Jadual Cuti Umum Tahun 2019

10:38 PG

Asslamualaikum Hai.

Jadual Cuti Umum 2019. Dekat hujung tahun ni, mesti ramai yang dah mula merancang untuk aktiviti tahun hadapan kan. Mungkin ada yang nak pergi travel, nak bersalin, nak berkahwin, atau sebarang aktiviti yang memerlukan perancangan awal. Dulu, Nad tak pernah ambil tahu pun hal-hal cuti umum ni. Kita amik tahu bila cuti semester je 🙊 Tapi sejak bekerja ni, penting juga untuk tahu bila cuti umum. Senang nak apply cuti hehe.

Image result for hello 2019

Photo : Depositphotos

Dekat sini Nad sertakan jadual cuti umum tahun 2019 bermula dari bulan Januari sehingga lah Disember bagi memudahkan perancangan awal korang. Eh eh, cakap orang padahal diri sendiri pun sibuk nak tahu bila cuti hahahah.

JANUARI
  • 1 Januari (Selasa) - Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu)
  • 14 Januari (Isnin) - Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  • 20 Januari (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
  • 21 Januari (Isnin) - Hari Thaipusam (KL, Selangor, Johor, Penang, Negeri Sembilan, Perak, Putrajaya)

FEBRUARI
  • 1 Februari (Jumaat) - Hari Wilayah Persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya)
  • 5 Februari (Selasa) - Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  • 6 Februari (Rabu) - Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua negeri)

MAC
  • 4 Mac (Isnin) - Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  • 23 Mac (Sabtu) - Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

APRIL
  • 3 April (Rabu) - Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis)
  • 15 April (Isnin) - Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 19 April (Jumaat) - Good Friday (Sabar, Sarawak)
  • 26 April (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

MEI
  • 1 Mei (Rabu) - Hari Pekerja (Semua negeri)
  • 6 Mei (Isnin) - Awal Ramadan (Kedah, Johor, Melaka)
  • 7 Mei (Selasa) - Hari Hol Pahang (Pahang)
  • 19 Mei (Ahad) - Hari Wesak (Semua negeri)
  • 20 Mei (Isnin) - Cuti Hari Wesak (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • 22 Mei (Rabu) - Hari Nuzul al-Quran (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak)
  • 30 Mei (Khamis) - Pesta Kaamatan (Labuan, Sabah)
  • 31 Mei (Jumaat) - Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan, Sabah)

JUN
  • 1 Jun (Sabtu) - Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun (Ahad) - Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 5 Jun (Rabu) - Hari Raya Aidilfitri (Semua negeri)
  • 6 Jun (Khamis) - Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua negeri)

JULAI
  • 7 Julai (Ahad) - Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Penang)
  • 13 Julai (Sabtu) - Harijadi YDPA Negeri Pulau Pinang (Penang)
  • 17 Julai (Rabu) - Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  • 22 Julai (Isnin) - Hari Sarawak (Sarawak) 

OGOS
  • 11 Ogos (Ahad) - Hari Raya Haji (Semua negeri)
  • 12 Ogos (Isnin) - Hari Raya Haji Kedua (Semua negeri)
  • 31 Ogos (Sabtu) - Hari Kebangsaan (Semua negeri)

SEPTEMBER
  • 1 September (Ahad) - Cuti Hari Kebangsaan (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • 2 September (Isnin) - Cuti Awal Muharram (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terenggu)
  • 9 September (Isnin) - Hari Keputeraan YDPA (Semua negeri)
  • 16 September (Isnin) - Hari Malaysia (Semua negeri)

OKTOBER
  • 5 Oktober (Sabtu) - Harijadi YDP Sabah (Sabah)
  • 5 Oktober (Sabtu) - Hari Hol Almarhun Sultan Iskandar (Johor)
  • 11 Oktober (Jumaat) - Harijadi YDP Negeri Melaka (Melaka)
  • 12 Oktober (Sabtu) - Harijadi YDP Negeri Sarawak (Sarawak)
  • 24 Oktober (Khamis) - Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
  • 27 Oktober (Ahad) - Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)
  • 28 Oktober (Isnin) - Cuti Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak, Johor, Kedah Kelantan, Terengganu)

NOVEMBER
  • 1 November (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
  • 9 November (Sabtu) - Maulidur Rasul (Semua negeri)
  • 11 November (Isnin) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 12 November (Selasa) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)

DISEMBER
  • 11 Disember (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  • 25 Disember (Rabu) - Hari Krismas (Semua negeri)

Haa, so far inilah cuti-cuti umum yang kita ada untuk tahun 2019. Bergantung juga anda duduk di negeri mana ye. Ada yang dah mula merancang untuk aktiviti tahun 2019 ke? Kalau belum, anda sudah boleh merancang sekarang. Ada sebulan lagi sebelum kita habis tahun 2018 dan masuk ke tahun 2019. Happy New Year 2019! 😜

You Might Also Like

20 ulasan

  1. Macam tak banyak cuti je ni? Hahahaha padahal suri rumah. Mana ada cuti. 24/7 kerja. Keh³. Baru smlm dok tanya husband, ada dpt kalendar tak? Huhu harini dah terbaca pasal cuti 2019. Terbaik!

    BalasPadam
  2. any long weekend for 2019? haha i think most of the 9-5 employees would love to see back to back holiday for long weekend so that can play for short getaway or vacation!

    christmas buffet with discount promo code!

    BalasPadam
  3. Tu dia. Dah sampai dah jadual cuti 2019. Boleh la nak rancang percutian kan. Dan boleh start menabung too!

    BalasPadam
  4. Ini sangat penting kalau nak merancang cuti keluarga. Nak nak kalau nak travel jauh2. Kalau boleh tak nak la kacau waktu anak tengah sekolah kan?....tapi ikutkan banyak juga cutinya tu...

    BalasPadam
  5. Susah la nak plan holiday next year. Kerja baru I memang terlebih busy. Harap di permudahkan next year. Muahahaha...Good information for planning nad!

    BalasPadam
  6. haa dah start dah tengok cuti untuk next year nii haha dah mula laa diundang perasaan nk bergetaway bagai nnt ni kan hehe. penting ni tau cuti2 especially if ada anak2 yg bersekolah kan. mmg kena alert semua ni hehe.

    BalasPadam
  7. Dah boleh lah plan bila nak pergi bercuti tahun depan. Hahah!

    BalasPadam
  8. Pejam celik nak masuk 2019. Kita awal tahun dah kena berkampung dalam wad 5 hari. Tengok cuti umum ni terbayang holiday je. Haha

    BalasPadam
  9. Tahun 2019 ini memang banyak sangat cuti yang panjang lebih daripada 3 hari hehehe bestlah boleh plan untuk bercuti jauh-jauh sikit hehehe ok lah ada kalender macam ni senang nak beli tiket flight bermula sekarang jom terbang...

    BalasPadam
  10. wahhh dah ada senarai cuti..best ni..kalau simpan blh jadi rujukan,,senang nk plan cuti sekolah ank kan hehehe...cuti raya plg penting nak plan betul2

    BalasPadam
  11. Siqah tak pernah ambil kira cuti umum Malaysia sebab tak ikut cuti Malaysia pun. Hihi. tahu Hari Raya bila je :D

    BalasPadam
  12. Dah ada jadual cuti ni bukan saja mudah kalau nak plan kenduri, cuti atau travel plan sebenarnya bahkan kami yang seller ni pun boleh plan marketing strategi dah lebih-lebih lagi masa musim perayaan nanti hehe. TQ for sharing ye

    BalasPadam
  13. Hehe I'm starting to plan for my trips and holidays for 2019 already, hoping for a good year ahead.

    BalasPadam
  14. Memang kena planning cuti. Suami gov. Huhu..kadang public day pon kena keje.. redha jela..masa tu pack. Ni pon tak sangka dah hujung tahun. Ramailah parents sibuk buat persiapan anak nak sekolah.

    BalasPadam
  15. Bagus Nad..hampir terlupa dah nak amik tahu pasal cuti tahun depan..tapi macam tak sebest cuti 2017 je kan..hehe

    BalasPadam
  16. wah untungla kalu dpt keje dgn syarikat yg follow cuti cenggini.. AM time cuti la time nak buat duit poket lebih.. huhuhu.. bukan senang nak survive kat KL.. macam nak beli..

    BalasPadam
  17. Alaaaa...x bestnya tahun depan x banyak cuti...birthday akak 6 June jatuh hari raya puasa kedua...yeayyyyy

    BalasPadam
  18. haaa...senang nak plan cuti-cuti ni, tq sis

    BalasPadam
  19. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    BalasPadam
  20. Yeay! Dah boleh plan cuti tahun depan dan boleh start menabung dah. Tq dik for sharing

    BalasPadam