In Love with Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

10:07 PTG

Assalamualaikum Hai.

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit. Semua orang sedia maklum, sunscreen/sunblock merupakan produk yang WAJIB dipakai bila kita terdedah kepada ultraviolet (UV). Nad sendiri, hampir setahun memang wajibkan diri Nad pakai sunblock. Bukan sahaja pada waktu aktiviti outdoor, tapi memang every single day Nad pakai sunblock yang SPF 50+ PA+++ tu. Hasilnya, sebulan yang lalu bila Nad buat skin analysis dekat satu medispa ni, result untuk bahagian UV tu match dengan umur Nad yang sekarang. Tak kisah la kalau korang bukan jenis yang pakai make up sekalipun, sunblock is a must.

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit


Cleanser dan moisturizer Althea dah launch haritu. Kemudian, loose powder dan masker pula launch. So dah tiba masanya untuk Althea perkenalkan pula sunblock yang awesome ni!

Apa je yang terkandung dalam Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit ni?
❶ Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA+++
❷ Petal Velvet Powders in shade #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender
❸ Althea Hologram Pouch

Petal Velvet Sunaway Sunscreen

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Petal Velvet Sunaway | 55 ml | RM43

Bau. Sunscreen ni memang berbau rose memandangkan ia mengandungi damask rose yang berfungsi untuk melembab dan melicinkan kulit. Kalau korang nak tau, damask rose ni kaya dengan vitamin yang akan menyerap masuk ke dalam kulit dan akan memberi effect glow pada kulit. Mula-mula bau sunscreen ni macam lain macam. Dah selalu pakai dah boleh adapt dan suka pula dengan bau dia.

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Texture. First time Nad apply sunscreen ni texture dia agak cair dan mengalir camtu je. Esoknya bila nak apply Petal Velvet Sunaway Sunscreen ni dah mula pekat sikit. Yang penting, korang jangan lupa goncang sebelum buka okay. Tapi yang best, walaupun texture dia pekat, ia sebenarnya ringan, mudah disapu dan cepat meresap pada kulit!

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Before | After

Finishing. Lepas je apply Petal Velvet Sunaway Sunscreen ni, kulit muka akan jadi satu tona lebih cerah dari biasa. Tapi still boleh blend well dengan warna kulit asal. Jangan risau, warna kulit takkan jadi bercapuk, mahupun meninggalkan kesan putih. Ia juga sesuai untuk muka yang mempunyai jenis kulit berminyak. Walaupun kulit muka Nad berminyak, tapi sunscreen ni takde rasa melekit atau buat muka Nad jadi lebih berminyak. Semua jenis kulit sesuai lah, termasuk juga kukit sensetive. 

Special. 
Micro Powder Barrier
    Partikel micro (kecil & halus) pada sunscreen bertindak untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada kulit. Maka, kulit menjadi lebih bersih dan halus. Manakala, hyaluronic acid pula akan melembab dan menghidrat jauh ke dalam kulit.
➋ Advanced non-chemical UV Filter
    Macam yang Nad cakap tadi, kulit korang takkan bercapuk. Sunscreen ni akan blend well ngam-ngam cantik dengan kulit asal korang. Itu lah fungsi advanced non-chemical UV filter ni di mana ia dihasilkan dengan transparent formula.

Petal Velvet Powder

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Petal Velvet Power | 3 g 

Petal Velvet Power keluaran Althea ni terdiri daripada 3 shades iaitu #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender. Yang pasti semua boleh blend well dengan kulit. Kalau nak beli semua shades pun boleh. Macam Nad, ketiga-tiga shades semua Nad apply sekaligus. 

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

#0 (Translucent) | RM 16

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

#23 (Warm Beige) RM16

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

#PinkLavender RM17

Texture dia agak powdery. Maybe sebab lubang pada bekas agak besar, maka sekali shake je dah banyak powder yang keluar. Tapi bila apply kat kulit, memang dia betul-betul duduk elok cantik atas kulit. Dan yang paling best........ Kulit terasa lembuttttt sangat sangat! Sangat sangat sangat. Rasa nak belai selalu sebab terlalu lembut hahaha. Rasa tak puas nak pegang muka sendiri. Rasa lembut macam kelopak bunga tu. Powder Althea juga hanya menggunakan bahan semulajadi dan cruelty-free!


Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Apply ikut 3 shades dekat mana-mana part yang kita suka 😜

Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit

Dan ini hasilnya, taraaa ❤

Akhir kata, Nad memang suka combination Petal Velvet Sunaway Sunscreen dan Petal Velvet Powder. Kedua-dua product memang da bomb dan sesuai sangat dengan kulit Nad, sampai Nad guna as daily use. Kalau korang cuba salah satu dari product atas ni pun dah cukup untuk percaya betapa bestnya produk-produk ni. 

Anyway, kalau korang beli Petal Velvet Sunawat Sunscreen Set lebih murah tau. Harga asal RM59, tapi dapat 10% discount jadi RM53.10. Jauh lebih murah berbanding kalau korang beli secara loose item.


Instagram : @altheakorea
Website : https://my.althea.kr

You Might Also Like

12 ulasan

  1. Sunscreen ni bagus. Kena pakai tau. Sebab ia menjaga kulit wajah dan melambatkan penuaan dan kemunculan garis halus. Hehe. Selamat mencantikkan wajah. Konsisten pakai k.

    BalasPadam
  2. Right! I normally do not wear foundation at all but I try to at least put on sunblock. Some products like Althea's give a nice powdery matte surface so it's enough for me lah hahah

    BalasPadam
  3. I like their packaging. simple neat and nice color. I think I will give them a try once I finish my current skincare la. Nice review babe

    BalasPadam
  4. Produk Athea lagi hehehe memang best jadi orang perempuan banyak produk yang bagus dan baik untuk kecantikan dan kesihatan. Tengok produk ni pun bagus lah boleh putih kan hehehehe...

    BalasPadam
  5. Produk sunscreen tu nmpk menarik. Suka packaging die nmpk simple but nice. Ramai yang dh bercakap pasal produk Althea ni. Nk try lah mcm ni. Nk syorkan kt kawan2 juga. huhuhu

    BalasPadam
  6. Sunblock is a must untuk eiza. Selain melindungi kulit dari sinar mentari, sunblock juga mampu mengecilkan saiz pori di wajah tau. Dah bertahun eiza gunakan tapi bukan brand Althea. Nanti boleh la nak cuba yang ni pula.

    BalasPadam
  7. Nice collection to have! The texture looks decent too. So many makeup brands nowadays in the market dunno which to choose

    BalasPadam
  8. cantiknya compact powder warna pink tu! Iday dah la tengah mencari compact powder yang sesuai ni hehehe

    BalasPadam
  9. Suka pakai set ni.. Loose powder dia mmg natural abis.. Ringan...malah kalau pakai suncsreen dia pun best... Sesuai la klo nk kluar jln2 yg jnis xpakai foundation..

    BalasPadam
  10. emi pun guna petal velvey sunaway tu sekarang. yang petal velvet powder tu dulu emi guna. Now tak guna sangat dah.

    BalasPadam
  11. Wahhh bestnya sunscreen tu. siap ada bau rose lagi. Tu yang bertambah best sebab biasanya jumpa sunscreen yg bau dia xbrp nak semenggah. N tak sangka boleh bagi glowing effect lagi. Mantap sungguh !

    BalasPadam
  12. Menarik bila digabungkan sunscreen dan powder. Haih, Althea betul2 mengugat keimanan ini. Hihi.

    BalasPadam