Japan Travelogue : Seharian di Universal Studio Japan

4:05 PTG

Hi Assalamualaikum.

Universal Studio Japan

Universal Studio Japan (USJ). Fuhh, kalau ke Japan memang wajib sangat lah pergi ke Universal Studio Japan yang terletak di Osaka ni. Kalau tak pergi rasa macam satu kerugian besar. Punya excited sangat nak pergi haritu sampai Nad pun tersalah beli ticket hahaha. Boleh baca kerugian yang Nad alami dekat [SINI]. Tapi takpe, Nad pun dah redha dengan kejadian tersebut dan lupakan je. Cost yang Nad share sepanjang ke Japan tak termasuk cost kerugian ok.

Ticket ke Universal Studio Japan ni Nad beli pada harga RM 307 di Klook. Ini cuma harga entrance ticket sahaja ye. Nad tak jadi beli express pass punya sebab budget limited 😜 Nad recommend korang beli dekat Klook sebab harga boleh dikatakan murah berbanding website lain. Dan tak perlu print out pun. Dekat apps tu ada QR code, then scan je. Macam kita pergi tengok movie tu. Mudah kan?

Macam biasa perjalanan ke sini pun Nad naik train dalam 180 yen (RM6.72). Sampai-sampai je terus ikut ke mana yang ramai orang tuju, itu lah dia hahahah. Eeee memang excited betul lah tengok theme park ni dari jauh sampai waktu datang tu Nad tak nampak dekat mana globe Universal Studio. Dekat entrance tu ada maps, disarankan korang amik maps tu untuk memudahkan lagi perjalanan kat dalam. Takdelah jalan tak tentu arah. Ambil maps yg English ok. Kitorang dah tersilap ambil maps bahasa Jepun, buat-buat faham jelaaa.

Untuk makanan, kitorang bawak biskut, coklat, makanan ringan, dan gula-gula. Kena seludup masuk sikit la. Sebab time dekat entrance memang pihak security diorang akan check bukak bag satu-satu. Siap ada announcement tak boleh bawa makanan luar masuk dan harus check bag. Dekat dalam tu ada jual popcorn ya Allah memang semerbak bau dia. Then diorang jual ayam drumstick sedap gila tengok orang makan 😭 Kalau lah boleh makan......

Ok dah dah. Nad nak cerita pulak ride apa je yang Nad naik and tahap best dia macam mana.

RIDES

"The Wizarding World of Harry Potter"

Tempat first wajib tuju! Sebab memang paling famous kan, dan takut nanti kena beratur panjang. Well, sebab tak beli express pass kan ehehe. First ride kitorang naik "Flight of the Hippogriff". Yang ni beratur dalam 30 minit. Mula-mula Nad ingatkan ini ride yang syok tu. Rupanya ni ride biasa-biasa je. Cuma mula-mula cuak sebab dia takde belt atau palang yang tahan dekat bahu. Dia tahan dekat peha kita je. Tak seram sangat tapi menjerit jugak la hahhaha sampai sejuk gigi sebab time tu 6 degree celcius 😂

Universal Studio Japan

Ride dia camni je tapi best weh hahah.

Lepastu baru pergi ride yang sumpah best among the best! "Harry Potter and the Forbidden Journey". Yang ni beratur dalam sejam setengah camtu. Sumpah wei sumpah best gilerrr nak mati especially kalau korang peminat tegar Harry Potter mesti rasa macam ya Allah aku tak boleh lupa apa aku nampak! Time dalam ni memang kita tak boleh record ke apa. Kalau boleh rasa macam nak suruh mata kita ni record dan simpan dalam kepala selamanya! Tahap best dia tu sampai ride ni dianugerahkan world's number 1 ride.

Universal Studio Japan

Korang akan naik macam 'roller coaster' pastu experience segala apa yang terjadi macam dalam movie Harry Potter. And semua benda tu macam real gila. Kalau lalu api memang kita rasa panas haba dia. Kalau pergi belah air rasa sejuk dia. Effect dia memang gempak gila. Nanti korang akan join Quidditch Game kejar Golden Snitch sama-sama dengan Harry Potter. Ride ni umpama bawa korang masuk realiti dalam dunia Harry Potter. Amazing sangat!

Dalam perjalanan nak sampai ke ride ni, korang akan lalu "Hogwarts Castle Walk". Yang istana penuh gambar lukisan dekat dinding, and dia memang gerak-gerak for real. Time ni tak dapat ambil gambar dah sebab bag dah tinggal dekat bawah. Tapi kalau beratur line lain yang khas untuk tour dekat castle, yes boleh ambil gambar. Tapi Nad tak masuk yang castle tour ni sebab nak kejarkan pergi naik ride lain.

Dekat sini juga ada "Wand Magic". Diorang ada jual wand. Korang boleh follow location yang boleh baca spell, then nanti betul-betul ada effect. Yang ni kita tengok budak-budak jela main heheh. Mesti diorang impressed gila cast spell lepastu api menyala la, pintu terbukak lah, air mengalir lah. Power idea diorang ni!

