Atasi Masalah Rambut Dengan LAB11 Full Lift Shampoo dan Soft Mask

11:51 PG

Assalamualaikum Hai.



Full Lift 11 Shampoo dan Soft Mask. Kesihatan dan kecantikan rambut sememangnya amat penting buat seseorang baik lelaki mahupun wanita. Rambut yang sihat dapat membuat kita berasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Walaupun bertudung, penjagaan kesihatan dan kecantikan rambut tetap harus dijaga. Bak kata pepatah, "Rambut adalah mahligai setiap perempuan". Cehhh.

Baru-baru ni, Nad berserta 80 orang beauty blogger dan influencers yang lain sempat hadir ke majlis pelancaran "Full Lift Shampoo and Soft Mask" di bawah jenama LAB11 yang bertempat di Eco Sky Business Lounge. Buat yang tidak tahu, jenama ini sudah pun berdiri teguh di pasaran selama 18 tahun. Ia juga memiliki 11 cawangan saloon HairStory, 1 akademi HairStory, 2 saloon SugarNails dan 2 outlet FaceStory. Memang dah established betul kan



"LAB11 is the mother brand of Full Lift Shampoo and Soft Mask which aimed to deliver desired hair texture with more than 10 benefits listed as fullness, anti-frizz, oil control, hair regrowth, heat protection, strengthening, and more in both saloon and daily use." - Group CEO and Founder of Global Story, Derick Ooi




Harga : RM158

Full Lift Shampoo (300 ml)
💯 Membuat rambut lebih beralun dan lembut
💯 Menguatkan struktur rambut sekaligus mengurangkan rambut gugur
💯 Mengawal minyak hasil penggunaan minyak pati dari tumbuhan semulajadi

Full Lift Soft Mask (250 ml)
💯 Menguat dan menyuburkan folikel rambut
💯 Mengurangkan rambut bercabang dan putus
💯 Bagus untuk merapi dan melembabkan rambut


In short, antara bahan-bahan yang terkandung dalam LAB 11 Full Lift Shampoo and Soft Mask;
Watercress 👉 Menguatkan akar rambut
Castor Oil 👉 Memperbaiki kegelapan dan ketebalan rambut
Argan Oil 👉 Memperbaiki kerosakan rambut
                 👉 Membuat rambut lebihmudah diurus
Peppermint Essential Oil 👉 Mengurangkan rambut gugur
                                         👉 Menggalakkan penumbuhan rambut
Eucalyptus Essential Oil 👉 Melegakan kulit kepala yang gatal
Lime Essential Oil 👉 Mentingkirkan kelumumur, dan minyak pada rambut 
Sweet Orange Essential Oil 👉 Membuat rambut bersinar dan 'bouncy'


Texture LAB 11 Full Lift Shampoo and Soft Mask

Idea tentang penghasilan produk ni sudah pun bermula sejak 2016 lagi. Di mana Full Lift Shampoo dan Soft Mask akan diwujudkan seiring dengan penggunaan ekstrak semulajadi, minyak pati dan 11 jenis amino acid. Memandangkan ini adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh LAB 11, sudah tentu pihak mereka cuba menghasilkan produk yang terbaik. Jangan risau, kedua-dua shampoo dan soft mask tidak mengandungi pewarna tiruan, 100% ekstrak semulajadi dan bebas pewangi.






Pengalaman menggunakan LAB 11 Full Lift Shampoo and Soft Mask.

LAB 11 Full Lift Shampoo
First sekali benda yang akan menarik perhatian korang tentang shampoo ni adalah bau. Bau dia seakan-akan bau orange. Bau yang buat Nad teringat makan vitamin perisa orang masa kecik-kecik dulu. Memang kuat bau dia dan sedap! 

Lepastu, selalu kita tengok shampoo mesti berwarna atau texture berkrim tu kan. Tapi shampoo ni dia transparent. Biasanya, hanya shampoo-shampoo yang bersifat natural memang colour transparent.  Nad dah risau, hmm mesti tak banyak buih. Tapi, sangkaan Nad salah sama sekali. Bila dah gosok pada rambut, ada buih-buih halus yang terhasil. Eee, nasib baik ada buih. Kalau tak, tak seronok nak menggosok rambut tu.

