Japan Travelogue : All Fantasy in Disneysea, Japan
1:25 PTG
Disneysea, Japan. Waktu mula-mula nak pergi Japan, Nad taktau pun diorang ada Disneysea ni. Disneysea ni tempat apa pun Nad taktau ha. Lepastu research punya research, tengok macam syok jugak Disneysea ni. Dapat tau pulak Disneysea dengan Disneyland ni terletak sebelah-sebelah je. Terus pening pulak nak pergi Disneysea ke Disneyland kan. Kalau nak pergi dua-dua rasa macam tak berbaloi pulak sebab lebih kurang je. So, Nad pun baca-baca la review mana satu yang lagi best nak pergi. Mostly kata Disneyland ni seronok untuk budak-budak, kalau dewasa lebih seronok pergi Disneysea. Dengan itu, Nad pun pilih untuk pergi Disneysea.
Macam biasa, entrance ticket ke Disneysea Nad beli dekat Klook, heheh. Harga RM 276 per entry untuk seorang. Paling mudah beli dekat Klook ni. Instruction dia jelas, kena pick up ticket dekat station mana, pukul berapa, and kena jumpa dengan person in charge dia apa semua. Alhamdulillah, Nad memang senang jela urusan nak redeem ticket ni. Lepastu terus gerak pergi ke Disneysea yay.
Masuk-masuk je mesti jumpa globe ni dulu
Macam biasa guys, makanan tak boleh bawak masuk kan, so kita sorok-sorok sikit kat dalam bag tu. Masuk pocket sikit pun ada ahaha. Security diorang memang check, tapi takdelah strict sangat. Kalau takat bawak biskut, makanan ringan sikit-sikit boleh la lepas lagi. Dinasihatkan bila korang masuk tu, terus ambil maps Disneysea ni tau. Sebab tempat ni memang luasss sangat, bila ada maps senang sikit korang target dan plan nak pergi ke mana dulu. Utamakan rides dulu sebab rides ni memang full house selalu. Kalau banyak extra time baru lah pergi yang kids punya or indoor or 3D movie.
Okay. Dekat Disneysea ni ada 7 bahagian which are Mediterranean Harbor, American Waterfront, Port Discovery, Lost River Delta, Arabian Coast, Mermaid Lagoon, and Mysterious Island. Dekat setiap bahagian ni memang berlainan tema. Sebaiknya, kalau korang dah masuk satu bahagian, teruskan je main semua games yang ada dekat bahagian tu. Sebab kalau nak patah balik memnag jauh nak kena jalan. Ada jugak ferry boleh naik kalau korang nak cepat. Anyway, rides ni semua Nad cuma boleh bgtau rides dia macam mana dan apa perasaan Nad tau sewaktu dan selepas naik. Gambar atau video semasa rides memang tak dibenarkan. Yang Nad mark (**) maksudnya priority okay dan wajib pergi!
➊ Mysterious Island
- Journey to the Center of the Earth (**)
Dari jauh memang nampak ni dulu
Ticket hasil menunggu berjam-jam
Ini tempat pertama yang Nad pergi bila masuk dalam Disneysea. Bila masuk tu korang nampak ada gunung yang tinggi. Itulah tempatnya. Sampai je Disneysea ni dalam pukul 9 lebih Nad terus pergi sini. Ingat boleh terus naik. Punya lah selautan manusia dekatsitu. Rupanya selautan manusia ni untuk kita ambil ticket je dulu. Bayangkan eh Nad beratur pukul 9 lebih, timing ride Nad pukul 4 lebih. So Nad sarankan korang ambil dulu ticket yang ni. 6 jam ui baru sampai giliran.
Ride ni macam korang naik van yang memuatkan 6 orang. Mula-mula dia round dekat underground dulu, gelap-gelita sambil ada real effect lah api air semua tu kan. Lepastu tiba-tiba van ni laju menuju ke cahaya dan terus turun dari gunung tu woi (Kelajuannya dikatakan 75 km/h). SAKIT PERUT WEH MACAM PERUT TERTINGGAL KAT ATAS!! Macam tengok syok-syok tetibe terjatuh 😭 Ride ni kejap je dalam 3 minit, memang rasa tak puas sangat dapat naik sekali je.
- 20,000 Leagues Under the Sea
Yang ni ride sempoi-sempoi aje. Seumpana korang naik submarine empat segi kecil yang boleh memuatkan 6 orang juga. Dia bawa kita menyelusuri underground punya dunia fantasi. Effect bubble dia real sangat buat kita rasa betul-betul kat dalam air. Katsini pun memang gelap, dia bawak kita pergi jumpa hidupan laut lah, belut electric lah. Memang nampak real sangat.
