FAQ : Soalan Kerap Ditanya Tentang Kerja di 99 Speedmart
4:26 PTG
Assalamualaikum Hai.
FAQ about 99 Speedmart. Buat pengetahuan, entry ni Nad terpaksa wujudkan sebab terlalu banyak soalan yang diterima sama ada di dalam email ataupun dm Instagram. Dari wujudnya entry Interview di 99 Speedmart 4 tahun lepas, memang kerap Nad dapat email dari sekecil-kecil soalan hingga soalan penting. Ada yang siap tinggalkan nombor telefon mintak Nad contact personal lagi.
Sehingga Nad terdetik untuk buat entry khas bagi menjawab semua persoalan tersebut. Entry asal tu Nad cuma cerita pengalaman Nad waktu interview, tak cerita details sangat sebab tak expect soalan-soalan yang akan wujud dari korang ni 😅 So Nad jawab dekatsini jela eh.
1) Kongsi pengalaman bekerja di 99 Speedmart
Actually korang tak perlu terlalu risau apa yang korang akan buat. 99 Speedmart ni diorang akan ajar teori dulu. Lepastu kira on-the-job training la. Selama 2 minggu korang akan ditempatkan di 99 Speedmart, yang mana branch manager outlet tersebut akan ajar korang cara-cara nak handle outlet korang sendiri. Diorang akan ajar dari awal macam mana prosedur nak buka kedai, cara jaga counter dan tackle kalau ada any issue, cara nak received barang sama ada dari warehouse 99 Speedmart sendiri atau dari supplier luar, cara nak kira dan report sales to area manager, dan lastly cara nak closing kedai. Eh banyak lah pengalaman sebab bila kita sendiri jadi assistant branch manager atau branch manager, memang seeloknya tahu semua benda. Pengalaman barang kedai kena curi pun ada, siap kena pergi buat police report semua lah.
2) Positive dan negative side bekerja di 99 Speedmart
Positive - Positive nya kalau korang memang nak melibatkan diri dalam bidang retail, 99 Speedmart is a good place to start because they basically teach you everything. Extra, kalau korang dapat manager dan staff yang baik dan rajin. Automatic semua kerja jadi mudah sebab diorang sangat membantu.
Negative - Hidup korang umpama tak ada life. Bagi yang dah biasa kerja shift, mungkin akan rasa biasa je. Atau yang memang dah set dalam mindset dia akan kerja untuk short term, itu okay. Tapi untuk long term agak penat susah untuk selitkan urusan personal korang. Kedua, sedia maklum bahawa 99 Speedmart memang kekurangan manager, sebabtu selalu nampak iklan nak recruit new member ni kan. Bila kurangnya manager, maka korang korang ni lah yang terpaksa cover outlet lain. Atau jaga outlet korang sendiri tanpa shift (from opening to closing) setiap hari.
3) 99 Speedmart ada jual arak tak? Macam mana kalau jual arak?
Tak semua 99 Speedmart jual arak. Bergantung kepada lokasi dan majoriti penduduk kawasan tu berbangsa apa. Kalau kawasan tu ramai Chinese dan India, mesti akan jual arak. Kalau ramai Melayu, takkan jual arak sebab hanya akan bangkitkan kemarahan penduduk dengan tidak bersifat sensitive. Arak ni kira product yang kerap dicuri, dan mahal. Jadi setiap pagi, kena kira dan isi dalam checklist stock jumlah arak yang ada dekat outlet. Sebab kalau 1 plastic arak hilang, jumlah kerugian adalah beratus ringgit. Macam mana kalau outlet jual arak? Ini terpulang kepada individu ya. Setiap orang ada pandangan dan kisah hidup masing-masing 😊
4) Ada berapa banyak interview kena lalui?
Ada 1 sahaja interview. Kalau korang diterima, terus masuk untuk belajar teori lepastu posting as management trainee. Cukup 2 minggu, diorang hantar lah korang dekat outlet korang sendiri.
5) Berapa lama nak tunggu keputusan selepas interview?
Nad tak pasti untuk orang lain. Tapi Nad, keesokan hari tu terus dapat call dari 99 Speedmart sendiri.
