REVIEW : Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum by Syafiqah Ainaa

1:20 PG

Asslamualaikum Hai.



Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Fuhh, memang viral betul kan produk ni. Merata-rata kita tengok orang share positive feedback lepas pakai Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Memang perubahan ketara betul dekat kulit. Dari kulit yang bermasalah terus kulit jadi sihat dan glowing, apatah lagi lepas pakai berbotol-botol. Nad tengok even yang kulit lebih bermasalah dari Nad pun dah berjaya flawless.





Pastikan beli yang original ya. Ada hologram macamni [NSAbeau] di belakang kotak.

Kita sebagai perempuan ni bila tengok orang pakai produk bagus dan beri positive feedback, mestilah kita rasa nak cuba juga kan. Walaupun mula-mula fikir dua tiga kali jugak, memikirkan ni produk local. Tapi disebabkan ramai yang bagi positive feedback, apa salahnya kita try kan hehe.





Ainaa Cleanser | RM45 | 50 ml

Ainaa Cleanser ni turut dikenali dengan nama 2 in 1 purifying gel. Kenapa 2 in 1? Sebabnya cleanser bukan hanya bertindak sebagai cleanser, tetapi juga sebagai make up remover. Worry not, cleanser ni akan membersihkan segala jenis make up, debu, dan kotoran bukan sahaja pada permukaan kulit muka, malah membersih jauh sehingga ke dalam pori. Kalau mengikut Ainaa, tak perlu basahkan muka pun untuk remove make up ni. Tapi Nad macam kurang selesa, so Nad basahkan je muka. Mana-mana cara pun boleh. 

Texture cleanser ni sejenis gel. Waktu Nad guna untuk remove make up, memang langsung tak berbuih. Biasa benda-benda yang tak berbuih ni bagus sebab lebih natural. Yang lagi best sebab produk ni 100% paraben free, sulfate free dan mineral oil free. 





Ainaa Serum | RM65 | 15 ml

Si kecil Ainaa Facial Serum. Kalau pakai ni memang tak puas sebab packaging dia kecil comel molek gitu. Texture serum ni pun sama sejenis gel. Senang nak sapu rata di permukaan kulit. Boleh sapu rata menggunakan teknik "dab dab" bagi lebih cepat meresap jauh ke dalam kulit. Bila korang pakai serum ni, langsung tak rasa muka melekit. Rasa macam tak pakai serum pun. Sebab memang kejap je dah blend dengan kulit. 

Disarankan korang pump dua hingga tiga drops serum untuk penggunaan di muka. Tapi, Nad pakai satu pump pun dah cukup ๐Ÿ˜… Apa pun, korang boleh pakai serum yang secukupnya pada kulit ya. You know your skin best! Benda first yang korang akan perasan tentang serum ni adalah kewangiannya. Jarang-jarang serum berbau wangi kan, tapi Ainaa Serum ni memang wangi. 

Ainaa Serum juga bukan sekadar serum biasa yang kita jumpa. Selain boleh membuat kulit kelihatan lebih cerah, ia juga akan memperbaharui pembentukan sel pada kulit serta memudarkan parut. Pembaharuan sel kulit memang penting untuk memastikan sel kulit mati terbuang sepenuhnya dan diganti dengan sel baru yang lebih sihat, cantik, dan smooth. 



Kedua-dua produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ni sesuai untuk pelbagai jenis kulit seperti kulit normal, berminyak mahupun kulit berjerawat. Purata testimoni mengatakan kesan penggunaan produk ni boleh dilihat seawal 14 hari! Haa, korang cuma perlu bersabar je dan in shaa Allah ada kesannya nanti. Apa pun bergantung juga kepada jenis kulit. Kalau tak sesuai, boleh stop penggunaan ye.



Nad sertakan sekali video cara pemakaian yee :)

Anyway, ada banyak lagi testimoni best-best berkenaan Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum yang korang boleh tengok dekat media social rasmi Ainaa tau. 

Instagram : @nsabeautyofficial

You Might Also Like

9 comments

  1. Wahhh... Makin berseri lah Nad lepas ni...

    BalasPadam
  2. Byk review best2 pasal serum and cleanser ainaa ni.. one day nanti nak cuba juga lah. hehe

    BalasPadam
  3. Bila serasi boleh teruskan Nad..

    BalasPadam
  4. Lawa packing Ainaa ni, baca review pun semua best2. Boleh consider jugak rasanya ni..btw makin cantikla awak lepasni :*

    BalasPadam
  5. Pernah macam nak try jugak sebelum ni, tapi tak berani. Hehehehehe ok lah ni kiranya?

    BalasPadam
  6. Tqa banyak dengar pasal product Ainaa ni but I'm not that familiar with it. Yang paling famous is her latest product. It cause a stir among netizen haha dorang cakap harga dia harga nak pegi haji balik hari ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Tapi kalau product tu betul2 berkesan, why not spend lebih sikit kan? Masing2 punya preference :)
    Looking forward to see the changes and the outcome.

    BalasPadam
  7. tengok testimoni macam menarik. one day boleh cuba maybe..

    BalasPadam
  8. How about their new sunscreen. Nad nak try tak hehe

    BalasPadam