➋ Mermaid Lagoon
Kawasan Mermaid Lagoon ni memang cantik tau. Rasa macam di alam fantasi. Penuh dengan warna-warni dan ceria je. Kalau masuk budak-budak confirm happy masuk sini.
Kawasan Mermaid Lagoon ni memang cantik tau. Rasa macam di alam fantasi. Penuh dengan warna-warni dan ceria je. Kalau masuk budak-budak confirm happy masuk sini.
- Jumpin' Jellyfish
Yang ni indoor punya games. Actually indoor ni diorang wujudkan just in case kalau bad weather ke. Boleh main main yang indoor ni. Kitorang masuk terus beratur dekat Jumpin' Jellyfish, padahal taktau pun ni game apa hahah. Rupanya macam kita duduk dalam shell jellyfish ni (2 orang), lepastu dia turun naik turun naik secara perlahan ekeke. Comel je rasa main game ni.
- The Whirlpool
Yang ini pun indoor game. Game ni dari berdiri dekat tingkat atas tadi memang dah nampak and target naik main. Boleh memuatkan 4 orang dalam satu cawan tu, ofcourse lah kami naik berdua je kan hahah. Lepastu cawan tu spin. Boleh tahan jugak lah kelajuan dia, tapi tak scary pun. Just heli-geli perut sikit je hahah, jerit-jerit pun untuk fun je.
- Flounder's Flying Fish Coaster
Okay time ni dah start bergerak ke outdoor. Tapi masih dalam kawasan game Mermaid Lagoon lagi. Yang ni kira game roller coaster, tapi mini roller coaster jer heheh. Budak-budak pun ramai naik yang ni. Comel pulak tu roller coaster dia. Syok ui. Game ni tak scary pun, takde penahan yang dekat bahu pun sebab takde golek-golek. Roller coaster paling selamat.
- Scuttle's Scooter
Scuttle Scooter ni macam game labah-labah dekat Times Square tu ingat tak? Hahah. Satu seat ni boleh duduk 2 orang. Cuma dekat Japan ni version hermit crab. Memang comel, Nad siap pilih lagi nak naik colour apa. Kelainnannya, yang ni bukan hanya berpusing satu arah, tapi kerusi individual tu pun akan berpusing jugak. So macam 2-in-1 punya pusingan. Power. Selalu naik satu arah je.
Under Mermaid Lagoon ni, Nad tak main Ariel's Playground, Blowfish Balloon Race (tutup), dan Mermaid Lagoon Theater.
❸ Arabian Coast
- Caravan Carousel
Hahahhaha yang ni pun kelakar. Entah kenapa lah sibuk nak naik bendalah ni. Korang tau kan benda ni banyak je jugak dekat Malaysia. Mungkin sebab dekat Malaysia tak pernah naik kot tu yang sibuk pergi Japan nak naik jugak. Lagipun tempat dia cantik, macam kubah tu. Lepastu 2 tingkat, tapi Nad naik yang dekat tingkat bawah je. Kalau waktu malam lagi cantik view dia dengan lampu-lampu tu semua.
- Jasmine's Flying Carpets
Ni ala-ala macam dalam cerita Aladdin la naik carpet terbang kan. Ride ni pun fun-fun jer. Naik sambil gelak-gelak sebab geli perut. Syok naik dia berpusing sambil naik turun. Dah la pergi time winter kan, bawah tu pulak ada kolam air. Rasa sejuk je terbang heheh.
❹ Lost Delta River
- Raging Spirit (**)
Ride ni kalau nak diikutkan memang lama nak kena beratur. So Nad dengan kawan Nad beratur dekat line solo je, naik asing-asing. So Nad dapat la naik dengan Japanese jugak kot duduk sebelah Nad. Fuh ride dia 😭😭 Laju uiii rasa macam nak nangis hahahha. Selama ni duduk sebelah Malaysia jugak syok lah kita duk jerit sama-sama. Time ni kena pulak duduk dengan Japanese, dia boleh buat rilek je sambil buat gaya yang omo-omo genggam tangan letak dekat dagu tu!? Hahahahhaha jerit sorang-sorang pun jadi lahhh. Sebab nice jugak ride yang ni.
- Disneysea Transit Steamer Line
Yang ni macam kapal dia la. Kalau korang ada ambil maps awal-awal tadi dia tunjuk kapal tu gerak ke mana apa semua. Nad naik kapal ni sekali untuk patah balik dekat rides pertama tadi yang dari awal pagi dah ambik ticket huhu.
