Dugaan Salah Beli Entrance Ticket ke Universal Studio Japan di Klook

12:56 PTG

Assalamualaikum Hai.


Salah Beli Ticket ke Universal Studio Japan (USJ). Haaa, kan dah tak surprise. Baru nak rahsia-rahsia kita pergi bercuti kan, surprise la kononnya. Sekali tragedy terjadi terus kena luahkan dekat sini 😭 Sedih betul . Dah murung beberapa hari disebabkan kejadian ni.

Memang planning nak beli sendiri je. Sebab fikir kalau beli dekat agent mungkin dia akan mark up ke apa. Lagipun Nad dah pernah beli through Klook, proses dia pun mudah dan senang faham. Lagipun, pembelian ni in English so memang reti la nak beli sendiri.

Alkisahnya, Nad nak beli ticket Universal Studio Japan (USJ), Osaka. Dari haritu tengok harga dia RM279. Tiba-tiba beberapa hari lepas tengok RM281. Disebabkan fikir harga akan terus naik lagi la Nad kalut nak beli kan. Lepas je Nad select date yang kitorang nak pergi, harga jadi RM311 pulak. Ish, geram la kita sebab makin menaik pulak kan. So Nad pun refresh la balik, and select yang harga RM281 dan terus buat payment.

Lepastu bila dapat confirmation email Nad jammed sekejap sebab tengok tarikh dia bulan 1. Time ni baru nampak perbezaan rupanya ada Ticket A dan Ticket B. Patutlah time Nad select date yang Nad nak pergi automatic dia terus tukar jadi Ticket B (RM311). Tapi time tu Nad nakkan harga yang Ticket A (RM281). Tu yang dok pi refresh balik. Sudahnya habis salah beli dah.

Pastu Nad check-check, instant confirmation pulak. Maksudnya ticket yang Nad beli tu dah finalized and confirmed. Lepastu ternampak pulak perkataan no cancellation. Ya Allah, korang boleh bayangkan berdebar camne time tu. Dah la Nad tolong belikan ticket untuk kawan Nad sekali tau. Kiranya satu transaction tu Nad beli dua ticket. Pening kepala fikir wei.

Dah la Klook ni Nad tak jumpa talian hotline dia. Terpaksa la ambil langkah dengan email je. Nad pun email Klook dan cerita masalah Nad. Ini pula reply dari Klook.

Sedih wei takleh cancel, takleh refund, takleh change date

Kiranya bermula 10 January 2019 haritu memang ada perbezaan harga mengikut tarikh. Dia depends on peak and off-peak season. Harga yang sepatutnya Nad beli ni middle price la hmmm.

Kiranya ticket memang burn. Hmmmm. Murung. Terus tak bersemangat dah nak plan vacation. Masalahnya flight, accommodation, and itinerary semua dah siap. Tinggal nak beli ticket jer. So sekarang tengah buat back up plan. Hmmm. Baru berangan nak beli express lane Pass 7 semua. Kalau macam ni memang takkan beli la gayanya sebab dah burn haha. Entrance ticket ni in shaa Allah Nad akan re-purchase semula yang Ticket B. Tapi sama ada nak beli express lane Pass 4 atau tidak, masih difikirkan lagi.

Korang doakan semua dipermudahkan ya.

You Might Also Like

23 ulasan

  1. Aduh.. harga tiket pandai naik pula. dugaan.~ Tapi bestnya dengar sis ada plan nak g ke universal studio tokyo~ kalau sis jadi pergi, jangan lupa share story.

    http://www.imaginasiklasik.com/

    BalasPadam
  2. aduii 2 tiket lak tu ye kena burn..sabar je lah maybe ada hikmah sebalik kejadian itu..just stay positif..nak vacay kena happy2..enjoy tau

    BalasPadam
  3. Wahh best nya dapat pergi vacation. Sabar ye, mesti ada yang terbaik disebalik kejadian salah beli tiket ni.

