The Real 'U' : Penjenamaan Semula Fleur Kepada Flerr & Pelancaran Le'clipse

11:32 PG

Hi Assalamualaikum.


Penjenamaan semula Fleur kepada Flerr! Kepada korang yang taktau, jenama Flerr ni adalah jenama car fragrance. Semua orang yang memiliki kereta mesti nak kereta dia sentiasa wangi dan segar je kan? Baru lah senang hati bila melangkah masuk kereta tu. Nad pun sejak bekerja ni memang setiap hari akan drive dan banyak masa dihabiskan dalam kereta. Lagipun kita mesti la kita nak yang terbaik buat kereta kita.


Penjenamaan Fleur kepada Flerr!



Fleur sudah pun wujud sejak tahun 2016 lagi dan ia adalah produk tempatan Malaysia. Namun, 100% pure concentrate essential oil adalah diimport dari negera luar iaitu France di mana essential oil ini selamat dan boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang. Sepanjang kewujudan Fleur sehingga kini, sebanyak 3.1 juta botol pewangi kereta Fleur sudah pun terjual. Nampak tak? Kalau takde demand, tak mungkin boleh terjual sehingga berjuta-juta unit. Untuk 2019, Flerr menyasarkan akan menjual  1.8 juta unit botol pewangi dan 2 juta car fragrance.

Tapi, ramai yang sering menyebut perkataan 'Fleur' dengan salah sehingga akhirnya company mengambil keputusan untuk menjenamakan semula Fleur dengan nama FLERR! Lebih mudah untuk disebut dan pasti tiada kesalahan sebutan.

Pelancaran Le'Clipse


Dulu awal-awal drive kereta, selalu bereksperimen dengan pelbagai jenis car fragrance. Tapi susah nak jumpa yang kita berkenan di hati. Ada tu yang baru guna dalam jangka masa pendek je dah habis, ada yang baru gune kejap dan bau dia dah berkurang, ada pula yang bila kita on aircond baru dia keluar bau. Eish, macam-macam jenis car fragrance lah yang kita akan jumpa bila selalu mencuba ni.

Selain menjenamakan semula Fleur kepada Flerr, Ketua Pegawai Eksekutif Fleur, Encik Mohd Suhaimi Saiful juga turut melancarkan produk terbaru iaitu Le'Clipse. Wangian ini adalah yang jenis boleh clip sahaja di aircond kereta anda dan sudah pun mula dijual sejak minggu lalu. Didatangkan dengan 5 jenis bauan iaitu Amethyst (Lavender), Citrine (Citrus), Sapphire (Atlantis), Aurora (Ice Peach Tea), dan Emerald (Green Apple). Rare kan? Bukan jenis bauan yang biasa kita jumpa di pasaran. Yang lagi best bau ni semua selamat untuk kanak-kanak dan tiada methanol.

Sekarang Nad tengah cuba pakai Aurora (Ice Peach Tea) pehhhh wangi sangat. Even tak buka aircond pun masuk kereta memang terus bau. Setakat ni tak pernah lagi pakai jenis bauan begini untuk kereta. Pihak Flerr kata boleh bertahan sehingga sebulan (up to 30 days) so nanti kita tengok ok 30 hari tu masih bau lagi tak. Harga dia pun affordable hanya RM15.90 seunit.




Tolak penutup tu ke kanan untuk penggunaan maximum.

Yayyy, kereta Nad dah wangi sekarang. Korang bila lagi? Produk baru dan hot serta harga yang berpatutan. Kalau nak usha lebih lagi boleh la tengok-tengok dulu.

Website : www.flerr.com
Facebook : FLERR
Instagram : @flerrhq

You Might Also Like

22 ulasan

  1. wah bagus ni pewangi kereta keluaran tempatan, pandai dah orang kita sekarang ni ek. pandai cari peluang perniagaan. kak lily pun ada gak wangiii

    BalasPadam
  2. Bestnya..nanti nak try yang lavender tu la..sebab i memang suka bau-bauan lavender ni kat kereta heheheh

    BalasPadam
  3. Penjenamaan semula ni bagus untuk menaikkan semula produk tu di pasaran. Oh ejaannya je yang berubah ye?. Seronok je kalau kereta kita wangi. Nak bawak kereta tenang je.

