KITKAT Ruby dan KITKAT Chocolatory Kini di Malaysia

10:03 PG

Hi Assalamualaikum.
 KITKAT Ruby

KITKAT Ruby! Wahhh, Nad memang excited betul bila KITKAT Ruby ni dah mula available di Malaysia. Sebab nama dia pun sama nama dengan favourite character Nad di game Mobile Legend ๐Ÿ˜‹ Apatah lagi warna dia pun pink. Nad sendiri sempat mendengar sejarah KITKAT dari mula penubuhan pada tahun 1935 sehingga kini. Memang banyak perubahan dan penambahbaikan kalau nak dibanding dengan waktu mula penubuhan.

Jom ikuti Nad to "Discover the World of Breaks" mengenai produk KITKAT ni. KITKAT mula ditubuhkan pada 1935 dan berada di bawah rangkaian produk Nestle pada 1988. Sejak itu, KITKAT sudah mula dipasarkan ke 14 buah negeri di Malaysia. Ia juga diperbuat dari 100% biji koko menerusi Nestle Cocoa Plan; di mana ia membantu menaiktaraf kehidupan peladang koko dari segi kualiti hidup dan masa hadapan. Nestle Cocoa Plan ini beroperasi berdasarkan 3 tunggak utama iaitu "Better Farming, Better Lives, Better Cocoa".

KITKAT Ruby

KITKAT Ruby

KITKAT Ruby

Jangan risau juga ye, kerana KITKAT sudah diisytiharkan 100% halal, baik secara domestik mahupun antarabangsa.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi KITKAT kini sudah mengeluarkan lebih kurang 10 jenis perisa di pasaran. Antaranya KITKAT Milk Chocolate, KITKAT Chunky, KITKAT Mini, KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, dan KITKAT Rose. Kalau nak vote antara KITKAT Duo Teh Tarik dan KITKAT Rose, Nad personally lebih memilih KITKAT Duo Teh Tarik.

KITKAT Ruby

Seiring dengan makanan-makanan tradisional Malaysia, KITKAT juga kini telah mengeluarkan perisa KITKAT nasi lemak, KITKAT durian delight, KITKAT ais kacang, dan KITKAT onde-onde. Fuhh, mesti curious kan macam mana lah agaknya rasa coklat dalam versi KITKAT ni. Sedap ke tak sedap? Boleh masuk tak dengan tekak kita orang Malaysia ni? Hehe.

Idea yang diketengahkan memang unik. Tapi bukan mudah ye tekak kita orang Malaysia nak menerima idea yang baru seperti ini. Personally bagi Nad yang paling sedap ialah KITKAT onde-onde diikuti ais kacang, durian delight dan nasi lemak.

KITKAT Ruby

KITKAT Ruby!

KITKAT Ruby


KITKAT Ruby

KITKAT Ruby yang berwarna merah jambu pula merupakan varian coklat baharu pertama di dunia yang dicipta setelah 80 tahun selepas coklat gelap, coklat susu, dan coklat putih. Yang menariknya, ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang pewarna, perasa, aditif, mahupun sebarang pengubahsuaian genetik. KITKAT merupakan yang pertama di dunia menggunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko Barry Callebaut dari Switzerland, daripada biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara-negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil.

KITKAT Ruby

"Kami teruju untuk membawa Kitkat Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini. Proses yang digunakan untuk membuat coklat Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat. Kitkat sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna, dan dengan perisa buah-buahan yang terdapat secara semula jadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selera, pengguna kami pasti seronok menikmati Kitkat Ruby" - Encik Sacchin Goel (Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi NESTLE Malaysia

Time tu jugak kitorang boleh rasa macam mana sebenarnya perisa Kitkat Ruby ni. Masya Allah, sedap!!! Speechless lah tapi memang sedap sangat. Dah la comel warna pink, lepastu rasa dia ada macam masam sikit tapi memang tak puas nak rasa. Habis je terus tambah, tambah dan tambah sebab sedappp sangat lah.

KITKAT Ruby

KITKAT Chocolatory

Setelah habis pelancaran KITKAT Ruby, kitorang terus dibawa ke Kitkat Chocolatory Store yang terletak di Mid Valley. Dekat sini, korang boleh custom KITKAT sendiri mengikut citarasa masing-masing. Be creative ok sebab ada lebih 10,000 kombinasi coklat dan topping buatan tangan untuk korang pilih sendiri. Dengan konsep open kitchen, dekat Kitkat Chocolatory Store ni korang boleh saksikan sendiri proses Kitkat pilihan korang dibuat. Haaa excited tak?

KITKAT Ruby


KITKAT Ruby

Jangan lupa ok untuk ke KITKAT Chocolatory Store yang pertama di Asia Tenggara ni. Store dia terletak di F048, Tingkat 1, Mid Valley Megamall. Atau boleh juga order online sama ada di Lazada, Shopee, mahupun 11Street untuk penghataran terus ke depan pintu rumah anda. 

More info : KITKATMalaysia

You Might Also Like

3 comments

  1. sedapnya coklat kit kat..:)

    BalasPadam
  2. OKlah dah pernah rasa yang pink tu apa ntah nama dia tak manis sangat just nice.

    BalasPadam
  3. teringin sangat nak merasa kitkat ruby tu, cari dekat kedai2 pun tiada :D

    BalasPadam