Salam Aidilfitri 1440H

12:14 PTG

Assalamualaikum Hai.

Salam Aidilfitri 1440H. Rasa cepat je masa berlalu untuk Ramadan kali ni. Tau-tau dah masuk Syawal. Even cuti sempena Hari Raya Aidilfitri pun dah habis, kini dah kembali bekerja semula. Awal-awal ni memang mood kerja pun semua habis kelaut, kena tunggu 2-3 dulu baru mood kerja datang balik hahah. 

Apa yang special nya Ramadan dan Syawal kali ni? Special nya ialah ini merupakan Ramadan dan Syawal yang terakhir Nad sambut dengan status single, in shaa Allah. Tinggal lagi 2 minggu sahaja sebelum majlis dijalankan. Berdebar dan risau pulak rasa, takut ada apape yang terlepas pandang. Raya kali ni dapatlah beraya dengan tenang sikit sebelum tahun depan berebut nak balik kampung belah mana 😜


Tahun depan raya ke berapa baru dapat berkumpul camni eh? ❤

Even sebelum hari raya ni pun ada jugak tragedi baju raya yang terjadi. Haritu Nad terbagi baju colour hijau dekat tunang Nad. Sebab ibu kata baju tu nak buat as hantaran. Tapi rupanya ayah Nad nak jadikan tu baju raya. Maka 3 hari sebelum raya Nad gagahkan la diri jugak drive ke Seremban untuk ambil semula baju tu. Sebab Nad ada bagi 2 helai baju, so boleh pakai baju lagi satu as hantaran. Kalau ikutkan memang malas sangat la nak drive jauh-jauh semata demi ambil baju raya. Tapi memikirkan ini Syawal yang kali terakhir status single, dan dapat sambut sedondon dengan family, lebih baik Nad pergi ambil. Sebab tahun depan belum tentu sama kan (tapi hopefully sama la haha)

Raya kali ni Nad memang takde shopping apa langsung. Baju raya pun ada sehelai ni je. Sebab banyak pakai duit nak kawin kan, sudahnya Syawal kalini satu family kena puasa shopping raya hahaha. Tapi akhirnya, Alhamdulillah dapat la jugak sambut Aidilfitri sedondon warna hijau satu family.


Ni la baju hijau blink blink tu

Di kesempatan ini, Nad nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri ini. Maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris hati tanpa disedari. Apa lagi dekat social media kan. Kadang kita tak sedar. Even tak sama pendapat pun mungkin ada yang terasa dari cara Nad nak menangkan pilihan Nad. Apa pun, mohon maaf ya dan Selamat Hari Raya! πŸ’š

You Might Also Like

36 ulasan

  1. Balasan
    1. Hehe biasanya raya pertaman je yang sedondon camni Ucing hahah.

      Padam
  2. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak Fa <3

      Padam
  3. nanti jgn lupa share gambar kahwin dlm blog tau kak nadddd. lama tak singgah sini, nasib baik ada ig dpt lah tahu perkembangan kak nad hehe (bunyi mcm stalker pulak lol haha)

    selamat hari raya kak nad! semoga smuanya dipermudahkan nanti inshaallah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eee mestilah Tashira! Harap-harap mood blogging ni elok untuk selamanya! Bila tengah active seronok lah rasa nak share banyak benda. Hahhahaha, nasib follow kat ig kan. Selamat Hari Raya jugak tau Tashira :D Ameen ameen!

      Padam
  4. Gojes dear. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Lepasni dah ada peneman raya la ye.. InsyaAllah raya lagi meriah. Tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Ena :) Hahah tula, peneman raya eh. Harap tahun depan dapat la beraya berdua. Terima kasih Ena :)

      Padam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Baju raya ceria dan sedondon seisi keluarga !

    BalasPadam
  6. cantik color baju tue...sedondon sangat..selamat berkenalan dan selamat hari raya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, cantik tapi striking! Alhamdulillah dapat sedondon lagi tahun ni. Selamat berkenala Mieda :) Selamat Hari Raya!

      Padam
  7. Salam Aidilfitri Nad..dan selamat melangkah ke alam rumahtangga ya..menghitung hari la ni ya..moga sainah mawadah warahmah rumahtangga yang dibina kelak.Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya PC! Hahha haah counting days je ni. Tinggal berapa hari je tinggal sebelum big day. Ameen! Thank you doakan PC <33

      Padam
  8. salam aidilfitri nad, cantik sedondon hijaunya. semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan masjid :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aju! :) Hehe Ameen, terima kasih atas doa nya.

      Padam
  9. Nad dah nak kahwin hehehe. Tahniah! And Selamat Hari Raya :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha haah, dah nak kawin la awak. Ni siapa ye? Sebab takde gambar and linkback. Btw thank you and Selamat Hari Raya tau! :D

      Padam
  10. Cantiknya baju nad. Tempah ke tu? Selamat hari raya nad. Anyway selamat pengantin baru in advance ya. Semoga majlis nad berjalan lancar nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Alhamdulillah. Haah baju tempah ni Iza. Selamat Hari Raya Iza :) Hahha alahai Ameen, terima kasih..

      Padam
  11. hi..singgah blogwalking sini...selamat hari raya...suka tgk sedondon hijau (my fav color) comel2 gituπŸ˜‰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Irissha! Ohh favourite colour eh. Jarang org suka colour hijau ni..

      Padam
  12. selamat hari raya Nad, lawa baju sedondon dengan keluarga ...keluarga saya tema warna warni gituuuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari Raya Saidila! :) Hehe alhamdulillah, rezeki dapat sedondon dengan family..

      Padam
  13. Wow... Cantik warna baju raya sedondon tu..apapun, selamat hari raya dan selamat menempuh alam rumahtangga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe thank you awak :) Selamat Hari Raya juga ye!

      Padam
  14. kak nad nak kahwin dahhhhhhhh? wahhhhh bestnya :( lama sungguh tak tengok update akak, sampai dah nak kahwin dah ni. hahaha. selamat hari raya kak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Fieyqa! Sabtu ni to be exact! Hahahha bestnya tapi kenapa emoji sedih tu haha. Tulah, akak pun dah lama tak singgah blog Fieyqa jugak. Banyak dah missed life update. Selamat Hari Raya Fieyqa! :)

      Padam
  15. I love to see how everyone is wearing matching colour clothes during Hari Raya. Looks so festive and warm. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahh, matchy matchy at our best! Selamat Hari Raya Tekkaus! :)

      Padam
  16. cantik!
    selamat hari raya aidilfitri! =)

    BalasPadam