I'm Engaged!

1:29 PTG

Assalamualaikum Hai.


Dulu waktu zaman muda-mudi selalu la berangan nak kawin umur berapa. Kadang angan-angan tu nak kawin awal. Kadang angan-angan tu berubah nak kawin lewat pulak. Tapi sejak dah bekerja ni, langsung tak sempat nak fikir dah nak kawin awal ke lewat 😂 Setiap bulan sibuk kira duit je berapa banyak boleh saving hahaha. Rasa macam banyak benda nak kena fikir. Nak tunggu stable lagi, dengan nak capai cita-cita lagi.

Pastu tiba-tiba, pertengahan bulan October haritu Ijat cakap parents dia nak datang merisik bulan 12 nanti. TIBA-TIBA OK. Takde angin takde ribut, tiba-tiba je. So Nad buat lek dulu sebab macam entah ye entah tidak la budak ni kan hahaha. Seminggu lepastu, TIBA-TIBA lagi, dia duk cakap parents nak datang minggu depan. Hari Ahad (28 October)  dia bgtau parents nak datang Sabtu (3 November) minggu depan tu. Kau rasa? Rasa macam takde perasaan jap sebab entah betul ke tak dia ni kan. Tiba-tiba je, cepat pulak tu. Tapi Nad pun bgtau jela parents kan biar diorang tak terkejut nanti.

Pastu TIBA-TIBA lagi, terbukak pulak cerita nak datang merisik dan bertunang terus 😂 Tapi tanpa majlis besar-besaran la. Takde pelamin, takde baju tunang, takde make up artist semua. Cuma dua keluarga berjumpa dan bincang apa yang patut. So Nad pun cam okay jela sebab memang dari dulu Nad tak pernah terfikir nak bertunang pun sebab macam leceh nak kena buat majlis semua tu. Bila diorang kata tak perlu majlis, then okay la. Dalam masa seminggu je plan semua ni.

2 November (Jumaat)


So hari Jumaat tu pun parents Ijat datang la dari Ipoh ke Subang, area tempat kerja Nad untuk sama-sama beli cincin. Senang kalau bawak tuan punya badan nanti confirm size betul. Takdelah cincin nanti ketat atau longgar sangat. Tapi memang segan gila lah tiba-tiba nak kena beli cincin dengan parents orang. Segan tau nak behave camne pun taktau hahah. Tapi Alhamdulillah, proses berjalan dengan lancar dan cincin merisik dan bertunang selamat dibeli. Okay, time ni baru betul percaya dan yakin si Ijat ni bukan main-main hahah.

3 November (Sabtu)

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Dan yang kelakarnya, Nad kerja pagi tu 😂 Sebab Nad segan nak bagitau boss dan officemate yang Nad nak bertunang. So Nad senyap-senyap jerr. Cuma hari Jumaat tu terpaksa juga bagitahu sebab nak keluar pergi beli cincin. Kebetulan orang lain semua cuti, so Nad memang kena datang. Okay jerr. Tapi Nad balik awal sikit la dalam pukul 4pm camtu.

Pagi Sabtu tu baru lah Nad TIBA-TIBA decide rasa macam nak amik service make up artist pulak. So Nad WhatsApp kawan Nad tanya kalau dia free petang tu, Nad nak try cuba service dia. Manakala, ibu dan adik Nad pun bersusah-payah la pagi tu baru kelam-kabut diorang nak pergi GM Klang tolong belikan baju bertunang semua 😂 Serious memang last minute semuanya. Makanan pula memang ayah Nad dah order dekat kawan dia. So tunggu makanan sampai je.



I personally not liking the make up that much on the eyebrows and the fact that it makes my eyes nampak lebih sepet 😩

Lepas Nad balik kerja, terus siap-siap make up semua dan tunggu family belah lelaki datang. Serious weh, jadi perempuan ni malu kot time nak bertunang tu hahaha. Malu teruk. So setelah kedua-dua family berbincang, in shaa Allah ikatan tak sampai 1 tahun, even tak sampai 9 bulan pun 🙈 Fuhhh. Tapi setakat ni, Nad belum settle apape pun lagi untuk next step.



