Photoshoot Indoor dan Outdoor di Bajiwoa Studio

2:04 PG

Assalamualaikum Hai.

Photoshoot Indoor dan Outdoor. Alang-alang dah nak raya ni kan, mesti ada family yang tiap kali raya mesti buat photoshoot family. Dulu kecik-kecik selalu jealous tengok family potraiture orang lain, sebab family Nad tak pernah sekali pun pergi studio ke untuk amik gambar sama-sama. Bila dah besar ni baru nampak ramai rupanya family yang amik gambar sekeluarga di studio. Rasa macam wow bestnya.

Pernah dengar Bajiwoa Studio? Haa senang je nak cari studio ni. Kalau korang Waze / Google Maps "Bajiwoa Studio" confirm mesti akan jumpa. Studio ni terletak di tingkat 1. Bila masuk je studio, akan terbahagi untuk dua bahagian. Satu bahagian office, manakala lagi satu bahagian untuk photoshoot. Memang serba lengkap Bajiwoa Studio ni dengan tandas, changing room serta steam iron. Cukup selesa buat sesiapa yang mahu bersiap dan photoshoot di sana. 



Nad cuba photoshoot indoor dulu under studio rent. Rasa nervous pulak dah lama tak posing posing ni, memang kayu habis lah malam tu hahaha. Tapi layan jelah, lagi-lagi founder Bajiwoa Studio sendiri yang nak shoot kita kan. Mesti pandai dia nak cari angle dan moment yang tepat. Yang paling best, photoshoot studio hanyalah RM100 sejam lengkap dengan full equipment dan backdrop semua. Oh tapi kalau weekend mahal sikit lah RM120 sejam sebab selalu full.

Selain dari studio rent, terdapat banyak lagi package lain yang Bajiwoa Studio tawarkan. Antaranya seperti product photoshoot, convocation photography, newborn photography dan wedding ceremony. Kebetulan studio ni berhampiran dengan Setia City Mall, mesti banyak wedding ceremony or outdoor photoshoot dekat area situ kan. Boleh la roger Bajiwoa Studio sebab memang dekatttt sangat.




Hasi tangan photographer tanpa sebarang editing


Bersama Encik Su Aziz, founder Bajiwoa Studio

So far pengalaman Nad bersesi photoshoot dekat sini memang best. Surrounding dia pun selesa dan seronok. Peralatan untuk shoot semua lengkap. Photographer pun banyak pengalaman. Kita tinggal nak pose sebaik mungkin jer. Confirm lepastu gambar kebabom. Alang-alang dah nak raya ni korang jangan lepaskan peluang untuk ber photoshoot dengan baju baru.


Kami sudah. Anda bila lagi? 😋

Bajiwoa Studio

Alamat : No 40-1F, Jalan Setia Perdana AY, U13/A, Bandar Setia Alam, Shah Alam, Selangor

No Phone : 019-4262911 (for booking purpose)

Facebook : Bajiwoa Studio

Instagram : @bajiwoastudio

Email :bajiwoastudio@gmail.com

You Might Also Like

0 ulasan