    BalasPadam
  4. oh no... next time hv to be extra careful before clicking buying... It's been so many years since I went USJ... such a cool place to be in..

    BalasPadam
  5. Allah...kalau akak kan...murung sebulan dah ni...memang x leh tido malam dah ni...silap hb bacaan darah tinggi akak akan naik terus..apapun stay positif, anggap ianya dugaan...next time kena lebih hati- hati ok?

    BalasPadam
  6. Stressnya kalau benda-benda macam ni terjadi T^T

    BalasPadam
  7. Adui! sedih nye. Boleh faham perasaan Nad. Memang tiket USJ ni camtu depends on demand and season jugak. Tak Nad, semua ni ikut takdir gak. Just go there with the mind to enjoy. Semoga di permudahkan...

    BalasPadam
  8. aduhh..macam mana boleh silap ni Nad hehe..kitorg pernah last year, wife yg buatkan semua. Sebab nak buat sendiri risau takleh nak fokus btol2..beli pun kakt Klook gak

    BalasPadam
  9. xpe nad.ada rezeki lain nak mai tu hehehe.jangan sedih2 taw.pergi cuti dengan happy2 je :D

    BalasPadam
  10. Alahai sedihnya... Sebab tu kadang serius scarry bab beli tiket macam ni.. pernah tersalah juga dulu burn jer masa tu.. Moga dipermudahnkan segala urusan

    BalasPadam
  11. Aduhhhhh.. Stress kan kalau beli2 sekali salah. .sebab pernah rasa mcm ni... Dia punya pucat tu Ya Allah. .. Harap2 dipermudahkan urusan Nad

    BalasPadam
  12. Kesiannya! Sebab tu saya klu nk plan beli2 tiket tengok betul2 dulu. Tak akan book terus. Takut jadi gini. Tak pe nnti ad rezeki lain dtg tu. Insyaallah. No worries ya. Happy holiday soon ...

    BalasPadam
  13. bertabah la Nad. dah nak tersilap memang nak buat macam mn kan?
    jangan stress k...fikirkan nak holiday happy-happy je tau..
    insyallah ada rezeki lain nanti... enjoy ur holiday adik

    BalasPadam
  14. Adoihaiiii bertabahla. Mungkin ada hikmah bila berlaku. Kita akan lebih berhati2 lps ni. Apapun happy holiday ya :-)

    BalasPadam
  15. ohhh thats too bad for no cancellation. anyway i always know disney in japan, first time only i know again universal jugak! haha anyway hope you have fun and have a safe trip

    BalasPadam
  16. Dahlah harga tiket mahal, lepas tu burn pulak..memang tension le dibuatnya.
    Sis masa ke jepun pun tak masuk sini coz harga tiket mahal dn kalau masuk pun tak main apa2 n beli apa2 dlm sana..so duit tu banyak benda leh beli

    BalasPadam
  17. Aduh.. Salah beli ke.. Wawa penah gk salah order tiket masuk kt tmpt lain sbb dia slh mention.. Mmg rasa nk nangis sbb mahal.. Tp nsb syarikat tu nk bertanggungjawab...

    BalasPadam
  18. Kalau saya, nangis tu tiket burn. Dah lah mahal kan. Tak apa lah benda dah jadi kan nad. Lepas ni kena berhati hati kalau nak beli benda benda mahal dan ada date macam ni

    BalasPadam
  19. Aduh.. terasa macam kerugian disitu tapi jangan dikesalkan yea.. mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.. dont worry tau.. ada gantiannya tu.. takmo sedih2

    BalasPadam
  20. hmm memang murung satu harilah jawabnya hehe. It's okay next time boleh ke USJ lagi, cheers ! :)

    BalasPadam
  21. MMm..kalau jual kat orang lain pastu beli tiket baru hehe..(^_^) tak taulah enjoy je lah..hehe ..

    BalasPadam
  22. Omg Nad, sedihnyaa tiket burn macam tu aje. Next time check betul betul okay.

    BalasPadam