Takde mini pelamin ke apa, guna background katil je haha


Tunang yang baju putih tu 🙈 Takde gambar berdua sebab bakal mak mertua tak bagi amik gambar berdua hahaha tak manis katanya

Allah's plan is the best indeed. Nad tak pernah terfikir akan bertunang umur 24 tahun ni (walaupun normal je umur tu sebenarnya). Cuma mindset Nad takde terfikir TIBA-TIBA nak bertunang kan hahah. Doakan semua urusan kami dipermudahkan ya. Dan korang kalau ada tips-tips atau nak suggest any service for wedding ke boleh drop dekat comment ye. Free iklan 😜

You Might Also Like

25 ulasan

  1. wahhh.. tahniahhh.. dha bertunang akhirnya.. bakal tunang mai tak hari bertunang tu? ke masih mengikut adat.. ? hee.. moga dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin yea.. Aamiinn

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tahniah! Yang tiba2 tu yg sweet tu. Hehe. Kitorang dlu pun tiba2 je jugak. tapi buat close event, kecil2 utk family je. Apa2 pun semoga dimudahkan urusan hendaknya..

    BalasPadam
  3. Tahniah dah bertunang. Berbunga-bunga la hati nak menanti ke hari pernikahan nanti. Hehe. Paling ruby suka waktu bertunang, nikah dan sanding adalah ketika menyiapkan persiapan. Happy sangat. Tapi jangan buat tak tau pendapat orang tua tau. Kalau boleh refer mereka. Sebab kita nak semua happy. ❤️

    BalasPadam
  4. tahniah ! seronok bila tau orang dah one step closer ni hihihi. nanti boleh masuk geng isteri orang pulak.

    BalasPadam
  5. waa congrats yeaa! moga dipermudahkan segala urusan untuk next2 step kelak hehe. ok la cmtu tunang xperlu majlis2 besar ke apa, better saving untuk majlis resepsi nnt & untuk honeymoon or rumah etc selepasnya tu hehe. All the best! 😊

    BalasPadam
  6. Tahniah .semoga di permudahkan segala urusan (^_^)

    BalasPadam
  7. Nad!Tahniah tau. Dari belajar sampai start kerja now dah nak jadi isteri orang dah. Lepas tu I/baca you expecting mum pulak. Huh! I know you through blog je. Next time blog cerita Nad and baby pulak.

    BalasPadam
  8. Tahniah. Sempoi je awak kan..Oklah akhirnya semua urusan mudah je. Kadang2 merancang bagai nak rak, tak jadi2 pula. Btw, i rasa solekan natural mungkin lebih sesuai. Sebab kulit awak dah glow. Hehe. Dari gambar Bella tgk la. Hehe

    BalasPadam
  9. Syaza pun kalau boleh nak tunang simple je, just like you. By the way, congrats tau! Semoga dipermudahkan segala urusan 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    BalasPadam
  10. Wahhhh tahniah yer !! Berbunga2 hati menanti hari persandingan. Hihi. Semoga urusan dipermudahkan untuk bergelar isteri. Sempoi je majlis tunang. Baguslah xmembazir. Tahniah sekali lagi yer 🤗🤗

    BalasPadam
  11. First at all tahniah. Satu langkah dah lepas. Suka dengan cara persiapan sederhana dan teratur. Moga semuanya sukses

    BalasPadam
  12. tahniah . saya pun ade impian nak tunang n nikah yang simple je . Yang penting majlis dipermudahkan .

    BalasPadam
  13. Semua tiba-tiba je kan..hehee..ape pun semua dah berjalan denagn lancar. Tahniah nad..semoga dieprmudahkan urusan di hari bahagai nanti..

    BalasPadam
  14. Congratss nad. Syantekkk makeup hihi

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..tahniah nad..:)

    BalasPadam
  16. Tahniahh. Woww bestnya tunang simple2 ni. Jimat duit

    BalasPadam
  17. tahniah kay nad!!!!! semoga urusa-urusan membina masjid semuanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  18. wahhh Alhamdulillah. tahniahhhh

    BalasPadam
  19. wow wow congratulations nad!!! u're so beautiful! may Allah ease ur life! barakallah!

    BalasPadam
  20. Cantiknya awakkk. Btw tahniah......

    BalasPadam
  21. tahniah Nad...tak pernah tak cantik dan manis

    BalasPadam
  22. Nad!!!! OHH WHY I MISSED THIS POST!!
    COngrats Nad for your engagement! Glad and happy for you <3
    Harap semuanya dipermudahkan untuk ke peringkat seterusnya :)

    BalasPadam
  23. aww, tahniah sis. semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam