Pelancaran Cawangan Nottingheels di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka

2:47 PTG

Assalamualaikum Hai.

NOTTINGHEELS BRINGS FEET COMFORT TO MELAKA


Nottingheels

24 Mac yang lalu Nad sempat menghadiri majlis pelancaran cawangan Nottingheels yang bertempat di Dataran Pahlawan Megamall. Kalau nak tahu, brand Nottingheels ni adalah pembuat kasut ortopedik yang mana ia bagus untuk orang yang mengalami atau mahu mengelakkan masalah tulang dan otot di kaki dan seluruh badan. Lagi-lagi yang kerap pakai kasut tumit tinggi kan. 

Nottingheels

Dr Balachandran memberi penerangan tentang tips menjaga kesihatan kaki

Majlis pelancaran ini turut diserikan lagi dengan kehadiran finalis Miss & Mrs Chipao Malaysia 2018, Miss Grand Melaka 2018 dan Miss & Mrs India Worldwide Malaysia. Nottingheels adalah penaja rasmi untuk ratu-ratu cantik yang hadir ni. Turut menghadiri majlis ialah Dr Balachandran, podiatrist Nottingheels yang memberi sedikit ucapan tentang tips menjaga kesihatan kaki dan bagaimana kasut di Nottingheels boleh membaiki lagi kesihatan kaki dan badan. Selain itu, Dr Bala juga turut memberikan tips untuk pelbagai masalah kesihatan kaki.

Nottingheels

Nottingheels


🎀 Tentang Nottingheels 🎀

Nottingheels

Pada mulanya, founder Nottingheels, Amy Chiew hanya terlibat dalam bidang kecantikan dan kosmetik industri. Beliau berjaya membuka beberapa pusat kecantikan seperti Keep Slim Beauty & Bodycare dan pusat pelangsingan badan iaitu Keep Slim di mana ia berkembang sehingga 11 buah outlet. Sepanjang jatuh bangun dalam ber business, timbul idea untuk mencipta kasut yang bagus untuk kesihatan dan selesa. Ini kerana, Amy Chiew sering membeli kasut yang mahal tetapi rasa sakit bila dipakai. Maka, Amy Chiew bekerjasama dengan pakar podiatrist dalam penghasilan kasut Bottingheels.

Nottingheels

Pernah memenangi Prof. Kimmy Choo Next Designer of the Year 2017 Award

Nottingheels

Kasut Ortopedik adalah kasut yang diperbuat khas untuk memperbaiki lagi postur badan tak kira waktu berdiri ke berjalan ke berlari ke. Ia dihasilkan dengan tambahan tapak kasut yang special seiring dengan kesesuaian perubatan. Basically, itu la tujuan kasut ortopedik ni dihasilkan.


4 jenis kasut Nottingheels 
👠 Bunion-support shoes
👡 Arch-support shoes
👞 Comfort insole shoes
👣 Midsole wrap soft cushion shoes


NottingheelsNottingheels


Nottingheels

Tapi, apa keistimewaan kasut ortopedik dari Nottingheels ni? Haa, selain dari kasut ni dihasilkan menggunakan bahan semulajadi seperti kulit, lekuk tapak kasut juga telah di design khas untuk menyokong postur badan dengan baik dan bersifat antifungal. Biasalah kaau kita dah pakai kasut lama-lama nanti akan berbau atau berpeluh kan. Mula lah banyak bacteria/fungal yang ada pada kasut tu. Tapi, tapak dan bahagian dalam kasut dari Notthingheels ni adalah antibacteria dan antifungal. Ini baru bahagian dalam kasut. Bahagian luar kasut dia pula dihasilkan dari getah berkualiti yang flexible dan anti kejutan. Wow wow.

Nottingheels

Nottingheels

Nottingheels

Nottingheels

Dari segi perubatan pula, ia mampu mengurangkan sakit kaki dan lenguh otot serta melancarkan lagi peredaran darah terutamanya buat pesakit kencing manis. Tapak kasut yang direka khas ini juga mampu menyokong dan menjadi 'kusyen' buat kaki kita. Dan, yang paling penting sekali kasut Nottingheels mampu memudahkan pergerakan buat orang yang menghadapi sakit kaki yang kronik.

Apa yang Nad paling suka sekali ialah, walaupun kasut Nottingheels ni menitik beratkan soal kesihatan kaki, namum pada waktu yang sama design untuk kasut Nottingheels juga cantik, versatile dan up-to-date. Maksudnya bukanlah terhad hanya untuk kasut yang berbentuk formal. Sebelum Nad terlupa, kasut lelaki dan selipar juga ada dihasilkan di sini.

Nottingheels

Nottingheels

Nottingheels

Butik Nottingheels setakat ni yang Nad tahu ada 4 di Malaysia iaitu di Bangsar Shopping Centre, Subang Jaya, Mines Sun Power Outlet dan yang paling terbaru di Melaka. Alang-alang dah nak raya ni apa kata korang cuci mata sekali tengok banyak lagi design cantik di www.nottingheels.com atau pergi dulu Facebook diorang [Nottingheels]. Selamat membeli! Hehehe.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. alahai tergodanya tg kasut2 ..cantik..:)

    BalasPadam
  2. menarik nie, kasut yg sihat untuk tulang dan otot. baru tau kasut macam nie wujud. dah la design cantik2 pulak tu. :D

    BalasPadam
  3. Cantik jugak pilihan kasut dekat sini. Berkenan tengok :D

    BalasPadam