Universal Studio Japan

Dekat area sini pun ada banyak tempat makan dan kedai cenderahati jugak

Lepastu lalu dekat "Jurassic Park - The Ride". Ride ni korang akan duduk dalam 'boat roller coaster' camtu pastu diorang akan menjunam jatuh 25.9 meter ke arah river. Takdelah masuk dalam river pun hahaha, tapi air dia punya percik tu boleh basah jugak la baju kan. So, kitorang decide untuk tak naik ride yang ni 😂 Because its winter, 6 degree celcius, and its our first day here so our body just cannot adapt with the coldness just yet hahah.

The Flying Dinosaur

"The Flying Dinosaur". Ini ride kedua best yang Nad naik dekat Universal Studio Japan! Sumpah first time naik ride jenis camni yang memang terbalik! Hahahaha. Beratur untuk ride ni dalam 2 jam atau 2 jam lebih macamtu, serious memang lama. Pastu terjumpa pulak dengan other Malaysian yang travel solo. Btw, ride ni adalah track yang terpanjang di dunia.

Untuk ride ni, perempuan yang bertudung diorang akan bagi macam baju hujan 😂 Kelakar gila pakai benda alah ni. Mula-mula tak faham jugak apa la motif kena pakai kan. Lepas dah naik ride yang paling gilaaaaa ni, baru faham function baju hujan tadi tu. Kalau tak memang boleh tercabut tudung. First sekali posisi kerusi tu dah memang terbalik, lepastu ride dia paling laju, paling tinggi gradient. Rasa macam nak tercabut jantung. Taktau lah kalau ride ni masih ada jugak yang berani nak lepas kedua belah tangan. Kalau berani lepas jugak memang gila lah. Even minah salleh yang duduk sebelah pun duk "OMG OMG" hahahaha.

Universal Studio Japan

Next, kita try "The Amazing Adventures of SpiderMan - The Ride 4K3D". Yang ni pun besttt hahahah. Sama jugak dia seumpama bawak kita masuk dalam cerita Spiderman tuuu. Rasa macam kita terbang sama ikut dengan Spiderman. Pastu jumpa dengan Octavius hahah. Rasa macam terbang weh sebab Spiderman kan dok lompat sana lompat sini.

Universal Studio Japan

Universal Studio Japan

And then, kitorang pun masuk la dekat bahagian "Minion Park". Memang meriah teruk dengan suara Minion tu di sana-sini and suasana serba kuning ahaha. Lepastu ternampak game "Freeze Ray Sliders" hahahha. Nampak macam budak-budak je yang main, tapi ada jugak sikit orang dewasa. Mula-mula ingat taknak try sebab dia macam ada sembur air sikit-sikit and ride dekat atas ice. Kan pergi time winter, so apape yang melibatkan air ni memang berat sikit nak join sebab takut menggigil nanti hahhaa. Tapi sebab dia sembur pun macam sikit je, so kita try jugak lah. Naik fun-fun je ride yang ni hahha. Okay lah kalau nak jerit and bergelak tawa. Waktu dia berpusing tu rasa geli perut je hahah.

Universal Studio Japan

"Freeze Ray Sliders"

Masih di bahagian Minion lagi, kita try ride "Despicable Me Minion Mayhem" pulak. Haa yang ni beratur lama hahaha. Berjam jugak lah. Tapi ride dia pehhh best. Macam Harry Potter dan Spiderman pulak. Cuma Minion ni kan asyik lompat-lompat, so banyak aksi melompat and bounce jela hahah. Tapi dia punya jerit pun best jugak, ditambah lagi dengan suara annoying Minion tu eee geram jer. Tapi instead of menjerit, minion punya ride more to bergelak ketawa.

Despicable Me Minion Mayhem

Universal Studio Japan


Cute kannnn!?

Universal Studio Japan

SHOWS

Selain daripada rides, dekat Universal Studio pun ada banyak attractions lain tau. Antaranya shows yang memang gempak. Cuma apa yang buat dia tak berapa gempak sebab bahasa in Japanese hahahhaa. Dah macam apa lah kita katsitu duduk tengok shows tanpa faham bahasa apa dia cakap. Tapi still menarik. Sebab 2D, 3D, 4D. Show yang Nad tengok seingat Nad cuma dua je iaitu "Terminator" dan "Shrek Adventure"

Jalan cerita memang menarik la. Even korang tak faham bahasa pun, tapi kira macam boleh faham jalan cerita sikit-sikit lah. Still terhibur juga. Takdelah totally blank sampai cam apa ni bosan. Haaa. Btw, show ni agak la juga ye dalam setengah jam. Tapi alang-alang dah penat berjalan, kita buat-buat nak tengok show pulak lah. Boleh duduk sekejap ahaha.

