia? Banyak tuuu yang sama. Primer tu excited nak try sebab memang tak pernah dengar nama dia.

      Padam
  11. murah rzeki akak hehe congrats! mesti mula2 tu rambang mata nak pilih kan kak? hahaha & nak review utk ruby & bulgarian rose eye patchhhh sbb xprnah dgr lagi pasal ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, thank you Tashira! :D Hahahah tula, banyak sangat wishlist. Mesti buat review lah! Tapi bila tu taktau la ehehe.

      Padam
  12. Wah tahniah saya ucapkan. Memang banyak benda tu boleh shopping skincare.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Mawardi :) Betul, memang banyak hehe.

      Padam
  13. wahhh untungnyaaa, saya suka beli jugak produk althea itupun tumpang kode kawan2 ..jadilah yer jangan tidak yg bestnya althe ni 2 branag jer beli pun dapat free delivery

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau bijak guna je code siapa-siapa untuk dapat discount. Tak rugi pun.

      Padam
  14. tahniah nad!
    wahhh bestnya.. rezeki tu..

    barang2 kat althea sume best2 tp tu la mampu tgk je dlu.. uwaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Ezy :) Hahah takpe, masuk cart dulu. Nanti dah ada duit baru beli kan.

      Padam
  15. Bestnya dapat hadiah khas untuk shopping nie. Rawlins paling suka membeli kat Althea nie - berus entah berapa banyak koleksi dah hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh, entah-entah brush Rawlins lagi banyak dari Nad ahaha. Sebab Nad pun baru je nak mengumpul brush ni.

      Padam
  16. Wahh syoknya menang credit point banyak tu.. Pias shopping byk2 kan.. Wawa pun suka shopping kt althea sbb mcm2 ade leh dptkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok sangat Wawa. Rasa macam dapat barang free gitu kan.

      Padam
  17. Airah suka sangay dengan eye patch tu kalau pakai memang kurang puffy dah mata. Cleansing balm tu pula dah lama nak try tapi tak beli-beli lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah, namak jugak Airih review eye patch tu haritu. Nad memang berkenan lama dah, tu yang beli terus.

      Padam
  18. Wah cantiknya. Suka packaging tu. Comel je. Ramai juga kawan2 perempuan suka beli kt Althea ni. Best2

    BalasPadam
  19. Congrats that you got the credit! You buy so many good products from Althea, I like to shop at Althea too.

    BalasPadam
  20. Tahniah Nad! Mouse mommy pun suka shopping online Althea ni, skincare cosmetics confirmed authentic, harga berpatutan dan produk yang berkualiti. Suka!

    BalasPadam