➎ Mediterranean Harbor
Dekat sini semua Nad tak naik hahahhaa. Semua tak best oi. Ada Venetian Gondolas, Disneysea Transit Steamer Line, dan Fortress Explorations. Tapi Nad tengok website dia dah tambah ride baru. Macam best jugak. Cuma Nad pergi 5 bulan yang lepas belum ada lagi ride tu. Nama ride dia Soaring : Fantastic Flight
➏ American Waterfront
- Tower of Terror (**)
Yang ni actually Nad taktau pun best. Nasib lah kita ni rajin duk post igstory kat Instagram kan. Lepastu ada kawan kata wajib pergi Tower of Terror, jenuh la cari. Waktu ni dah petang dah, line pun panjang giler nak masuk sini. Main pergi je walaupun taktau game tu macam mana. Sekali rupanya dia macam kita masuk satu lif ni tau. Lepastu dia bawak kita naik slow slow sampai ke puncak, lepastu pintu lif terbuka. Fuh seram, dah la duduk depan sekali hahaha. Lepastu pap! Lif jatuh dengan lajunya. GUGUR JANTUNG WOI! Baru je sekejap tadi tengok pemandangan dari atas, tiba-tiba lif jatuh. Real gila sumpah sebab bag yang letak kat kaki pun terangkat 😭
Ni ride terakhir yang Nad naik. Keluar je dari ride ni dah malam hahah. Tak sempat nak explore lain tempat lain. Sebab dah malam, kitorang pun decide nak keluar je dulu dari Disneysea.
Under American Waterfront ni naik satu ride ni je. Yang lain macam kapal-kapal dan kids punya. Tak pergi pun Turtle Talk, Toy Story Mania, Disneysea Electric Railway, Disneysea Transit Steamer Line, dan Big City Vehicles.
Habis! Fuh, puas hati dapat cerita semua rides dekat Disneysea ni. Senang cerita kalau korang nak pergi korang kena susun and target tau mana nak pergi dulu. Utamakan rides yang gempak-gempak sebab situ memang ramai orang, lama nak kena tunggu. Lepastu sambil-sambil tu naik la rides yang macam beshe-beshe kalau dah alang-alang lalu kan. Macam Theater ke apa tu takpayah pun takde, tak rugi pun.
Nad sendiri, Nad memang puas hati sangat sebab semua ride gempak dapat merasa hehe. Tapi dapat naik sekali jela, nak naik 2 kali jenuh nak tunggu giliran. Takut tak sempat pula nak pergi ke ride yang seterusnya. So far bab makan, memang Nad makan makanan ringan-ringan yang bawa dalam bag je. Takde beli makanan apape pun dekat Disneysea ni.
Please lah kalau dah sampai Japan, selain dari Universal Studio Japan, Disneysea atau Disneyland ni pun korang wajib pergi tau! Ruginya rasa kalau dah sampai sini tapi tak masuk. Nad nak korang rasa jugak apa yang Nad rasa.
Balik tu sempat lagi kitorang jalan-jalan sekitar bandar Tokyo. Disebabkan lapar, kitorang pun plan untuk try roti naan cheese di Annam Indian Restaurant Ginza, Tokyo. Yang ni memang Nad ada plan nak pergi sebab pernah tengok Hanis Zalikha makan katsitu. So saja nak try, tengok cheese dia melambak.
Next post : Tokyo Tower
: Shibuya Crossing
View gunung ni waktu malam
Habis! Fuh, puas hati dapat cerita semua rides dekat Disneysea ni. Senang cerita kalau korang nak pergi korang kena susun and target tau mana nak pergi dulu. Utamakan rides yang gempak-gempak sebab situ memang ramai orang, lama nak kena tunggu. Lepastu sambil-sambil tu naik la rides yang macam beshe-beshe kalau dah alang-alang lalu kan. Macam Theater ke apa tu takpayah pun takde, tak rugi pun.
Nad sendiri, Nad memang puas hati sangat sebab semua ride gempak dapat merasa hehe. Tapi dapat naik sekali jela, nak naik 2 kali jenuh nak tunggu giliran. Takut tak sempat pula nak pergi ke ride yang seterusnya. So far bab makan, memang Nad makan makanan ringan-ringan yang bawa dalam bag je. Takde beli makanan apape pun dekat Disneysea ni.