So far itu jelah rides and shows yang Nad tengok. Btw kalau korang pergi USJ, kena tengok jugak waktu tu rides apa yang unavailable. Sebab kadang-kadang dia closed for maintenance. Kena rajin bukak website sebab anything pihak USJ akan update dekat website.

Universal Studio Japan

Dah malam baru sempat ke globe Universal ni sebab siang tadi lupa diri jap hahah

Sebelum sampai ke Diamond Hotel, kitorang singgah Lawson jap beli nasi putih untuk dinner. Sebab ada bawa kari ayam instant dan serunding dari Malaysia. So dinner itu jela. Tak lupa jugak, beli hot pack hahahhha. Sebab menyesal kan harini sejuk sangat, beli hot pack siap-siap untuk pakai esok hari. Baru boleh berjalan dengan tenang. Tak ingat harga tapi beli nasi dengan hot pack ni dalam RM6.54 jee.

Next post : Osaka Castle 
                 : Tempozan Giant Ferris Wheel
                 : Umeda Sky Building
                 : Dotonbori

You Might Also Like

17 ulasan

  1. Oh my...!! Seronok nya! Dah sampai Universal Studio Japan tu... Kita ni kat singapore pun lum sampai. Excited tengok apa yang ada kat sana. Tak dapat pegi baca bayangkan pun enjoy. Bagus perkongsian yang lengkap 👍

    BalasPadam
  2. bila baca story nad ni..mcm k.el pun ada kat situ jugak..lagi2 cerita pasal naik ride tu..adoiyai kita pulak seram bila kat ride harry poter tu hahaha..ntah bila nak sampai USJ ni..tingin plak nak pi

    BalasPadam
  3. Nak pergi jugak nnt kalau ada rezeki nak jumpa hello kitty

    BalasPadam
  4. wahhh rasa macam best je semuanya.. beruntung la korang dapat pi sana.. tapi tu laaaa.. tak puas baca entri.. nak videoooo.. huhuhu.. awat la depa tak kasi rakam ek.. hehehehe.. nak jugak tengok macam mana yang real kat dalam tu..

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat pergi jalan jalan negara orang ni. Nad, Fadzi suka baca entry travel ke jepun nad ni sebab nad buat detail habis. Kalau sape nak pergi jepun ni, memang berbaloi la baca entry entry nad ni

    BalasPadam
  6. Bestnye..I pun rasa macam nak pegi lagi sekali walaupun hari tu experience kena kejar zombie sampai sakit lutut. Next time pergi memang nak avoid halloween month.

    BalasPadam
  7. teringin nak pegi USJ sebab ada harry potter! untungnyaaa

    BalasPadam
  8. Serronoknya holiday dekat Japan, teringin juga nak kesana.. terima kasih diatas perkongsian ini... suka baca info disini

    BalasPadam
  9. Wahhh bestnya nad dah sampai sana. Dari jalan cerita pon sis dah teruja giler.. bab tudung boleh tercabut tu kelakar. Mesti penah berlaku kan. Sebabtu standby baju hujan. Ni kalau bawak anak lagi teruja sebab ada minion. Hope dapat jejak jugak.

    BalasPadam
  10. Seronoknya jalan2 jepun. Masuk taman tema ni bukan kanak2 jer excited. Orang dewasa pun sama. Macam kembali kan kenangan zaman kanak-kanak

    BalasPadam
  11. Wahhhh bestnya berpeluang dtg ke sini. USS yg sebelah tu pon belum dpt singgah apatah lagi USJ. Nampak syiok betul ya rides tu. Mesti kne beratur panjang. Tp berbaloi sbb bukan selalu pon kan.

    BalasPadam
  12. Yang Harry Potter tu macam seronok gila. Walaupun taklah peminat tegar tapi layan juga novel dan movie. Haha. Japan memang wishlist untuk travel. InsyaAllah ada rezeki nak ke sana. Tq share trip ni.

    BalasPadam
  13. Bestnya sampai ke Jepun perginya kita yang dekan negara jiran nya USS tu pun tak sampai lagi hehehehe tengok orang bercuti tempat menarik macam ni kita pun nak pergi juga lah....

    BalasPadam
  14. gigih kita baca entry awok tau..ya ampun bestnya naik pelbagai ride ni..kita siap bayangkan tau..hahaha..bila la dapat pergi ke sini ya..hehehee..kene kumpul duit ni

    BalasPadam
  15. Nadddd....bestnya nad berjalan ke Jepun. Teringin sangat-sangat. Tapi buat masa sekarang tak boleh nak berjalan sangat. Kena focus kat something else dulu.

    BalasPadam
  16. best la nad pergi usj ni. rindu jepun juga

    BalasPadam
  17. You are living my dream travel list. This is definitely one of the travel-musts in Japan. I am like slowly planning my trip to cover the whole of Japan before I hit the age of 35.

    BalasPadam