Borong Buku di Big Bad Wolf 2018, MIECC

9:50 PG

Asslamualaikum Hai.


Big Bad Wolf 2018! Hehehe. Walaupun dalam kesibukan kerja, sempat jugak lagi nak menyinggah ke Big Bad Wolf ni. Seingat Nad, sebelum ni Nad dah pernah pergi sekali waktu Big Bad Wolf 2016 dulu di Times Square, Penang. Kali ni, Nad join the crowd again dengan kawan-kawan yang sama. Hahahah. Dengan harapan banyak lah buku yang diborong kalini.



Plan asalnya mula-mula tu nak join aktiviti-aktiviti volunteer dekat sekitar sini. Tiba-tiba tersebut pulak pasal Big Bad Wolf yang secara kebetulan tengah berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Terus masing-masing on nak pergi. Tapi kali ni kami pergi naik public transport je hahahah gigih tak? Sebab pergi on weekend, Nad malas nak hadap jammed dan berebut parking semua tu, maka hadap jelah naik ktm even 3 jam baru reti nak sampai.

Sampai ke sana, Nad memang dah set nak amik gambar dengan board Big Bad Wolf (Sebab 2 tahun lepas lupa nak amik). Tujuan Nad dating Big Bad Wolf kalini untuk cari buku genre motivasi dan novel-novel yang best. So bila sampai je, Nad tak belek pun buku dari satu meja ke satu meja. Nad skip bahagian children dan focus dekat bahagian adult/romance/self care, dan bargain. Pusing banyak-banyak kali pun memang pusing tempat sama je hahah.

Disebabkan Nad bangun lambat haritu, so tak sempat nak breakfast. Lepas 2 jam membelek buku, Nad memang dah lapar gila. Nasib baik ada Wolf Café berdekatan dengan area buku ni. Yang tak nasib baik sebab makanan dah banyak habis. So takde banyak choice sangat. Tapi sebab dah lapar kan so kita hadap jelah.


Orang parking trolley dekat depan café je

Habis makan, kita pun sambung belek buku lagi. Dekat area yang sama jugak hahaha. Sebab bila pusing banyak kali, rasanya staff dia ada tambah atau tukar buku dekat bahagian tu. Bila pusing je rasa macam buku dah lain, so takde bosan sangat. Waktu ni, Big Bad Wolf ada juga buat contest selfie dengan buku dan book haul. 20 orang pemenang harian akan dapat RM50. Manakala pemenang utama akan dapat buku Harry Potter collection bernilai RM1000+.  Niat asal Nad memang nak join tapi tangguh punya tangguh, tetibe dah tarikh tutup haha.


Ruangan Bargain

Hasil tangkapan Nad kali ni lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan Big Bad Wolf 2016. Dulu dapat beli 4 buku je, kalini dapat la 6 buah buku (2 buku motivasi, 5 novel). 6 buah ni pun Nad cukup puas hati dah hahah. Nak beli banyak sangat pun takleh jugak sebab kita kan naik public transport je, Jenuh nak usung buku tu ke sana ke mari nanti.




Setakat ni yang dah habis baca buku kecil OFF tu jela hahah. In shaa Allah by 2019 kita habiskan semua ni. 5 buah dalam masa setahun boleh kot kan. Nanti Nad share review each book dekat blog ok! 

You Might Also Like

27 ulasan

  1. seronoknyee.. dah x berpeluang nk p pesta buku cmni..

    BalasPadam
  2. such wonderful place to shop for books, yeah got the invite too but timing not suitable for us to go. I know some friends be going there to shop as they love reading.

    BalasPadam
  3. Wahh best2 buku Nad beli tu. Seronok ada BBW ni dapat beli buku pada harga yang berpatutan sangat kan :D Selamat membaca, Nad :)

    Fatina Mudz

    BalasPadam
  4. pernah pergi sekali je bbw ni. memang best bila ada buku pilihan kita.tahun ni tak dapat merasa pergi sebab semua jauh2 tsktsk. harap tahun depan ada la dekat2 punya sebab nak borong buku baby

    BalasPadam
  5. Jealous sangat tengok memasing update pegi bbw niii. Saya tak sempat nak pegii, tengok harga murah2 betul. Hukhuk

    BalasPadam
  6. I have been to this big bad wolf in Malacca twice but I have never been to the ones in KL. Arrgghh....miss this one. Should have gone now that I see I have missed so much.