    BalasPadam
  4. Oo.. penjenamaan semula ia tu berbeza juga dari segi ejaan ye. Ok jugak tu untuk menaikkan semula produk ni, kan.. tapii rasanya kita tak pernah guna pun lagi jenama ni

    BalasPadam
  5. Tak penah try car fragrance jenama ni, boleh la kot try nanti sebab kadang2 time g kedai asyik lupa nak beli. Nnt share ye lokasi nak beli katne

    BalasPadam
  6. Bagus bbila penjenamaan semula..at least lebih catchy nama dia dn potential untuk dikenali ramai tinggi..marketing kena selari juga untuk jualan kan..x pernah guna lagi pewangi kereta jenama ni...nanti bleh cuba

    BalasPadam
  7. Dah lama kot tak beli fragrance for my car. Last beli silap pilih bau. Adeiiii!!!!pening sendiri dok dalam kerete.kekeke...oh rebrand la ni.

    BalasPadam
  8. Sis memang suka keta wangi-wangi, baru tenang nak bawak kereta. Nanti sis bolehlah cuba produk ni pulak, sis suka lavender...sedap je bau dia

    BalasPadam
  9. Wangi tak perfume kereta ni! Nampak wangi je. Harga yang ditawarkan sangat menarikan mampu beli oleh semua orang! Plus boleh buat hadiah lagi.

    BalasPadam
  10. Never use Flerr before. Usually stay to Gladys. Next round can give a try on Flerr.

    BalasPadam
  11. Haritu nampak kawan lain cerita pasal fleur ni..akk baru pertama kali dengar..hehe..tengok bekas dia lawa..menarik letak dalam kereta, lepas tu bau wangi..best2

    BalasPadam
  12. Wah penjenamaan semula yer , kena try juga ni. Jenis bau pun ada yg Ccl Suka lavender and green apple . Wangi kereta lepas ni

    BalasPadam
  13. Murahnya RM15 untuk 30 hari, berbaloi. Kebetulan kitorang punya car perfume dah habis, nanti pergi survey flerr ni la. Btw best lagi sebut flerr dari fleur..elokla penjenamaan semula..

    BalasPadam
  14. kalu ikut nama lama, aida pernah guna produk ni dulu.
    bagus la. penjenamaan semula ni adalah kekadang dia ada naik taraf skit kan.
    then produk tu pun ada tambah baik.
    moga boleh terjah pasaran antarabangsa. support produk malaysia!!!

    BalasPadam
  15. AM pun nak cuba la pewangi flerr nie.. AM xder kereta.. letak dalam bilik depan kipas confirm seharum semerbak kan.. AM mmg suka letak pewangi kete dlm bilik depan kipas.. hehehe

    BalasPadam
  16. Nak try gak la..tpi semua kena beli thru agent ngn stokis je ke..kat kedai2 mcm petronas ke shell ke takdak eh..kalau x mungkin lg senang org nk cari kan

    BalasPadam
  17. Uniknya nama dia. Suka sebab unik. Dahla design benda tu pun lawa. Nak letak dalam kereta pun takpe.

    BalasPadam
  18. Bau dia terlalu tajam tak bila letak dikereta? Sebab saya sejenis manusia yang tak tahan dengan bau yang terlalu kuat bila dalam kereta. Mudah pening.
    Kalau baunya smooth je, boleh la beli.

    BalasPadam
  19. Selalu nampak tapi tak terfikir nak beli sebab ingatkan tak wangi. Tapi dah tau yang ianya produk tempatan, lepas nie bleh la nak try satu. Hehe

    BalasPadam
  20. Pewangi kereta ni perkara penting. Sebab kita selalu ada dalam kenderaan. Masa ni mood bleh berubah dengan wangian yang kita guna dalam kereta. Cuma Nak tanya FLERR ni di jual Kat mana? Hahaha.

    BalasPadam