Please lah kalau dah sampai Japan, selain dari Universal Studio Japan, Disneysea atau Disneyland ni pun korang wajib pergi tau! Ruginya rasa kalau dah sampai sini tapi tak masuk. Nad nak korang rasa jugak apa yang Nad rasa.
Balik tu sempat lagi kitorang jalan-jalan sekitar bandar Tokyo. Disebabkan lapar, kitorang pun plan untuk try roti naan cheese di Annam Indian Restaurant Ginza, Tokyo. Yang ni memang Nad ada plan nak pergi sebab pernah tengok Hanis Zalikha makan katsitu. So saja nak try, tengok cheese dia melambak.
Tamak masing-masing taknak share lepastu tak habis hahah
Roti naan cheese Nad ni 200 yen (RM 7.47)
Next post : Tokyo Tower
: Shibuya Crossing
21 comments
Dapat baca pengalaman Nad pergi pun dah best, kalau dapat pergi lagi best ni. Mesti wajib masuk dalam tentatif ni, mana tahu nanti sampai ke sana, bolehla pergi tempat ni.
BalasPadamwahhhh bestnya tengok nad jalan2! ekin pun baru first time tahu ada disneysea ni. selalu biasa dengar disneyland je.
BalasPadamTakut pulak baca pasal ride tu. Fadzi kalau bab bab ride yang buat perut kejut ni memang Fadzi tak join. Hahhaa. Seriau
BalasPadamcantiknya suasana dlm taman tu! bangunan dia ala2 kat europe pulakk
BalasPadamSana pun DISNEYS dah masuk.. Tak bergaduh ka dengan anime. hehe. Jepun negara maju dan bersih. Sewajar kita mengambil pengajaran dlm sektor kebersihan hehe
BalasPadamSeronoknya dapat ke sana. Ada rezeki nanti nak ke sana.
BalasPadamSeronoknya dapat pergi Jepun pulak tu pergi Disneyland memang tempat idaman nak pergi melancong tapi tak tahu bila masanya hehehe nanti nak ajak sapa teman kita nak juga smpai negara orang ni...
BalasPadamwow japan
BalasPadamis never enough and i am missing japan now. hopping for another trip soon
bestnya nad dapat jalan-jalan macam ni..suak tengok..teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi
BalasPadamwah bestnya.... JEPUN tuu... sis suka japan ni sbb negara dia bersih n polite... eh ye ke polite,... tp itulah yg org ckp hehe... apapun tempat ni mmg best.. bertuah dpt pergi... =D
BalasPadamWishlist anak anak & juga wishlist akak juga. Bestnya. Kalau ada rezeki lepas anak upsr boleh bawa ke sini reward dia
BalasPadamThanks so much for a detailed sharing pasal the trip. Memang banyak baca pasal perkongsian lebih murah beli kat Klook. Banyak rides kat sana kan - insyaAllah next trip Rawlins nak ke Disneysea
BalasPadamWah.... Syioknya holiday! Gambar gambar nya menarik sekali. Paling teruja part SAKIT PERUT WEH MACAM PERUT TERTINGGAL KAT ATAS!! Kalau Nina mau nyawa yang tertinggal kat atas! Hahaa...
BalasPadamGood sharing
adei !! ini lah Disneyland yang anak2 akak selalu sebut.. hahahahah~ in shaa Allah ada rezeki nanti nak bawa dorang jenjalan explore semua rangkaian Disneyland..
BalasPadamKonnichiwa! Nice trip to DisneySea! Hope that in one day, mouse mommy and family can plan a trip there too! Thank you for the great info and tips!
BalasPadambestnyaaaaaaaaaaaaaa. dah lah ride mcm ni mmg teringin sangat nak main! lagi2 kalau ride yg gempak mcm tu hahaha. & kelakarlah org jepun yg duduk sbelah akak tu hahaha ke dia nak control macho je? HAHAHA lol
BalasPadamadoi.. benda yang TB suka jugak ni.. syoknya dapat pi Japan.. kat sana suasana dia berbeza giler dengan kat negara lain kan..teringin nak pi jepun.. moga ada rezeki samapi sana dengan suami dan anak2..AAMIIN..
BalasPadamTeringin pegi jepun, tak pegi pegi lagi. Sana orang dia baik baik kan? Sopan je
BalasPadamI'm not a big fan of theme park but seronoknyaaaa! :D
BalasPadamCetak Mug Murah
BalasPadamWano Kuni
Kardus Custom Di Jakarta
11Supernova
Kardus Custom
Custom Box Packaging
So antara disneysea dan disneyland baik pergi disneysea kan?
BalasPadam