    BalasPadam
  7. Wow! Cx tak pernah tahu dan pergi pon dekat BBW ni tau hahah hahah sedih dengan diri sendiri. Ini baru cx tahu . Banyak betul buku. Rindu moment nak baca buku tp tk boleh skrg. Ank² pon sama nak belek buku mak dia. Seronok tengok nad update

    BalasPadam
  8. BBW adalah lokasi bahaya bagi Rawlins - sebab pernah pergi setiap hari dan setiap kali akan bawa keluar sekurang-kurangnya 3 naskhah novel. So, now bertekad untuk habiskan timbunan buku baru pergi hahaha

    BalasPadam
  9. Bestnya ke sini.. Mcm2 boleh beli.. Wawa smpt grab kt karangkraf je.. Tringin nk ke big wolf ni.. Klo wawa ke sini mau xnk balik dok belek2 yg nk dibeli. Hahaha

    BalasPadam
  10. Whoa! nad pegi ! My friends went there and came back with 3 trolleys. Kalau I pergi tak tau berapa trolley muahahaha...So far I memang malas nak pergi tempat crowded camni. Leceh and pening kepala la.

    BalasPadam
  11. it's great to get books that we all really wanted in big bad wolf.. great deals as well.. so many choices..

    BalasPadam
  12. peminat buku mesti dtg big bad wolf utk shopping mcm2 jenis buku kan..tk pernah pegi..selalu tgk kwn2 borong mcm2 jenis buku kt sini

    BalasPadam
  13. ini adalah tempatnya pecinta buku, ulat buku dan juga tahi buku wakakaka jangan marah memang mereka akan suka dan terjerit-jerit kalau dapat pergi kat Big Badwolf ni kita kalau teman boleh lah nak beli hurrmmmm...

    BalasPadam
  14. this is one of the best sale for book lovers...all book are so cheap but very good

    BalasPadam
  15. BBL tengah tunggu gaji nak borong buku kat sini. geram je tengok ramai kawan2 facebook dah post gambar beli berbakul buku. ni awal2 confirm penuh lagi dengan ulat buku..

    BalasPadam
  16. Lama dah tak pergi ke Big Bad Wolf ni, anak sis dah besar so diaorg pergi sendiri dengan kenkawan..tinggal lah sis kat rumah..huhuhu. Dulu2 rajin jugak pergi sb rajin baca novel..la ni dah tak ada time nak membaca sb tu hold dulu membeli buku

    BalasPadam
  17. wah jelaous nya tengok orang ulat buku ni, rugi pula tak pergi mesti banyak buku murah-murah kan.. rasa macam nak pergi je kalau ada lagi jualan ni sebab i nak cari buku pasal vaccination and aefi.. huhuhu... sekali sekala timba ilmu... sebab orang tak ramai nak share ilmu huhuhuhu... thanks for the post !

    BalasPadam
  18. BBW ni event yang Tqa tak pernah missed every single year since 2011 and akan beli at least 40 setiap tahun. But this year is the first time Tqa keluar empty-handed. The book selections banyak berulang-ulang and the fact that the price differs based on the cover agak ridiculous. But glad to see people coming out with a bag (or more) of books.

    Nampaknya dia suruh habiskan buku yang beli tahun sebelum2 ni >.<

    BalasPadam
  19. Tahun ni tak pergi pun BBW sebab duk terfikir rumah kecil, dah banyak sangat buku. kalau beli buku lagi dah tak ada tempat nak letak. huaaaa sedih

    BalasPadam
  20. Amboi banyaknya borong buku. Tak pernah lagi datang BBW ni tau. Tak punya kesempatan .Nak perfi sendiri suami tak bagi kena tunggu dia ada baru boleh .Memangbsuka pergi kalau ada karnival buku macam ni

    BalasPadam
  21. Kali pertama Big Bad Wolf ruby pergi, itulah kali terakhir. My book can last for 5 years. hahaha. baru selesai semua yang i beli tu. murah giler nak menarik. i pergi sana bawa troli sendiri dan rm 300 sahaja. memang berbaloi-baloi. sebab i love to read. nak asah minat anak pula. payah gilerrrr. haha

    BalasPadam
  22. Cepatlaa besar. Boleh gi sendiri. Muahahahaah

    BalasPadam
  23. Tak pernah pergi BBW sebab tak suka sgt tempat crowded. Dalam hati teringin juga nak pergi dan experience sendiri. Cari buku masakan dan motivasi ke kan. Btw, hadiah buku koleki Harry Potter tu sgtlah menarik!

    BalasPadam
  24. Bestnya dapat pergi syurga buku. Teringin nak sampai ke situ. Tp klau dah pergi, cnfirm pening nak pilih.
    Pastu takut tak terbeli sebuah pun. Hehe

    BalasPadam
  25. Aaa bestnyaa! Tak dapat nak pergi sebab study kat Kedah and tengah sibuk final huhu.

    BalasPadam
  26. Buku OFf nampak menarik je tu Nad. Nanti review please! Tak nampak pulak buku ni di BBW. Hihi.

    BalasPadam
  27. Tak pernah pergi BBW. Teringin nak pergi!

    BalasPadam