And lastly, lepas seminggu Nad pakai, apa yang Nad perasan waktu nak bilas rambut dah kurang rambut gugur. Selalu kalau time mandi ya Allah memang banyak sangat yang gugur siap boleh kumpulkan lagi. Tapi lepas beberapa kali Nad pakai, dah kurang rambut yang gugur waktu mandi. Masih ada yang gugur tapi dah berkurang.

LAB 11 Full Lift Soft Mask
Texture soft mask ni sama macam most conditioner. Warna putih camtu. Tapi yang bestttt pasal soft mask ni, ia tak terlalu berminyak dan mudah dibilas. Lepas apply, tunggu dalam 2-4 minit kemudian baru bilas. Nasib baik mudah nak bilas, sebab ada certain conditioner masya Allah. Dan waktu bilas tu pun rambut Nad dah kurang gugur! Fuh.
                 

LAB 11 Full Lift Shampoo and Soft Mask

You Might Also Like

20 ulasan

  1. Boleh try ni kalau rambut gugur sokmo ni

    BalasPadam
  2. boleh membuatkan rambut beralun ermm i like ni. haruslah kena cuba kan. beli secara online ye... ok ok

    BalasPadam
  3. i have read this recently and it seems no harm of trying this!

    BalasPadam
  4. such a great brand of shampoo.. nice one... wanna try lab11 and use it... gonna hv smooth hair..

    BalasPadam
  5. Memang kena beli online ye...maybe boleh cuba kan..adakala syampoo di pasaran ada yang sesuai dan tak sesuai dengan kita..

    BalasPadam
  6. Soft mask tu lebih kurang macam conditioner la kan? Tengok tekstur die pun sama. By the way, ni first time dengar pasal brand ni

    BalasPadam
  7. Not easy to find good shampoo suit my hair. Seriously selalu first time pakai ok then when repeat it become not suitable. Haih!!! Whoa! this brand look promising with all good nutrients for hair as ingredients.

    BalasPadam
  8. Seriously teruja dengan syampu ni bila baca kebaikan dan bahan yang digunakan.

    BalasPadam
  9. Kita ni ada masalah rambut yang tak berapa nak cukup ni macam mana hehehe ok lah nanti boleh kita cuba lah bagus dan selamat...

    BalasPadam
  10. Kinah ni tak tau la nak cakap. Setiap kali syampoo je confirm kat lantai tu penuh dengan rambut. Rasa trauma pulak nak syampoo. Nampaknya kena tukar ke Lab11 jawabnya

    BalasPadam
  11. boleh tahan harga dia.eh kena memang macam tu harga utk produk macam ni? biasa kita guna shampoo je hehehe

    BalasPadam
  12. Uihhh harga dia mahal jugak ye. Tapi kalau memang bagus, berbaloi la setiap nilai wang yg kita bayar tu.

    BalasPadam
  13. best baca review nad tentang produk lab 11 ni. best yer pakai shampoo mahal harga beratus, hehe.. ada rezeki nak try jugak lah, sbb ada masalah rambut gugur jugak

    BalasPadam
  14. Orite, yang ni serius saya nak cuba. 1st, coz I have hair problems dan harap-harap product ni berkesan untuk mengatasi masalah rambut saya.

    BalasPadam
  15. bau dia sangat wangi... I love this shamppooo dan rambut I semakin kurang gugur... awat haritu pergi I tak nampak pun nad... packaging dia pun nampak smart dan elegant kan... suka sangat sebab ada pure essentials too

    BalasPadam
  16. Wow..mcm nak try hair mask dia tu..tpi harga dia boleh tahan jugak ya

    BalasPadam
  17. Teringin nk cuba sebab belum dapat lagi penyelesaian kepada rambut gugur saya..hmmm harap2 cubaan kali ni berjaya

    BalasPadam
  18. Nampak kawan2 pakai shampoo ni siap ada demo..memang menarik sangat..tengok rambut diaorang tu jadi lembut je..

    BalasPadam
  19. Ramai gak tengok yang review pasal lab ni. Nampaknya memang bagus syampoo ni heheh kena la try sebab dah berumur ni memang rambut senang gugur

    BalasPadam
  20. So far memang suka dengan LAB 11 Full Lift. Nampak ada kesan. Yang penting lepas cucian rambut tak busuk, even masuk hari ke-2. Best!

    BalasPadam