Lepas Nad dah compile semua soalan, bentuk soalan korang semua lebih kurang je. Yela, semua nak tau pengalaman kerja tu, sebab sebelum ni Nad cerita pengalaman Nad pergi interview tu je. So now Nad dah all out cerita pengalaman kerja, positive and negative side kerja dekat 99 Speedmart ni. Hargai sikit okie sebab jenuh jugak la nak refresh sampai 4 tahun lepas punya memory hahah.
Apa pun, I wish good luck untuk sesiapa yang masih nak teruskan untuk kerja di 99 Speedmart. Jangan terlalu risau apa yang akan jadi. Just pergi je interview and do your best! Mesti diterima punya. Cuma tengok lah lepstu korang tahan atau tak tahan je nak kerja lama. In shaa Allah kalau ada rezeki korang, ada lah ya. Oh, and reason Nad berhenti kerja waktu tu sebab nak sambung degree.
Harap-harap dengan adanya entry ni terjawab lah persoalan korang :)
53 comments
Wahh nice sharing, di Sabah dah byak buka cawangan speedmart.. tp xda jawatan kosong haha
BalasPadamAih, taktau pula 99 Speedmart dah sampai Sabah. Laju betul ya dia buka cawangan.
PadamPengalaman mengajar kita. Selalu juga beli barang2 kat 99 Speedmart ni. Dah banyak dah cawangannya. Kalau kat Putrajaya Diplomatik tu, perghhh selalu parking dekat2 99 tu payah.
BalasPadamHaah betul memnag bersepah-sepah 99 Speedmart ni. Tengok tagline dia, dekat dan murah.
PadamProses yang lengkap untuk sesiapa yang berminat bekerja di 99 speedmart. Sekurang kurangnya, bagi yang berminat boleh tahu awalkan apa yang perlu buat sekiranya diterima bekerja
BalasPadamBetul. Ramai sangat yang bertanya, sebabtu Nad buat entry tambahan ni..
Padamsayangnya belah utara tak ada speedmart, anis teringin jugak nak kerja kat situ
BalasPadamAda yang kata dah buka kat Penang, tapi belah Kedah tak sampai lagi. Maybe sson. Anis duduk mana?
Padammenarik perkongsiannya. sekarang ni susah nak cari kerja. grab sahaja kerja yang ada depan mata. :) teringin nak kerja retail :) terima kasih sebab share ya :)
BalasPadamBetul Aerill. Tak boleh nak memilih kerja sangat sekarang ni. Kalau teringin, Aerill boleh la try. Hehe welcome :)
Padambudak-budak lepasan spm elok kerja kat speedmart sebab kebarangkalian nak start kerja tu cepat. betul tu kerja shit ni memang rasa terkongkong sikit sebab rasa cepat je hari cuti habis. BBL waktu cuti semester pernah kerja kat watsons. not bad la kumpul pengalaman layan krenah customer
BalasPadamMemang laju. Kalau dekat outlet tu takde kosong, diorang pass ke outlet lain. Boleh start kerja dengan cepat.
PadamWah bukan senang kerja shift ya. Kekadang waktu malam takut juga ada yang datang mabuk atau mencuri.tapi kalau nak kerja memang kena banyakkan fikir yang positif. 99speed mart sekarang memang byk outlet
BalasPadamBetul, kerja shift ada risiko dia sendiri. Kita doakan yang baik-baik ajee.
Padamekin ingatkan semua 99speedmart ada jual arak.. baru tahu tak semua outlet jual arak nih... dulu taknak keje sana sebab arak lah.. ahahaa
BalasPadamHahah tula, ramai tanya pasal arak ni. Tak semua outlet. 99 dekat area rumah Nad takde jual sebab memang kawasan Melayu.
PadamRindu nak kerja kat speedmart. Outlet lenne dulu kat area shah alam. Memang best kerja speedmart sebab banyak benda kita belajar from there actually. So bila sekarang kerja retail but duduk dalam office je still boleh buat kerja kerja retail jugak sikit hehe
BalasPadamWahh, Lenne pun pernah kerja retail ye. Betul, banyak benda kita belajar bila kerja retail ni. Sesuai la untuk adik-adik yang masih rajin nak explore eheh.
PadamGood sharing. Will be helpful for those who wants to work there.
BalasPadamThank you :)
PadamSuka shopping dekat speedmart. Sebab banyak barangan yg dijual oada harga yang murah. Plg best ada setengah brand buat promosi bersama speedmart
BalasPadamBagi Nad, harga dekat 99 memang murah. Nad pun suka shopping katsini, senang.
Padamgood article untuk sesiapa yang nak kerja di 99speedmart ni. thanks for sharing.
BalasPadamThank you Mawardi :)
PadamWoah challenging juga ya.. Terima kasih sbb share ilmu ini yaa..
BalasPadamQuite challenging. Hehe sama-sama..
PadamOo kiranya nad pernah kerja kat speedmart la eh? speedmart ni salah satu kedai yg jadi pilihan utk emi shopping groceries, sebab harga dia murahh
BalasPadamHaah Emi, pernah kerja sini jap lepas habis diploma dulu. Memang murah harga barang kat 99 ni..
PadamArea rumah akak ada banyak speedmart..dan the best part yang kerja semua budak- bidak lepasan SPM...
BalasPadamKalau nak jadi cashier dengan storekeeper boleh kak. Kalau assistant branch manager dengan manager kena ada at least diploma.
PadamTengok orang kerja situ mcm senang je kan..padahal..huhu..yang dah kerj je tau..basalah ada contra..ade senang ade mudah..ade best ada tak best..tu la pengalaman
BalasPadamIya, kerja retail ni lah yang penat sebab banyak nak kena layan kerenah orang.
PadamUntuk orang bujang yang masih belum berkahwin dan yang sukakan challenging Mrs. A rasa 99 speedmart memang pilihan yang sesuai.
BalasPadamTapi untuk orang yang dah remaja purba macam Mrs. A ni tak sessuai kot nanti kurang masa untuk famili.
Betul sangat! Kalau dah berkahwin susah sikit la sebab masa tak flexible. Weekend pun tak free. Kalau single pulun nak kumpul duit boleh laa.
PadamDekat rumah sis ada jugak speedmart ni, nanti nak suh anak gi interview lah bila nak tunggu result nanti, biar dia cari pengalaman bekerja
BalasPadamWahh, bagus kak Hanny nak suruh anak akak cari pengalaman dalam bidang ni ye.
Padamnice share...cari pengalaman tu penting
BalasPadamThank you Aqidah :)
Padamterima kasih atas perkongsian ni :)
BalasPadamSama-sama Ailya :)
PadamNo wonder selalu nampak iklan. Tapi betul kata Nad, kerja speedmart ni macam tu lah. sbb orang selalu datang dan orang expect kedai buka. By the way, nice sharing.
BalasPadamBetul. Setiap hari buka, memang jarang sangat lah nak cuti. Susah sangat nak dapat cuti.
PadamThanks for sharing your work experience there. There are always pro & con in each job so sometimes we have to adapt and enjoy the work too. Happy Working
BalasPadamWelcome Kelly :) Yes it is, indeed.
PadamKalau kene retail mmg x d life sis tapj fun. Dpt jumpa ramai org compare duk kt opis 🤣🤣 Teringat zaman2 buat part time dulu. hehehe
BalasPadamHahah betul. Kalau jenis yang tak suka duduk office saja seronok lah kerja macamni.
PadamKawan airah pun ada kerja speedmart tapi kebanyakkan feedback yang dapat dari diaorang pelbagai sangat dan mostly memang mencabar. Apa kerja pun banyak rintangan kan kena kuat je nak kumpul duit
BalasPadamSaya masih dalam traning. Baru 4 hari. Saya daoat offer kerja lain yg lebih bagus. Blh x saya bg notis 24jam ?
BalasPadamSaya dalam training 4 hari. Saya dapat offer kerja yg lbh baik. Boleh x saya bg notis 24jam ?
BalasPadamBerapa starting gaji sbg assistant manager?
BalasPadam2100 basic
PadamKalau sy lepasan matriks.. Bole apply x untuk jd supervisor.. Atau sy kne jd pekerja biasa dulu.. Bila da keje lama sikit bru naik pangkat ke supervisor
BalasPadamKalau sy lepasan matriks perakaunan.. Bole ke sy apply supervisor..
BalasPadam