Cahaya Raya Bersama Shopee Dengan Skuad Selebriti Shopee

10:55 PTG

Assalamualaikum Hai.

Skuad Selebriti Shopee. Kalau kita perasan kan, kebanyakan artis sekarang dah mula menceburi bidang perniaagan dan kebanyakan dari perniagaan tu memang berjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa permintaan dalam bidang ini sangat menggalakkan. Sehingga hari ini, aplikasi Shopee dianggarkan mempunyai sehingga 10 juta pengguna dan 400,000 usahawan tempatan. Terkini, Shopee melancarkan inisiatif terbaru iaitu Skuad Selebriti Shopee yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka. 


"Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan perlbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka denagn semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran ekslusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti." - Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Bagi pelancaran Cahaya Raya Bersama Shopee, Shopee berbesar hati untuk memperkenalkan 6 orang  barisan selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee kali ini. Manakala pada masa akan datang, Shopee mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan selebriti baharu setiap bulan. 



1) YBhg Dato Siti Nurhaliza Tarudin

Penyanyi nombor 1 Malaysia yang menawarkan produk penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi iaitu SimplySiti. SimplySiti merupakan jenama tempatan premium yang berjaya meletakkan diri sebaris dengan jenama antarabangsa dan masih mengekalkan identiti tempatan. Jenama ini telah berjaya menempa nama dalam pasaran barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) yang tinggi persaingannya. 



2) Nora Danish

Pelakon popular dengan jenama tersendiri iaitu Owl yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden. Nora juga teruja akan pelancaran produk barunya tidak lama lagi termasuklah set hadiah istimewa yang dipanggil 'The Most Wanted Box' sepanjang bulan Ramadhan ini. Jenama OhMostWanted pula merupakan jenama baru di bawah kelolaan Owl yang memfokuskan terhdapat produk kecantikan dan kosmetik.



3) Izara Aishah

Pelakon kegemaran ramai yang memperkenalkan produk bibir berjenama iaitu Madame Izara. Antara produk tersebut ialah krim bibir, pensil bibir dan pengasah pensil bibir yang akan melengkapkan setiap koleksi para wanita. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan mudah disapu ke atas bibir. Formulasinya adalah bersifat tahan lama dan boleh membuat bibir lebih mungil dan tidak mudah kering. 



4) Elfira Loy

Bintang drama popular dengan jenama EL yang menjual pakaian tradisional Muslim. Koleksi Raya EL by Elfira Loy 2018 diinspirasikan oleh keanggunan dan kesopanan wanita Muslim dan pada masa yang sama menampilkan ciri-ciri kekuatan dan sifat berdikari. Koleksi ini termasuklah pakaian muslimah yang cantik dan didatangkan dengan warna pastel dan berani yang pasti membuatkan Aidilfitri anda lebih ceria. 



5) Heliza Helmi

Finalis Akademi Fantasia Musim ke 5 dengan jenama nya Heliza Guzel Hive yang turut menjual pakaian tradisional Muslim. Hijab Heliza Guzel Hive ini dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan menepati garis panduan syariah Islam. Bersempena dengan Aidilfitri ini, Heliza akan melancarkan Koleksi Si Manis Raya untuk peminat-peminat yang majoritinya terdiri dalam kalangan Muslim berumur antara 17 hingga 40 tahun.  



6) Emma Maembong

Artis serba boleh yang bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, namun turut memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, Emma Maembong Beauty Secret (EMBS). Ini terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit, jenama fesyen untuk kelihatan muda dan bergaya iaitu EmmaRtw, rangkaian pengawalan berat badan iaitu SlimDollz by Emma Maembong, Janet Nicol Cosmetic dan MyHoneyLips.

Selain memerkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee, kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti juga menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Kempen mingguan akan menampilkan pelancaran ekslusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran SimplySiti New Gold Edition yang menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial.

Hadiah-Hadiah

Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ini akan berlangsung dari 3 Mei sehingga 17 Jun, dan pengguna bakal berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih RM1.5 juta dengan menyertai permainan yang terdapat dalam aplikasi Shopee. Shopee juga turut bekerjasama dengan Visa dengan membawakan permainan popular 'Ketupat Raya'. Pengguna bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah rumah impian bernilai RM 350,000, sebuah honda HRV bernilai RM100,000, sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000, syiling Shopee, voucher, televisyen, pengering rambut dan banyak lagi. Selain itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai 28 juta unit menerusi permainan 'Duit Goncang' yang berlangsung setiap hari mulai 17 Mei hingga 8 June padan waktu yang ditetapkan iaitu pada jam 5 pagi dan 7 malam.

Jangan lupa untuk download aplikasi Shopee dan sertai kempen ini yang sedang berlangsung.

Info Skuad Selebriti Shopee

Info Kempen Cahaya Raya

You Might Also Like

3 ulasan